Memaparkan catatan dengan label Mamichef. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mamichef. Papar semua catatan

Resepi Austria : Kaiserschmarrn



Assalamualaikum semua...
Ikutkan nak update Trip ke Hallstat dulu...
Tapi mood malas transfer gambar melanda pulak...
So arini mi nak share resipi orang Austrian ni...
Mi belajar masa majlis coffee morning Ahad lepas...
Yang ajar ni orang Malaysia juga...
Tapi dah 30 tahun menetap kat Vienna sebab berkahwin dengan Austrian...

Kalau ikutkan sejarahnya Kaiserschmarrn ni mula-mula disediakan untuk raja Austria...
Raja Franz Joseph I pada tahun 1830-1916...Kira makanan DiRaja drg la ni...
Sebab isteri Raja ni Elisabeth taknak makan yang berat...nak yang ringkas je..
So, tukang masak istana sediakan la campuran telur, susu ni...
Cuma sekarang drg dah pelbagaikan la dengan tambah mentega, kismis dan buah-buahan lain...

Rasa macam ala-ala scramble egg muffin...
Tekstur macam pancake yang gebu...
Dan rasa lebih kepada rasa telur kuning...
Nak tau rasa sebenar sila buat...ngeee





Bahan-bahan :

50 ml susu segar
30 gram mentega ( dicairkan)
2 sudu teh gula
60 gram tepung gandum
3 Biji telur
Sedikit garam

Cara-cara :

Masukkan susu dan gula
Pukul sehingga gula hancur
Masukkan tepung, mentega, garam dan pukul sebati ketepikan
Asingkan telur putih dan kuning
Masukkan kuning telur sebiji2 ke dalam adunan sambil pukul hingga sebati
Pukul putih telur sehingga soft peak ( elakkan dari terkena air...macam nak buat meringue pavlova tu)
Gaulkan adunan dengan putih telur sehingga sebati
Panaskan kuali non stick dengan sedikit mentega dan curahkan semua adunan ke dalam kuali
Guna api sederhana dan bila bahagian bawah dah kelihatan perang kacau hancur seperti membuat scramble egg
Taburkan icing sugar dan boleh dinikmati dengan apple mousse atau jem pilihan
Siap...

Resepi : Kari Ikan Tanpa Santan Ala2 Mamak



Assalamualaikum semua...
Arini nak share resepi Kari pulak...
Keluarga mi dan Kari memang tak dapat dipisahkan...
Keturunan mamak la katakan...
Mamak Penang mari...
Tapi mi rujuk jugak blog Azlita Aziz masam-masam manis sebab nak tengok jumlah bahan2 tu...
Biasa mi masak main campak2 ja orang kata...



Bahan-bahan:

2 ekor ikan bawal or apa2 ikan
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit daun kari
2 sudu besar rempah kari ikan babas
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan manis
150 ml air asam jawa
150 ml air
Tomato dan bendi ikut suka nak banyak mana


Bahan kisar

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit kunyit hidup


Cara-cara:

Panaskan sedikit minyak
Tumis jintan manis
Kemudian masukkan halba
Tumis sekejap masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis
Masukkan daun kari
Dah naik bau masukkan bahan kisar tadi
Tumis sehingga garing
Masukkan rempah kari dan serbuk cili
Tumis hingga pecah minyak..baru sedap kari ni..kalau pekat sangat boleh letakkan sedikit air..tunggu smpi pecah minyak tau...
Masukkan air asam jawa dan air
Didihkan dan masukkan garam secukup rasa
Masukkan ikan...didihkan
Akhir sekali baru masukkan tomato dan bendi dan didihkan sekejap...
Siap


P/s: serbuk cili tu ikut hgpa nk buh byk mana..nak pedas buh byk la..air pun sama..nak pekat kurangkan air..n cair banyakkan air..yg penting garam tu secukup rasa...nak extra kan air asam jawa pun boleh...lagi masam lagi best rasa dia...

Resepi : Homemada Laksa a.k.a Laksa Pulas





Assalamualaikum semua...
Siapa sini suka makan laksa utara angkat keyboard...
Mi dengan laksa ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan gitu...
Paling tak syiok bila lepas bersalin...
Kena pantang setahun wooo...
Lagi lama lagi baguih orang tua-tua kata...
Bukan apa sebab laksa ni jenis masak 2 kali...lepas tu kuah dia berangin...
Sebab ada bunga kantan...orang tua-tua la kata...jangan keteqaq...ikut ja..
Satgi kalau badan masuk angin sendiri tanggung na...

TAPI kalau homemade laksa ni boleh makan...
Ha syiok dak mak2 baru lepas bersalin...
Sebab hat ni sekali masak ja...bukan macam laksa kering hat kena rebus tu na..
Yang penting Kuah laksa jangan letak BUNGA KANTAN la syaratnya...
Satgi kembung perut anak hangpa naya...heee

Homemade laksa ni kalau sebelah tempat mi panggil laksa kuala...
Laksa ni teksturnya lebih lembut dan padat kalau nak dibandingkan dengan laksa kering tu...


Tapi apa yang penting korang kena ada acuan nak buat laksa ni la...
Mi guna acuan tembaga yang selalu orang guna buat maruku tu...
Yang acuan plastik pun ada...

Bahan-bahan :

250 gram tepung beras
50 gram tepung gandum
50 gram tepung ubi
2 sudu makan minyak masak
Sedikit garam

Cara-cara:

Gaul semua adunan dan uli sehingga sebati...
Masukkan dalam acuan dan padatkan...


Sementara tu didihkan air didalam periuk untuk rebus laksa ni...
Pusingkan adunan yang dalam acuan tadi terus ke dalam periuk yang air tengah mendidih tu...
Gaya dan macam maruku je keluarnya nanti...


Rebus laksa sehingga timbul...
Angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk ( air paip je bukan ais)
Toskan dan siap.
Pastu sediakan la kuahnya...takkan nak makan laksa gitu je kan...ngeee


Resepi Kuah Laksa Utara Versi Mi :

Bahan-bahan :

8 ekor ikan sardin / kembung ( ikut kome ler nak pekat ke nak cayor ke)
15 biji cili kering
1 Ulas bawang besar
Sedikit belacan
2 batang bunga kantan
2 batang serai diketuk
Segenggam Daun Kesum
5 keping asam keping
1 Tin ikan sardin ( dibuang kuahnya)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Rebus ikan bersama-sama asam keping
Kisar Cili kering,bawang besar, belacan, 1 batang bunga kantan yang telah diracik halus
Masukkan bahan kisar kedalam periuk dah didihkan dengan api sederhana
Sementara tu leraikan isi ikan dan kisar halus
Curahkan kedalam periuk yang mengandungi bahan kisar tadi
Kemudian kisar tulang ikan bersama air rebusan ikan dan tapiskan kedalam periuk tadi
Satukan asam keping dan lebihan air rebusan ikan ke dalam periuk
Masukkan pula 1 tin ikan sardin dan gaul sebati
Didihkan seketika
Masukkan lebihan bunga kantan, serai, daun kesum
Perasakan dengan garam dan gula
Masak sehingga mendidih
Siap dan sedia untuk dinikmati.

Selamat Mencuba.



Resepi : Kari Udang Kacang Buncis versi Opah Airis


Salam semua...
Masak apa hari ni?
Arini tetiba rasa teringin nak makan kari udang bersama kacang buncis...
Kari dengan keluarga mi memang tak dapat dipisahkan...
Arwah Papa mi keturunan mamak Penang...
So hari2 mesti mau kari juga baru kenyang makan...
Kalau nak tahu dalam seminggu almost 5 day is curry...
Tapi sejak arwah dah takde ni mak pun dah kurang masak kari...argh sedih plak tetiba...
Ok la meh tgk resepinya...




Bahan-bahan :

Udang dalam 10 ekor (besar) kalau kecik buh la byk2 pun takpe eh
200 ml santan kotak + 300 ml air
( kalau guna kelapa segar setengah biji je )
4 ulas bawang merah di racik
3 ulas bawang putih diracik
1 paket kecil serbuk kari ikan
2 inci halia diracik
Sedikit daun kari
Garam secukup rasa
10 or 15 batang kacang buncis dipotong pendek-pendek

Cara- cara :

Tumis bawang merah, putih n halia hingga naik bau
Masukkan secawan air dan rempah kari
Masukkan garam secukup rasa
Masukkan daun kari
Tumis sehingga pecah minyak
Kemudian masukkan santan
Tunggu hingga sekali didih baru masukkan kacang buncis dan udang
Masak sekali didih jugak
Siap

Takyah masak lama2 kang tak sedap udang tu kalau terlebih masak...

Selamat mencuba.



Resepi : Keli Goreng Bercili

Salam semua..
Dah lama rasanya mi tak share resipi kan...
Jangan risau...kalau resepi mi share confirm yang senang-senang je....ngeee
Arini nak share ngan korang Keli Goreng Bercili

Bahan-bahan :

Ikan Keli 3 ekor
Cili merah 3 tangkai
Bawang merah 5 ulas
Kunyit serbuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara :

Gaul ikan keli dengan garam n kunyit
Goreng sampai nak garing..jgn garing sangat kang keras plak
( Hati2 goreng ikan keli sebab mudah meletup2..heee)
Ketepikan

Kisar cili merah dengan bawang agak2 hancur je
Takyah lumat sangat.
Tumis agak2 garing...masukkan garam secukup rasa..
Masukkan ikan keli yang digoreng tadi dan biarkan sampai cili dan bawang tadi pecah minyak.
Siap...




Ha, senang je kan..
Bahan sikit je..tapi rasa mabeles...
Selamat mencuba...

Resepi : Ikan Patin Masak Tempoyak ala2 Temerloh


Salam semua...
Petang2 ni baru dapat menjengah blog kecintaan ni..
Arini xde pe sangat nak merapu meraban...
Just nak share resepi masak tempoyak...
My favorite...

Tapi biasa daku buat style Perak..
Ada letak santan dan serai bagai...
Kali ni mi try resepi hasil pertanyaan kat group gojes...
Sebab dapat ikan patin segar dari Temerloh kan..
Haruslah masak pun style Temerloh gitu..

Maceh ye pada geng gojes yang share resepi Patin Tempoyak Temerloh style ni...

Bahan-bahan ;

1 ekor ikan patin saiz sederhana ( mi potong kepada 6 bahagian kecil )
7 biji cili padi ( nak pedas tambah lagi sendiri ye)
1 biji cili besar merah
1 inch kunyit hidup
2 cawan air ( kalau tak suka pekat leh tambah lagi air )
6 sudu besar tempoyak
Sedikit daun kesum
Garam secukup rasa

Cara-cara :

Tumbuk cili padi, cili merah dan kunyit hingga sebati...tapi jangan halus sangat
Masukkan tempoyak...gaul sebati dengan bahan tumbuk tadi
Masukkan air kedalam periuk dan masukkan bahan2 tumbuk tadi..
Didihkan sekejap baru masukkan ikan dan daun kesum berserta garam...
Didihkan sehingga kuah agak2 pekat dan ikan masak...
Siap...

Senang giler kan uols....bak kata admin Gojes Cikna...tak guna bawang pun boleh jadi masak tempoyak dah...1st time masak memang menjadi ala2 Patin Tempoyak orang Temerloh tau....ngeee

Selamat Mencuba...

Patin Masak Tempoyak ala2 Temerloh

Menu Ramadhan 2014 : Bread Cheese Lasagna a.k.a Roti Lapis Keju


Salam 22 Ramadhan semua...
Lebih kurang 8 hari je lagi nak raya oi...
Semangat kerja nan hado dah ni..
Semangat nak raya je sekarang ni...
Mak buyong rasa excited plak nak sambut raya tahun ni...hahaha
Tak padan ngan mengah...
Sebabnya raya kali ni cuti lama kan...
10 Hari gitu....
Dalam kepala dah mcm2 plan nak wat cuti raya ni...ngeee

Ok la arini nak share resepi simple, mudah dan sedap..
Cam biasa la...
Kalau yang renyah2 banyak kaedah nak masak mak buyong malas..
Ni gara2 terliur ngan roti daging kej leleh Mommycha la ni..
Ko yang bersalah dalam hal ni micha....agagaga....

Ok moh kita tengok resepinya...

Bahan-bahan :

- 16 keping roti
- 12 keping slice cheese
- 2 keping daging kisar
- Sedikit susu segar
- 1 tin kecil sos prego ( tak kisah yang mushroom ke pasta ke )
- 1 biji tomato
- 6 sosej cheese ( dipotong nipis )
- 1 tin cendawan butang ( dipotong nipis )
- 1 biji bawang besar ( dimayang halus)
- 6 biji bawang putih ( dimayang halus)
- 2 biji telur yang dipukul bersama2 sedikit susu segar
- Parutan cheddar secukupnya
- Sedikit mentega untuk menumis
- Garam secukup rasa

Cara- cara :

- Tumis bawang besar dan putih dengan sedikit mentega hingga kekuningan
- Masukkan daging kisar dan renehkan seketika dengan susu segar untuk mengurangkan bau lembu pada   daging
- Agak dah kering baru masukkan tomato, sos prego,sosej dan cendawan butang
- Didihkan sehingga masak dan agak pekat
- Masukkan sedikit garam...Jangan banyak nnt masin cheese lagi...ingat tu...heee
- Biarkan seketika



Sementara tu celupkan roti dengan telur yang telah dipukul dengan susu segar dan susun ke dalam loyang




Kemudian letakkan hasil tumisan tadi ke atas roti



Dan lapiskan dengan slice cheese



Ulang proses melapis sehingga habis semua bahan2 ye...
Last sekali baru korang taburkan parutan cheddar cheese dan bakar selama 45 ke 50 minit dengan suhu 130

Suhu dan masa tu terpulang pada oven masing2 ye...
Rajin2 jenguk masa membako tu...
Kang rentung plak lasagna korang....

Gambo dah siap bako nan hado sebab lepas masak daku bersiap2 nak ke Shah Alam untuk iftar bersama kawan-kawan hubby...pot luck gitu...
Sebab tu daku wat lasagna ni...ngeeee
So, lupa plak daku nak snap gambo yang dah siap...
Sabo jela...huhu

Iftar pot luck dirumah member hubby

Senang je kan...walaupun ada bahan yang daku tak letak tapi rasanya still meleleh meletop dengan limpahan cheeese....ngeeee...
Next time kalau rajin daku leh buat lagi....

Selamat Mencuba

Menu Ramadhan 2014 : Puding Karamel Tanpa Telur


Salam 13 Ramadhan semua...
Arini mi nak share resepi mudah wat puding karamel...
Tapi ni versi tanpa telur..
Kalau versi ada telur tu mi tak makan...
Tak leh masuk dek tekak...

Resepi ni mi amek dari FB Resepi Ringkas..
Terima Kasih pada tuan punya resepi...
Dapat gak merasa puding karamel yang sedap di makan sejuk2..
Bulan2 puasa ni kan memang best dapat berbuka dengan benda yang sejuk....heeee

Resepi Dari FB RR ( Resepi Ringkas)


Puding Karamel Tanpa Telur


Selamat Mencuba.....

Menu Ramadhan : Ketam Lembut Sweet Sour


Salam semua...
Kejap je dah masuk 11 Ramadhan kan...
Sekarang ni rasa macam  cepat je masa  berlalu...

Arini mi nak share pasal resepi ketam lembut..
Maklum la baru 1st time nak merasa...
Dah lama cari asyik xde je..

Ada blogger review dekat Dagang Avenue food court tu ada jual..
Tapi setiap kali pegi asyik la xde ketam lembutnya...
So, semalam bila ada orang post dekat FB comunnity kuartes mi pasal ketam lembut ni terus order..

Order Dekat En Ezam Ni la..

Tempat famous pasal ketam lembut ni dekat Kuala Gula, Perak..
Kat sana siap ada restoran yang menjual makanan berasakan ketam lembut..
Cer google...memang ramai dah review pasal ketam lembut dekat Kuala Gula ni
Nak tunggu balik Perak nak ke Kuala Gula entah bila kan...
So, dah ada depan mata so beli je terus...

1st time pegang, mak aih lembut benor...ngan kulit2 ngan kaki2nya semua lembut..
Semua boleh makan...xde langsung bahagian yang keras macam ketam biasa tu...
Patut la kena goreng dulu bagi ranggup2 dulu sebelum nak masak pape...
Kalau terus masak berkuah memang hancur la gamaknya...ngeee

So, untuk ketam lembut ni mi buat masak sweet sour...
Saje nak bagi berkuah sikit..
Ramai suggest goreng celup tepung je pun dah sedap...
Tapi saje nak berkuah jugak sikit so jadilah sweet sour....


Ketam Lembut Masak Sweet Sour

Bahan-bahan :

- 4 ekor ketam dibelah 2 ( xnak belah pun xpe...wat sekor2 )
- Tepung segera untuk menggoreng ( guna tepung jagung pun boleh)
- 1 biji telur
- 1 batang serai diketuk
- 1 inch halia
- 3 ulas bawang putih (diracik halus)
- 1 ulas bawang besar (diracik halus)
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 5 biji cili kering
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecil sos tiram
- garam dan gula secukup rasa


Cara-cara :

- Bersihkan ketam dan toskan sehingga kering
- Pukul telur sehingga kembang dan celupkan ketam
- Celupkan ketam yang bersalut telur ke dalam tepung
- Goreng dengan minyak yang banyak sehingga agak garing
- Ketepikan

Kuah :

- Tumis bawang putih, bawang besar dan serai sehingga naik bau
- masukkan cili kering yang telah dikisar bersama-sama halia
- didihkan seketika
- masukkan sos tomatao, sos cili, sos tiram, garam dan gula
- agak2 dah masak masukkan tomato
- didihkan sekejap dan curahkan ke atas ketam lembut yang telah digoreng tadi


Hilang terus rupa ketamnya..dah macam ayam goreng...ngeeee

Senang je kan...resepi campak2 je namanya...
Rasa ketamnya memang manis...
Memang leh order lagi lepas ni....
So, kalau yang duka area Putrajaya or Bangi leh la contact fb en Ezam tu..
Tapi ada ofismate kata kat Pasar Tani Putrajaya pun ada jual...
So, sape nak merasa leh la mencarinya....

Selamat Mencuba....



Resepi : Bebola Kentang Bercheese


Salam semua...
Arini mood rajin pagi2 nak update blog...
Sebabnya semalam ada try resepi baru...
Olahan dari resepi dekat group FB Resepi Ringkas....
Tapi biasa la daku menderhaka sikit dari resepi asal sebab ikut apa yang kat rumah je...
Malas nak turun bawah poie kedai cari barang2 yang xde...hehe

Bahan - bahan ;

- Ubi kentang ( ikut suka nak banyak mana )
- Cheese slice
- Udang
- Sayuran - diracik halus / disagat halus ( mi guna carrot )
- Lada sulah ( serbuk cili pun boleh )
- Telur
- Serbuk roti

Cara-cara :

- Rebus kentang sehingga empuk dan lenyek2 kan
- Potong slice cheese kepada 4 bahagian
- Letakkan udang, carrot dan lada sulah atas slice cheese tadi



















- Tutup dengan slice cheese



















- Kepalkan bersama kentang yang telah dilenyek tadi menjadi bebola


















- Celup dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti



















- Simpan dalam freeze dalam 3,4 jam
- Baru la digoreng...




















Senang kan....sedap dan bercheezy gitu...

Mi buat sebab anak dara tecik tu xmo makan nasi..
So, ni salah satu alternatif mi nak bagi dia makan jugak karbohidrat kan...
Yang penting ada sayur....baru dia mau makan...

Selamat Mencuba.....

Resepi : Nasi Goreng Sardin Mudah


Salam semua...
Arini macam xde idea nak tulis apa..
Padahal dalam fon banyak je gambo aktiviti yang dibuat sepanjang minggu ni..
Tapi arini rasa cam nak share resepi mudah untuk orang2 yang kadang2 datang mood malas nak masak..
Tapi tetap kena masak sebab ada anak dan laki yang nak makan...hehe

resepi arini adalah : Nasi Goreng Sardin mudah dan cepat...

Bahan-bahan :

- 1 mangkuk nasi sejuk ( utk 4 orang makan )
- 1 tin sardin 
- 1 ulas bawang besar *
- 3 ulas bawang putih *
- 5 biji cili padi * ( kalau suka pedas sila tambah lagi )
- 1 sudu besar sos tiram
-  2 biji telur
-  sayur-sayuran ( mi guna carrot ngan kacang buncis je )
-  garam secukup rasa

Cara- cara :

- Kisar semua bahan bertanda *
- Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau
- Hancurkan isi sardin bersama-sama kuahnya sekali dan tumis bersama bahan kisar tadi
- Tumis sehingga kuah sardin agak kering
- Masukkan garam dan sos tiram
- Masukkan sayuran
- Masukkan nasi
- Goreng hingga sebati
- Akhir sekali lubangkan kat tengah nasi baru masukkan telur dan gaul sebati sehingga telur masak
- Siap


Mudahkan....ni la menunya bila mami dilanda mood malas masak...
Cepat dan sedap.....
Selamat Mencuba...


Resepi : Churros Stick


Salam semua..
Arini rajin nak mengupdate plak kan...sampai 2 entry dah pagi ni je...ngeee

Weekend selalunya memang akiviti masak-memasak untuk keluarga tercinta
Yela kalau hari kerja sokmo la makan kat cafe sajo...
So, bila dah cuti haruslah kena makan air tangan sendiri
Air tangan bini buat hubby
Air tangan mami buat airis

Arini nak share resepi cucuq omputih...Churros
Orang Melayu panggil Kuih Belimbing

Senang je kekdahnya..
Resepi asal mi follow dari my fav masak2 blog Sis Hana
tapi mi ubah sikit je...ngeee


Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung superfine ( resepi asal guna tepung gandum )
1 cawan air
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur gred A
1 sudu besar butter
1 Piping beg
1 nozzle

Cara-cara :

- Didihkan air bersama-sama gula, garam dan butter
- Bila dah sebati semua masukkan tepung dan kacau laju2 untuk elakkan tepung berketul-ketul


- Tutup api baru masukkan telur dan gaul sebati
- Masukkan sebatian dalam piping bag dan pipe atas pinggan yang ditabur tepung supaya tak melekit


- Kalau expert leh piping terus dalam kuali ( mi tak cekap so mi piping je atas pinggan dulu)
- Goreng hingga kekuningan dan toskan


- Dah siap...Senang je kan



 Makan dengan coklat cair atau tabur sikit serbuk cinnamom / gula icing memang sedap...
 Tak caya cuba la...
 Bahan pun tak banyak

 Sekali sekala tukar selera omputih pe salahnya kan....
 Selamat mencuba..


Resepi : Scones



Salam 24 Muharram semua...
Minggu ni menyepi dari dunia blog sebab si kecikku tak sihat..
Arini pun daku tawakal je hantar Airis ke taska
Walaupun dia masih mendemamkan diri..
Setelah 2 hari EL terpaksa daku masuk keje jugak arini..

Harap2 awak ok je dik kat taska tu..
Risau hati mami...huhu

Ok la arini mi nak share pasal resepi Scones..
Apa kebenda plak scones ni ek...
Bak kata kawan mi " cucur omputih"...ngeeee
Ni inspirasi dari Nana...otai masakan gitu..
Thanks nana...gigih daku google and youtube cari resepi..
Senang aje rupanya...hehe


Bahan-bahan:

- 2  cawan tepung gandum
- 1 sudu besar baking powder
- 1 sudu kecil garam
( ketiga-tiga bahan ni ayak bersama )
- 1 cawan mentega beku 
(xmo guna yang cair kang tak jadi adunannya )
- 3 sudu besar gula kastor
- 140 ml fresh milk

Cara - cara :

- Gaulkan bahan-bahan yang diayak tadi bersama-sama mentega beku
- Gaul sehingga menjadi ala-ala serbuk roti gitu
(guna jari jemari je...senang nak sebatikan gitu)
- Dah jadi serbuk baru masukkan gula kastor dan gaul sebati
- Lubangkan adunan kat tengah2 lepas tu baru masukkan susu
- Gaul sebati...
- Tabur sedikit tepung untuk leperkan adunan lebih kurang 1-2 inchi tebal sebab adunan ni lembik
Kalau tak tabur tepung sikit susah nak leperkan gitu..

tengok link ni kalau tak faham ea Youtube

- Terap adunan ikut bentuk kesukaan
- Sapukan sedikit susu cair / susu pekat / kuning telur atas permukaan scones
- Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 180 darjah
- Bakar adunan selama 20 minit...

Siap.


Makan masa panas-panas dengan segelas hot milo memang sedap...
My hubby and Airis suka...
Maklumla 2-2 hantu western food...hahaha
Rasa lemak-lemak masin gitu...
Sekali sekala tukar selera bercucur western gitu...
Selamat mencuba

Asam Tumis Ikan Ploktan


Salam 17 Muharram semua...
Sekarang ni mood nak berblog kelaut sikit...
Macam takde idea nak tulis...
Tapi macam banyak je cite nak share sebenarnya..
Bila tahnya nak jadikan 1 hari 1 entry sekurang-kurangnya entah la...

Disebabkan nak capai misi visi tu
So, arini mi  update pasal resepi jela...
Resepi asal ofkos la dari mak mi kan..
Ilmu yang diperturunkan..
Nak harap anak dia ni create sendiri resepi memang kelaut la...haha

Resepi arini

Asam Tumis Ikan Ploktan

Korang tau ke ikan ploktan tu camne?
(mungkin korang panggil dengan nama lain ikan ni)
Ala yang macam ikan duri tu..
Tapi isi ikan ni tebal sikit...
Biasanya sedap kalau dibuat kari...
Tapi saje mi tukar selera buat asam tumis..
Keluarga mi memang panggil asam tumis..
Korang tak tau la panggil ni masakan apa...


Bahan-bahan :

2 ketul ikan ploktan
5 biji cili kering
1 batang serai diketuk
1 batang bunga kantan
sedikit daun kesum 
sedikit serbuk kunyit
2 keping asam keping
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
 garam secukup rasa

Cara-cara :

Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar tadi
Masukkan sedikit air
Tumis hingga hilang bau cili
Bila agak dah kering sikit tambahkan air untuk jadikan kuah
Masukkan serai, bunga kantan, asam keping, serbuk kunyit dan daun kesum
Masukkan ikan
Masukkan garam
Didihkan sehingga ikan betul-betul masak
(sebab isi ikan ni tebal so kena reneh lama sikit)


Asam Tumis Ikan Ploktan

Asam tumis ni sebenarnya boleh guna ikan lain..
Biasanya mak mi buat guna ikan kayu, cencaru atau daging...
Rasa pedas2...masam2...gitu...
Ala-ala asam pedas pun ye jugak...
Tapi ni bukan asam pedas tau...memang ada kelainan sikit rasanya....

So, meh la try...
Kot2 ada yang berkenan dengan rasanya..
Ni salah satu favorite mi selain masak lemak cili padi....ngeee

 


Ais Krim Goreng


Salam 27 Zulhijjah...
Yeayyyyy arini dah jumaat...
Esok cuti....syurga wooo rasa bila nak cuti...ngeeee

Arini mi nak share cara nak buat sendiri ais krim goreng..
As my fren request...
Senang je....mudah dan cepat...


Bahan - bahan :

- Roti buku apa-apa brand pun voley..
- Ais krim perisa kesukaan
- Gelas
- Minyak untuk menggoreng


Cara -cara :

 Ambil sekeping roti



Letakkan ais krim kesukaan
jangan banyak sangat kang nak tekap roti pecah habis terkeluar ais krim




Amek lagi sekeping roti lapiskan atas roti yang berais krim tadi




Tekapkan gelas untuk mampatkan roti 



Hasil akan jadi macam ni



Kemudian jangan terus goreng tau..
Kena bekukan dulu dalam 3-4 jam..
Biar roti dan ais krim mengeras dulu..
Kalau terus goreng tanpa bekukan nanti roti anda lembik...tak sedap...

dah elok mengeras roti tu baru boleh goreng


goreng sekejap je...
balik-balikkan hingga kekuningan

Siap


Makan panas-panas baru sedap...
Panas diluar sejuk didalam gitu..
tapi AWAS berhati-hati ketika makan..
Lelehan air krim bakal mengotorkan diri anda...hehe

Selamat Mencuba

Snow Cheese Chocolate Cake


Salam 12 Zulhijjah semua...
Masih mood beraya ke?
Mi dah start koje dah...
Malaih bebenor rasanya eh...

Arini mi nak share resepi pasal kek yang diupload kat fb ari2..
Kemain mood berbaking dimalam raya oi...
Tapi kalau mi sorang tak jadinya berbaking tu...
Disebabkan ada asu (adik mi) so baru lah menjadi mood berbaking tu...ngeee
Actually dia yang buat sebenarnya..
Mi sediakan modal, bahan dan resepi aje..
Kerjasama gitu...kih kih kih...

Resepi asal : Sis Hana



Bahan-bahan :

Untuk Cheese Cake
  • 4 keping slice cheese 
  • 170ml susu segar
  • 70g butter
  • 80g gula halus
  • 80g tepung serbaguna (diayak)
  • 4 biji telur
  • 1sk esen vanila
Untuk Topping
  • 250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf - parut

  Tapi mi tambah dengan buatkan coklat kek sebagai layer...
Untuk chocolate cake tu uols pun tau kan cmne nak buat kan..


Cara- cara :

1. Cairkan slice cheese bersama-sama susu segar dan butter 
(jangan sampai mendidih)...Ketepikan..
2.  Asingkan putih dan kuning telur...
3. Pukul putih telur dengan gula halus sehingga bertanduk..ketepikan sekejap...
 (nak tau tanduk tu cmne? terlangkupkan bekas...kalau sebatian tak jatuh, bertanduk la tu)
4. Pukul kuning telur dan esen vanila dengan kelajuan sederhana dalam 1-2 minit
5. Campurkan adunan no.1 tadi kedalam adunan no.4..sebatikan.
6. Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit
7. Lastly baru masukkan adunan no.3 tadi sdikit demi sedikit dan gaul sebati..
(jangan pukul plak..kang kembang benor kek anda...heee...kaup balikkan dengan slow aje)
8. Sapukan sekeliling loyang dengan sedikit butter / baking paper
9. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath ( baru dapat kek cantik n soft)
10. Bakar dengan suhu 160 selama 50-1 jam...api atas bawah...ikut jenis oven juga tau...
 11. Sementara tu pukul cream chesee dan susu pekat untuk dijadikan topping...ketepikan

Ok..dah siap cheese cake dibakar baru boleh layer...

1. Potong chocolate cake kepada 2 bahagian
2. Sapukan sedikit sebatian cream cheese pada 2-2 permukaan chocolate cake tadi
3. Jadikan 1 bahagian chocolate kek sebagai base..
4. Lapiskan dengan cheese cake
5. Ambil lagi 1 bahagian coklat cake lapiskan atas cheese cake pulak

Layerkan cmni

6. Curahkan sebatian cream cheese sebagai topping..
7. Parut cheddar cheese ikut suka nak banyak mana...
Siap....

Hias Suka Hati je..ngee


Kalau korang taknak layerkan pun boleh..
Jadilah Snow Cheese Cake..
Ni mi saje nak layer2kan dengan cocolate cake..ngeeee
Ketebalan layer cake tu ikut kekreatifan sendiri la yea..
Ni mi buat layer tebal2...
Sebab dah malas nak potong2 kek tu....dasar hangat2 tahi ayam...haha

Ok la..selamat mencuba..
Mi pun 1st time cuba hari aritu...ngeeeee

Banana Peanutbutter Roll


Salam 14 Zulkaedah semua...
Mood arini agak bagus sebab dah jumaat kan...
Esok cutiiiiiii....yeaaaaayyyyy....ngeeee
Poyo je ko mak jemah oi....haha

Arini saje nak share resepi mudah, ringkas dan senang...
Pejam mata sebelah pun boleh buat...
Kalau pejam 2-2 belah kang cmne nak buat...ngeeee

Ni hasil keje semalam la duk menggoogle resepi..
Google punya google terjumpa la resepi ni...
Tapi lupa plak nak copy link kan...
Senang cite sumber resepi adalah Mr. Google...sekian....


Bahan-bahan :

1. Kulit Popia
2. Jem Peanutbutter 
3. Pisang
4.  Sedikit tepung jagung untuk jadikan gam 
5. Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :

- Belah pisang kepada 2 bahagian
- Sapukan jem peanutbutter
- Gulungkan dengan kulit popia
- Sapukan sedikit tepung jagung sebagai gam
 - Goreng sekejap agak-agak kekuningan
* Jangan goreng lama sangat nnt pisang serap minyak je lebih
Siap.... 

Senang sangat2 kan...ngeeeee


Nak lagi sedap leh tuang sirap chocolate kat atasnya....yummmyyy...
Kalau nak ganti jem nutella ke...strawberry ke..sume pun boley....

 * Selamat Mencuba *

Aidilfitri 1434H : Popia Nestum Mudah

 Salam 20 Ramdahan semua...
Pagi2 monday blues ni selambak koje atas meja wei...
Tapi sempat lagi nak mengupdate entry...ngeeee
Dengan kepala ting tong pening2 lalat...
Dengan mata merah macam nak sakit mata aje gayanya...
Bos...nak MC boley? haha...


Ok la...kena type laju2 ni..
Banyak koje menanti ni...
Arini nak share resepi semudah 1,2,3 je uols...
Popia Nestum...
Mood raya la katakan...ngeee


Bahan-bahan :

 1 1/2 cawan nestum (dikisar halus)
1 cawan horlick
1/2 cawan gula (dikisar halus)
Kulit Popia - 50 keping
1 biji telur ( sebagai gam)
1 batang straw untuk menggulung kulit popia




Cara-cara :

Campurkan nestum, horlick dan gula
Gaul sebati - ketepikan

Gulung popia dengan straw dan diakhir gulungan sapukan sedikit telur sebagai pelekat..
Kalau tak letak telur kang terburai plak gulungan tu.. 
Guna straw sebab nak mudahkan gulungan gitu...




Gulung popia tu ikut suka la nak bentuk segitiga ke...segiempat ke...
Janji bergulung...hehe



Dah siap gulung leh gunting kecik-kecik macam gambo bawah ni :




Kemudian goreng la agak2 keperangan..
Goreng dengan minyak yang panas tau...
Kalau tak panas kang liat kulit popia korang mami tak jamin...ngeee

Dah siap goreng biarkan sejuk sekejap..
Kemudian baru gaul dalam campuran nestum, horlick & gula tadi...
Siap...


 
Senang je kan....
Selamat Mencuba.....











p/s: kalau nak lagi sedap leh je tambah serbuk susu tepung dalam campuran tu...
lagi creamy gitu...


Menu Ramadhan : Ketam Masak Lemak Telur Asin



Salam 3 Ramadhan semua...
Moga terus diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan Ramadhan arini...
Insyaallah...

Akibat daripada post mami kelmarin kat FB pasal juadah berbuka Ramdahan Pertama ni
ramai pulak yang nak resepi....
Mami masak biasa2 je uols...
Ikut tekak mami ok je...
Klu korang rasa  tak tau la sedap ke idak...heeeeee

Ok..meh la mi share resepi yang simple ni ek...

Bahan-bahan :

( ni untuk 2 ekor ketam je tau..klu lebih kasi up sendiri kuantiti bahan ek)


1 Biji telur asin
2 Ekor Ketam 
5 Biji Cili Padi
2 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
sedikit daun kari 
sedikit kunyit hidup (optional...xnak letak pun boley)
Sedikit butter utk menumis
 Susu cair / santan

Cara-cara :

Rebus telur asin 
Kuarkan isinye aje (kulit buang la..kang tercekik plak...hoho)
Lenyekkan telur sampai hancur
Goreng ketam agak2 garing..
Jangan goreng lama sgt kang isinya hilang...hehe
 Tumbuk/ Blend cili padi, bawang merah , bawang putih dan kunyit hidup
Kemudian tumis semua bahan dengan butter..
Masukkan daun kari....
Masukkan telur asin tadi
Kacau lagi smpi agak2 kering gitu
Masukkan sedikt susu cair/santan
Masukkan ketam...
Reneh seketika dan siap......

Boleh buat 2 versi tau uols...
Kalau nak yang kering2 just masukkan sikit je susu cair tu..
Kalau nak berkuah lebihkan la susu cair tu...haha
Tak perlu letak garam coz telur asin dah cukup memberikan perisa..
Tapi kalau telur asin korang tak berapa nak masin lebihkan telur tu ek...2 ,3 biji ke...
Senang je kan...
10 minit pun dah siap....

Hasilnya : 





opsss...jangan ada yang telan air liur pulok...ngeeeee

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015