Memaparkan catatan dengan label Vienna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vienna. Papar semua catatan

Aidilfitri 1437H Pengalaman Pertama Beraya di Perantauan





Assalamualaikum semua...hari ni dah 15 Syawal...masih ada separuh lagi bulan Syawal bakal berakhir...dan tahun ni merupakan raya pertama mi sekeluarga di perantauan...tak pernah lagi raya tak dapat cium peluk Mak...dan tahun kedua beraya tanpa kehadiran insan bergelar Papa...Al-fatihah untuk arwah Papa ( Mansor Abd Rahman ).... Perasaan Mi bila sambut raya kali ni? Tentulah sedih kan...sedih sebab tak dapat salam tangan Mak, Along, Abg Wan , Abg Elis dan Adik...Tak dapat rasa rendang ayam Mak, Ketupat Palas Mak...Dah tak dapat sibuk2 kat dapur tolong Mak siapkan rendang, ketupat, kuah laksa...rindu sangat semua tu...malam2 vacuum rumah, betulkan langsir, susun meja makan semua....Pagi2 bangun isi kuih raya dalam balang....Tunggu turn mandi dan salam -bersalaman sebelum ke Surau...Tak dapat dengar Takbir Raya secara Live sebab jaga anak2 kat rumah...kalau kat Kampung boleh je tinggal kejap anak2 sebab ada yang tolong tengok-tengokkan...lagipun Surau depan rumah je...walaupun tak dapat rasa suasana meriah tu Mi tetap sediakan anak-anak dan rumah dengan suasana raya tu...Tinggal 2 minggu lagi nak puasa Mi dah mula buatkan kuih raya...ada la 5,6 jenis Mi buat...buat kuih yang anak-anak dan laki suka makan je...Mula-mula buat kuih siput dengan en suami...buat 500 gram tepung je...tu pun bercinta dan gentel...


Lepas tu tengok cuaca elok Mi jemur agar-agar kering...makanan tradisi yang wajib Mak Mi sediakan setiap kali raya...kebetulan raya time Summer memang panas elok la suhu menjemur agar-agar kering ni...


Kuih Semperit pun mi buat...guna resepi Mak saudara yang memang jual kuih samperit ni...cuma takde majerin so Mi gantikan dengan butter...tekstur lain sikit la tak cair di mulut...gebu lain sikit...asal ada boleh la...kuih kegemaran Mi...


Selebihnya Mi buat Cornflakes Madu, Almond London & Popia Nestum...Buat Kuih-kuih ni sambil di bantu 2 assistant kecil...dari sejam jadi berjam-jam nak siapkan...tapi ok je sebab boleh create bonding time kan...apa yang drg leh buat Mi bagi je buat...Walaupun style dah macam Diva je buat kuih raya pun...haha




Kuih Loyang ni je Encik suami buat sepenuhnya...dibuat malam raya...time ni Mi dah tido..bangun pagi tengok dah siap sebekas kuih loyang kegemaran Encik Suami ni...keep it up ye syg...nanti sila la buatkan lagi....hihi


Untuk Hari Raya pulak, Mi rebus ketupat dan Lemang segera je...Nasi Impit pun mi buat sendiri...masak nasi bagi lebih air sikit then padatkan dalam tupperware...Sehari sebelum raya tu Mi sibukkan la diri jugak kat dapur...Masak rendang ayam, Rendang Tok ( Rendang daging negeri Perak), Kuah Kacang,Kuah Mee Kari...Mee plak dah buat wekeend tu sesiap...Encik Suami request nak makan Mee Kari...so gigih la Mi buatkan juga Mee...So hari raya tinggal celur air panas je sekali lagi...So, pagi raya tinggalkan panaskan semula je semua lauk...Solat Raya kat sini jam 6.30 pagi sebab pukul 4.30 pagi dah Subuh..So, pukul 5.45 camtu husband Mi dah gerak ke Vienna Islamic Zentrum...Ramai rupanya muslim kat Vienna ni...sampai keluar masjid bersolat raya...




Photo Credit to : Vienna Islamic Zentrum

Pagi raya pertama kami ke Rumah Sains Atashe Puan Rohaizah...dah pangkat Mak2 dah akak ni...kira baraan Raya la ni...ada la 2,3 keluarga lagi yang join...






Lepas tu drg beraya ke rumah Mi plak...kebetulan rumah kami berdekatan...selang selorong je...terima kasih pada yang sudi hadir memeriahkan Hari Raya kami...kalau tak mau mereput je kami kat rumah ni...bila ada yang datang beraya terubat la sikit kerinduan suasana Raya kat Kampung tu...Lain rumah lain menu...so dapat la rasa macam-macam juadah raya jugak kan...


Nasi Impit Homemade, Kuah Kacang,Rendang Ayam dan Rendang Tok...1st time sebenarnya masak rendang Tok ni...sampai 3 jam baru kering elok rendangnya..maklum la guna dapur elektrik tak secepat dapur gas masaknya...


Lemang dan Ketupat palas segera je...asal ada kan...maklum la laki penggemar Lemang...so wajib la ada...baru raya katanya...pagi tu terajin pulak pergi buatkan Brownies Kedut...saja buat tambah2 hidangan raya...




Antara tetamu yang hadir memeriahkan raya kami...seronok tengok tetamu berselera menikmati hidangan...baru tak terasa letih masak tu...




Dah puas beramah mesra ktrg beraya ke rumah lagi seorang staff kedutaan...kira sampai malam jugak la raya pertama kami...ok la..tu jela cerita raya kami di Perantauan...takde sambungan raya kedua ketiga keempat ke...sedih kan...haha..tapi kami pergi berjalan-jalan dah alang-alang encik Suami cuti seminggu...semoga berjumpa lagi next etry...Insyaallah.




Musim Bunga Pertama Kami Di Vienna



Assalamualaikum...
Alhamdulillah dapat merasai musim bunga di negara 4 musim ni...bila musim bunga ni cuaca tak menentu...kadang panas elok kadang sejuk..Bila suhu cecah 20 tu bahagia je rasa tak perlu berlapis2 pakaiannya lepak kat luar rumah...tapi bila datang angin sejuk suhu 10, 12 tu memang spoil mood la nak lepak kat luar rumah...hihi...gambar ni sekitar kawasan rumah mi je...nasib baik tuan rumah tanam pokok yang berbunga kan...boleh la menikmati keindahan bunga-bungaanya bila musim bunga ni...


Ni pemandangan dari dapur rumah...rasa nyaman je setiap kali masak tengok suasana bunga-bunga camni...tu pokok jiran belakang rumah...secara tak langsung mi dapat menikmatinya sekali...


Bila suhu tinggi sikit seronok la budak-budak ni main tak yah pakai jaket bagai...masa ni suhu 22...ni dah kira panas la ni..kalau tak asyik bawah 15 je kan...





Ni bunga-bunga di belakang rumah...tapi bila banyak bunga banyak la serangga yang datang menghisap manisan pada bunga tu...kena jaga-jaga la jugak takut digigit plak budak-budak tu...siap ada kerusi lepak tu ha...tapi jarang la dapat duduk situ...sejuk...






ni pulak bunga-bunga depan laman rumah...ada 2,3 jenis tulip a.k.a tulpe omma kata...paling seronok si Ayong Airis la...suka benor dia dengan Flower...suka hati je petik letak kat telinga...marah dek omma nanti tahu la...hihi...


Laman depan pintu pagar rumah...ada yang belum kembang lagi bunganya...kebanyakan pokok bunga tulip dekat laman depan ni...






ni bunga dekat kawasan berumput..bunga-bunga rumput ni pun cantik je naik...ada kuning, putih dan purple....pastu omma kata lorong rumah ni memang jadi tumpuan orang sebab dipenuhi bunga-bunga pink ni...memang cantik bila waktu pagi...segar dan nyaman je rasa..nak-nak pulak bunganya warna pink kan..owh memang jatuh cinta la hari-hari...sanggup petang-petang bawak budak-budak ni naik basikal menikmati pemandangan pink ni...



Tapi jangka hayat bunga pink ni tak lama...dalam sebulan camtu je pastu gugur...nasib baik sempat ambil gambar kan...sekarang dah tinggal daun oren coklat aje...hilang dah pinknya...bawah ni gambar waktu sekarang...pukul 4.50 petang di Vienna...


Ok la sampai sini dulu ye...belum sempat jalan-jalan ke kawasan bunga-bunga lain lagi kat Vienna ni...kalau ada nanti mi share lagi ye...Assalamualaikum....

Resepi Austria : Kaiserschmarrn



Assalamualaikum semua...
Ikutkan nak update Trip ke Hallstat dulu...
Tapi mood malas transfer gambar melanda pulak...
So arini mi nak share resipi orang Austrian ni...
Mi belajar masa majlis coffee morning Ahad lepas...
Yang ajar ni orang Malaysia juga...
Tapi dah 30 tahun menetap kat Vienna sebab berkahwin dengan Austrian...

Kalau ikutkan sejarahnya Kaiserschmarrn ni mula-mula disediakan untuk raja Austria...
Raja Franz Joseph I pada tahun 1830-1916...Kira makanan DiRaja drg la ni...
Sebab isteri Raja ni Elisabeth taknak makan yang berat...nak yang ringkas je..
So, tukang masak istana sediakan la campuran telur, susu ni...
Cuma sekarang drg dah pelbagaikan la dengan tambah mentega, kismis dan buah-buahan lain...

Rasa macam ala-ala scramble egg muffin...
Tekstur macam pancake yang gebu...
Dan rasa lebih kepada rasa telur kuning...
Nak tau rasa sebenar sila buat...ngeee





Bahan-bahan :

50 ml susu segar
30 gram mentega ( dicairkan)
2 sudu teh gula
60 gram tepung gandum
3 Biji telur
Sedikit garam

Cara-cara :

Masukkan susu dan gula
Pukul sehingga gula hancur
Masukkan tepung, mentega, garam dan pukul sebati ketepikan
Asingkan telur putih dan kuning
Masukkan kuning telur sebiji2 ke dalam adunan sambil pukul hingga sebati
Pukul putih telur sehingga soft peak ( elakkan dari terkena air...macam nak buat meringue pavlova tu)
Gaulkan adunan dengan putih telur sehingga sebati
Panaskan kuali non stick dengan sedikit mentega dan curahkan semua adunan ke dalam kuali
Guna api sederhana dan bila bahagian bawah dah kelihatan perang kacau hancur seperti membuat scramble egg
Taburkan icing sugar dan boleh dinikmati dengan apple mousse atau jem pilihan
Siap...

Berhujung Minggu di Bogi Park, Vienna & Castelletto



Salam semua...
Memang menjadi rutin sejak berada di Vienna ni untuk bawak anak-anak beriadah bila hujung minggu...
Yela seminggu duduk je terperuk dalam rumah...
Paling2 pun mami bawak keluar pergi kedai je...
Keadaan cuaca yang sejuk yang sentiasa bawah 10 darjah membataskan pergerakan anak2 untuk main diluar...
So, alternatifnya memang kami suami isteri mencari Indoor Park untuk gembirakan anak2...

Sebelum ni kami ke Family Fun Indoor Park Vienna...
Dimana kejadian kecurian tu berlaku...
Memang terus banned la tempat tu...
Ahad lepas 13 Disember 2015 kami ke Bogi Park,di Gutheil-Schoder-Gasse 17, 1230 Wien...
Lebih kurang 25 minit perjalanan dari rumah...


Bila anak-anak happy maminya pun happy so bapaknya pun takde la susah hati...




Dah besar dah gayanya si adik tu...Alhamdulillah dah 1 tahun 3 bulan sekarang ni...
Apa kakak buat adik akan ikut...
Anak kedua ni memang cepat sikit perkembangan ye...
Mungkin sebab ada kakak yang jadi ikutan agaknya...


Balik tu sempat singgah Castelletto di 1st District Vienna...
Kedai Ais Krim yang agak famos la di Vienna...
Macam2 rupa bentuk ais krim boleh jumpa kat sini...


Airis dengan ais krim Pinochio namanya...
Beria berzikir nak ais krim nak ais krim dalam kereta..
Dah dapat makan sikit aje...sejuk agaknya...
Yang mami pula order Nutella Spagethi Ice Cream...
Bukan spagethi makan dengan ais krim tau tapi rupa ais krim tu macam spagethi...


Terliur tak? terliur meh datang Vienna...heee
Ok la sampai sini dulu...Jumpa lagi nanti ya.



Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015