Selamat Hari Bapa untuk Tahun ke 5 Sayang




Assalamualaikum...Ahad lepas sempena Hari Bapa sedunia kami pun tak terlepas untuk wish dekat Encik Suami...Bila anak dah pandai tulis ni seronok sikit boleh pakat dengan Ayong Airis buatkan Kad...Spontan je pagi Ahad tu Mi DIY kad ni...Lepas tu minta Airis tulis...Dah 5 tahun menjadi Abah kepada 2 beradik ni...terima kasih Sayang sebab bersabar dengan kerenah Mami, Airis dan Dani yang macam-macam setiap hari...Semoga Allah kekalkan kesabarn tu hingga akhir hayat Sayang ye...hihi...Terima kasih bersekang mata setiap hari mencari rezeki untuk kami...Walaupun sibuk Sayang tetap luangkan cuba luangkan masa untuk kami...Belikan apa yang kami teringin, bawak kami keluar jenjalan, belanja kami makan sana sini...Semoga Allah memberkati usaha Sayang selami ni...Insyaallah Kami Sayang Abah Dunia Akhirat...Semoga Sayang dapat bimbing kami semua ke Jalan Yang Diredhai Allah selalu...


Dsebabkan hari Ahad so hubby tak kerja dapat la habiskan masa dekat rumah...Gigih pagi2 kami buat kuih raya untuk habiskan masa bersama...Pagi dah kena gentel kuih siput...anak dara sorang ni memang suka kalau dapat masuk dapur macam ni...



Dah siap kuih siput, Rajin pulak Encik Suami buat kuih kegemaran dia...kuih loyang a.k.a kuih ros...dibuat sepenuhmya oleh suami dari bancuh sampai la ke goreng...sebelum datang sini suami belajar dengan Nenek di Kuala Lumpur...sanggup belajar sebab ni memang kuih raya wajib ada setiap kali raya....kalau kat Malaysia dulu Mak Mi selalu order je...tempah khas untuk menantu kesayangan dia ni...jeles tau tak...kuih kegemaran kita takde pulak Mak beria nak tempah...haha...




Sebab Hari Istimewa ni jugak Mi masakkan lauk dan dessert kegemaran suami untuk berbuka hari tu...Nasi Beriayi Ayam dengan Daging Masak Hitam dan Nutella Tart...Nak celebrate dekat luar or nak beli hadiah Mi tak mampu sediakan, maklum la takde income...Mampu sediakan juadah hasil air tangan je...Terima kasih sebab makan dengan berseleranya walaupun nasi terlembik sebab terlebih air...haha...



Selamat Hari Bapa sekali lagi sayang, semoga Allah merahmati syurga kita hingga akhirnya...Love from Mami, Airis dan Dani; Vienna, Austria. Jun 2017.


Pengalaman Petik Buah Ceri





Assalamualaikum semua...sekejap aje dah 20 Ramadan...10 Malam terakhir yang penuh barakah...Hari ni Mi nak share pasal Buah Ceri...Kalau kat Malaysia Ceri ni agak mahal kan...bila Mi share di Facebook yang belakang rumah Mi duduk ni ada pokok Ceri ramai kawan-kawan kata seronok dan bertuah Mi dapat rasa Ceri segar ni...Alhamdulillah walaupun pokok jiran, dapat juga kami menumpang rasa...Ceri ni mula berbuah bila dah hujung musim bunga...kalau kat sini sekitar pertengahan bulan 5 tu dah keluar dah bunga... Ambil masa lebih kurang 3 ke 4 minggu jugk untuk masak sepenuhnya...






Kalau merah cili cmni masih rasa masam-masam lagi...tapi kalau Merah Maroon tu baru manis...Bila dah masak ranum cmni jangka hayatnya tak lama...dalam 3 minggu dah mula gugur...buahnya lebat tapi pokoknya tingi sangat...sayang betul tengok bahagian atas-atas tu...kami dapat petik yang bahagian bawah yang boleh capai dengan tangga je...nak kait pakai galah,pokok jiran kan...kang dikata kami pulak yang lebih-lebih...hihi...Sebab dah banyak sangat buahnya Mi gigih la google resepi apa yang boleh buat dengan Ceri ni...nak buah jem pun boleh...dalam duk scroll IG nampak Kak Nur dari Light.km yang tinggal di Paris share resepi Tart Ceri...kebetulan bahan semua mudah so Mi try la...masa Mi buat ni masih masam2 lagi Ceri ni...so sesuai la dengan rsepi Tart yang manis tu...Kat sini Mi share kan resepinya...korang boleh ganti Ceri dengan buah lain juga macam epal ke, Plum ke, Mangga ke...ikut kreativiti masing-masing ya.




Resepi Clafoutis aux Ceries / Tart Ceri :

1. Belah Ceri kepada 2 bahagian untuk buang Biji ( Ikut Suka nak letak banyak mana)
2. Pukul 4 biji telur sampai kembang
3. Masukkan 150 gram gula dan 1 sudu kecil garam..Pukul lebih kurang 5 minit hingga sebati
4. Masukkan 100 gram tepung gandum dan 1 sudu teh baking powder yang telah di ayak
5. Masukkan 25 gram butter yang dicairkan
6. Masukkan 250 ml susu segar
7 . Gaul sebati semua

Masukkan dalam bekas tart atau loyang yang dilapik baking paper dan tabur Ceri yang dibelah tadi
Bakar 35-45 minit


Sebelum potong tabur gula masa panas2 tu...tart ni sedap di makan masa panas...selamat mencuba.

Kempen "Grow Amazing" Inisiatif Oleh Anmum Essential






Assaalmualaikum...Bila dah jadi Mak Ayah ni mesti kita selalu fikir nak yang terbaik untuk anak-anak kan... Mungkin kita dapat tengok anak makin membesar dan kuat, tapi pernah tak korang fikir samada otak anak kita tu berkembang dengan baik? Berbanding dengan pertumbuhan fizikal, tumbesaran otak memang susah la nak tengok kan. Menurut Irene Cheah, Pengarah Pemasaran Anmum Malaysia, "Sebagai ibubapa kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak2 kita, sebab tu kit kena faham tumbesaran otak kanak-kanak. Atas keperluan ni la Anmum Essesstial ingin memperkenalkan "Grow Amazing", iaitu satu inisiatif baru berunsurkan pendidikan untuk membantu ibu bapa faham proses tumbesaran otak dan perkara-perkara yang dapat menyokong perkembangan otak si manja.



Korang Tahu tak? Otak memantau setiap perkara yang berlku dalam tubuh, daripada fungsi separa sedar seperti bernafas sehinggalah peyelesaian masalah. "Komputer" hebat ini aktif sepanjang masa dan hampir keseluruhan bahagian otak sedang berfungi sepanjang hari. Ramai yang tak tahu yang sel otak mula terbentuk sekitar hari ke 28 kehamilan dan setelah bayi lahir, terdapat lebih kurang 100 bilion sel-sel otak yang sedang berfungsi. Selain daripada jumlah sel-sel otak, jumlah perhubungan antara sel -sel tersebut pun amat penting tau.



Menurut Wendy Goh, Pengurus saintifik dan Nutrisi Fonterra Brands Malaysia berkata " Perhubungan ini dikenali sebagai synapse iaitu cara-cara sel-sel otak berkomunikasi antara satu sama lain. Keadaan ini penting untuk menyokong pembelajaran, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai seperti DHA dan Ganglisida amat penting dalam tumbesaran otak. Ketahui cara meyokong tumbesaran otak anda korang denga Grow Amazing dan pelajari fakta menarik di Anmum Essential Webiste . Korang akan lebih dapat banyak info macam mana nak pastikan perkembangan sel-sel otak anak korang selari dengan perkembangan fizikal anak-anak korang.


Bantulah tumbesaran si manja anda dengan Anmum™ Essential baharu yang dipertingkatkan dengan kandungan Nuelipid™ untuk tahap GA® * yang lebih tinggi . GA® and DHA adalah nutrien penting untuk otak.


Dan Anmum Essential ni juga tiada Gula Tambahan.

Selain daripada makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur, Pengambilan GA boleh dipertingkatan dengan susu dan prosuk tenusu. So, dalam Anmum Essential dirumus dengan DHA dan Neulipid untuk paras GA yang lebih tinggi tanpa gula tambahan tu. Anmum Essential ni juga ada prebiotik FOS dan Inulin juga tau iaitu serat makanan penting dalam meghasilkan persekitaran usus yang baik bagi penyerapan nutrien yang lebih efektif.

Kalau nak dapatkan lebih banyak maklumat pasal Anmum Essesstial ni boleh la korang ke Laman Anmum Essential Malaysia okay.






Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015