Puasa Tahun Kedua di Perantauan





Assalamualaikum semua...lamanya tak berupdate blog ni...keinginan nak update tu ada tapi kekuatan nak menaip tu je takde...tapi sesekali Mi sempat jugak blogwalking blog kawan2...rindu nak aktif sebenarnya...tapi mood pun berubah ikut cuaca agaknya.....huhu...Sekarang di Vienna musim panas...suhu antara 26 sampai 32 setakat 6 hari berpuasa ni...Berpuasa di sini memang agak lama...Tahun ni merupakan tahun kedua Kami sekeluarga berpuasa dan beraya di perantauan...Rindu keluarga, suasana Ramadan dan Terawikh di Malaysia tu jangan cakap la...dah hampir 2 tahun kami di sini...Tahun lepas Mi berpuasa sambil menyusu si Kays...Berpuasa start jam 3 pagi dan berbuka hampir jam 9 malam setiap malam memang pengalaman paling berharga...Kering bibir sebab kurang air dalam badan...18 jam puasa memang mencabar tahun lepas...Alhamdulillah tahun ni dah dapat biasakan diri berpuasa selama 18 jam ni...Kays pun dah wean off so takde la lagi pengalaman kering tekak dan bibir tu... Kat sini Mi sharekan jadual waktu solat dan imsak di Vienna...owh ya dekat sini ada Islamic Center yang dikenali Vienna Islamic Zentrum...so waktu solat memang Kami rujuk di website ni je..kalau ikut Muslim Pro apps tu agak lari waktu solat yang dikeluarkan oleh pihak Islamic Center sini...


Tapi untuk Bulan Puasa ni kami refer juga jadual waktu solat yang dikeluarkan oleh Masjid As-Salam (Oleh Komuniti Muslim Indonesia) sebab Kalau ikutkan waktu Isya' sekitar 10.30 tapi sebab ambil kira Fatwa yang dikeluarkan oleh Kerajaan German waktu Isya di awalkan 30 minit dari waktu asal...so Kalau Isya 10.30 diawalkan jadi jam 10.00 malam...Fatwa ni hanya digunapakai ketika musim panas je..kalau ikutkan sehingga Bulan Ogos nanti...Kalau Muslim Pro pukul 11.00 lebih baru Isya'...Memandangkan waktu imsak sekitar jam 2.55 pagi, kami lebih prefer untuk guna jadual waktu dari Komuniti Muslim Indonesia kat sini...Lepas Isya nak berterawikh lagi kan...kadang2 kami tak tidur untuk elak terlepas waktu sahur dn subuh...sebab subuh pukul 3 pagi dan pukul 4 pagi dh cerah...kalau pukul 6 pagi baru nk bangun solat subuh matahari dah tegak atas kepala dah...musim panas ni memang siang lama...dah macam dalam filem orang putih tu gayanya tidur tutup langsir segala..habis takkan pukul 4 nak berjaga dah kan...memang kena tidur semula la...


Puasa di perantaun ni tambah pulak negara bukan Islam ni memang banyak dugaan...dugaan lapar dahaga sebab orang sekeliling makan macam biasa, dugaan pandangan mata...Bila musim panas ni pakaian kebanyakan orang kat sini memang menjolok mata la...nak selamat memang kami kurangkan aktiviti di luar rumah...boleh kurus pahala puasa kalau hari2 ternampak kelibat2 menjolok mata ni...nak2 kawasan sekitar tasek dan sungai...ramai yang berjemur 2 pieces dan naked pun ada... Selain tu, makanan berbuka memang la kena masak sendiri...so macam2 resepi la keluar bulan-bulan puasa ni...setiap kali masuk dapur terus teringat kemeriahan bazar ramadan kat Malaysia...Tapi inilah pengalaman berharga orang kata...daripada tak pernah tahu buat kuih -muih tradisional sampai sini je macam2 dah Mi cuba...kalau tak entah bila Mi nak cuba buat sendiri kan...Teringin nak berbuka ramai2 dengan komuniti Malaysian yang lain tapi waktu sangat tak mengizinkan...Jam 9 berbuka, nak solat Maghrib dan Isya, so jadi macam kelam kabut sikit kalau nak berbuka ramai2...macam terkejar2...kalau korang nak tahu pukul 8.30 malam kat sini masih cerah macam jam 6 petang tu...

Kami kat sini ada juga buat program Qiraatil Jamaah Bacaan Al-Quran sebab kalau nak bertadarus masing2 terikat dengan kerja dan jarak rumah yang jauh...So, dah 2 tahun kami adakan bacaan Quran ikut pembahagian juzuk ni...Untuk tahun ni kami tetapkan 10 Jun 2017 sebgai tarikh untuk Khatam...so masing2 akan habiskan bacaan juzuk Al-Quran masing2 sebelum tarikh khatam ni...Kira satu penagalaman baru juga utuk kami sekeluarga... Di Masjid Vienna Islamic Zentrum ada juga diadakan Solat Terawikh dan terus bersambung dengan makan sahur...Mi tak dapat lagi nak rasa suasana terawikh kat sini sebab ada terbaca dekat Website Islamic Center ni budak2 kecik tak digalakkan bawa...So, Mi solat terawikh di rumah je...

Ok la sampai sini dulu perkongsian Mi kali ni...Tahun ni memang tak dapat balik beraya lagi di Malaysia...Tapi Insyaallah kami akan balik bercuti hujung tahun nanti kalau takde halangan. Salam Ramadan daripada kami sekeluarga di Vienna, Austria buat semua yang sudi singgah blog Mi... Assalamualaikum.


5 ulasan:

mrs kayrul berkata...

selamat berpuasa achiek anis...

ily♥ berkata...

Salam Ramadhan Kareem. Semoga diberi kesihatan yang baik & berpanjangan, dimudahkan segala urusan. Moga2 segala amal ibadat diberkati dan diredhai Allah.

Unknown berkata...

Waalaikumussalam..selamat berpuasa

Unknown berkata...

افضل شركة تنظيف بالاحساء
افضل شركة نقل عفش بالدمام
افضل شركة كشف تسربات المياة بسيهات
افضل شركة كشف تسربات المياة عنك
افضل شركة عزل اسطح بسيهات

ameris berkata...

selamat berpuasa achik anis. pengalaman bernilai dapat berpuasa di negara org.

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015