EuroTrip : Zagreb, Croatia : Day 4 : 29 dec 2016




Sambungan akhir Eurotrip ke Croatia...Jarak Plitvice ke Zagreb lebih kurang 1 jam 30 minit dengan kereta...Kami sampai lebih kurang pukul 5 petang tapi dah gelap sebab Musim sejuk ni pukul 4 petang dah maghrib...malam tu just lepak kat apartment je sebab dah penat berjalan dekat National Park Plitvice siangnya...Mi siapkan dinner sebab masing2 dah lapar tak makan nasi..just minum air coklat je isi perut...sebab lapar banyak pulak menu mi masak malam tu..dengan kari ayam, sup sayur, telur dadar dan sambal bilis kering...pukul 9 semua dah selamat beradu...esok paginya lepas breakfast terus kami jalan2 sekitar bandar Zagreb...Google2 mencari tempat menarik macam tak banyak sangat dekat Zagreb ni...Kebanyakan museum...kalau museum2 ni memamng kurang minat sikit kami nak masuk...hihi...Gambar bawah ni sekitar Zagreb Center...




Dari Zagreb Center kami berjalan ke Ban Josip Jelacic Monument...lebih kurang 10 minit jugak berjalan...tinggal dekat Europe ni berjalan tu perkara biasa sebab udara sejuk walupun ada matahari , so takdelah peluh dan basah ketiak berjalan banyak pun...cuba kat malaysia ko jalan 5 minit pun dah peluh kan...



Belakang kawasan ni kalau jalan ke sebelah kiri akan jumpa lorong2 kedai kecik2 ni...kawasan Tkalciceva...kebanyakannya kedai makan..tapi sebab pagi sangat lagi kebanyakan masih belum buka...nampak satu kedai Halal Turki tapi belum buka masa ni...Lorong ni patutnya ada bangunan warna warni...tapi masa kami sampai macam dah pudar warna bangunannya...






Lepas tu kami ke Dolac market....waktu pagi kan memang meriah lah pasarnya...berdepan dengan Pasar Dolac tu ada Cathederal...bila dah selalu ke Europe ni cathederal tu dah memang jadi gambar wajib pulak...memang itulah tarikan kat europe ni sebenarnya pun...Kat pasar ni boleh namapak la hasil kraftangan dan budaya masyarakat kat situ...yang Mi perasan banyak hasil kerja kayu dan selipar jahit tangan...orang sini panggil inhouse shoes tu...



kebetulan baru lepas krismas masa ni, ada la pokok Rhu besar digantung coklat2 bertulis ni...takde pulak orang ambil kan...yang ada burung2 jela duk cuba2 tarik...





Habis je pusing2 kawasan Dolac Market ktrg cari souvenir sikit dan terus ke Embassy Malaysia di Zagreb...alang2 dah sampai hubby jumpa la sekali rakan sekerja....kami di bawa ke Zagreb Islamic Center untuk lunch...katanya dekat Zagreb susah dapat makanan halal sebab tu kami makan di Masjid sebab restoran kat sana ownernya Islam Bosnia...lepas solat zohor dan asar kami gerak balik ke Vienna...maka berakhirlah kisah percutian hujung tahun kami bagi tahun 2016.... ada masa nanti Mi sambung pecutian kami di musim Bunga 2017 pulak ye...assalamualaikum...

7 ulasan:

Dewi Aja berkata...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Chekgu Azrine berkata...

bestnya tgk Mi gi jalan2 europe..mmg nak la plan 1 day bwk anak2 pegi jejalan europe jugak...inshaAllah doakan ye

achiek anis berkata...

Insyaallah kak...ada rezeki anak2 tu nanti...

nak berkata...

As salam Mi.. salam perkenalan... macam mana kakak nak berkomunikasi dengan awak .. cara apa yang lebih mudah , kakak ada rancangan untuk travel dari Budapest ke Vienna , didahulukan dengan terima kasih

ابو نوره أحمد berkata...

Jika ya, silahkan kunjungi website افضل شركة غسيل مكيفات بالدمام kami http://kbagi.com/
atau www.facebook.com/kumpulbagi/افضل شركة مكافحة حشرات بالدمام untuk info

نادر جلال berkata...

Peace, mercy and blessings of God be upon you. All my words, I welcome all of you. We all know the importance of cleaning the
swimming pools because it is very necessary in our lives, but the most important of all is cleaning the swimming pools
in order to preserve our health from all evil and then our company offers Zain the best trained and skilled workers The
latest equipment, and Zain has the best cleaning tools that contain very necessary materials in order to maintain our
health. All you have to do is contact and communicate with Zain to get rid of any stains and anything that is not clean
in the swimming pool. Our company offers huge discounts for our customers only. Contact us immediately


Best swimming pool cleaning company in Riyadh

Cleaning pools

The cheapest swimming pool cleaning company in Riyadh

Zain for cleaning the swimming pools

نادر جلال berkata...



شركه زين افضل واقوي شركه تنظيف مسابح وتحدى حيث ان شركتنا تمتلك افضل واجود وسائل التنظيف والعمال المدربه الماهره كل ما عليكم ان تتوصلو معنا والاتصال بنا نصلكم اينما كنتم كما ان الشركه تعرض خصومات هائله لعملائنا الكرام لا تتردو ابدا وتوصلو معنا والسلام عليكم ورحمه الله وبركاتة
افضل شركة تنظيف مسابح بالرياض
ارخص شركة تنظيف مسابح بالرياض
تنظيف مسابح بالرياض



تنظيف المسابح مهم حدا فى حياتنا لما لها من اهميه كبيره جدا فى حياتنا فقط كل ما عليكم الاتصال والتواصل مع شركه زين للتخلص من اى شوائف ومن اى مخالفات فى المسبح تمتلك شركتنا افضل واعلى وسائل التنظيف وافضل العماله المدربه على اعلى مستوى كما ان الشركه تعرص خصومات هائله لعملائنا الكرم
تنظيف مسابح
نظافة مسابح
شركة تنظيف مسابح بالرياض
شركة تنظيف المسبح

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015