EuroTrip : Plitvice National Park, Croatia : Day 3: 28 Dec 2016



Sambungan dari Entry Zadar Day 1-2. Lepas check out Encik Hubby tanya receptionist dekat Lavandula apa lagi tempat menarik boleh dilawati on the way nak ke Zagreb. Dia cadangkan kami ke Plitvice National Park lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan...kira separuh dari perjalanan nak ke Zagreb. Memandangkan tak berapa jauh so kami decide untuk singgah...jauh ke pedalaman juga hubby drive..maklum la nak ke Taman Negara kan...mesti la kawasan hutan sikit...sampai je boleh tahan sejuk cuma ta berangin so takdelah sesejuk di Vienna...walaupun suhu 4 darjah tapi masih ok boleh tahan lagi kami anak beranak...Kawasan Plitvice National Park ni kategori kawasan perlindungan juga under UNESCO...kira kawasan warisan la...jangan risau walaupun hutan tapi trek laluan pejalan kaki disediakan cuma dah masuk hutan korang jangan la bajet boleh bawak stroller anak pulak kan...dah nama pun hutan, so ada laluan berbukit dan bertangga la...


Boleh tahan besar juga kawasan hutan ni...kena beli tiket untuk masuk sini...sorang dalam 55 Kuna ( duit Croatia) lebih kurang 15 euro seorang...ni termasuk sekali harga untuk Naik bot dan bas kat dalam hutan tu...Rasanya ada lebih kurang 6 tempat tapi kami pergi 4 kawasan je sebab tiba2 salji turun lebat dan hubby risau kami tak boleh gerak keluar nanti sebab kereta tak prepare untuk tayar berantai untuk digunakan masa salji...sebab katanya Croatia tak bersalji tapi sekali kat dalam hutan ni bersalji pulak...mungkin sebab kawasan tanah tinggi dan kawasannya pun sejuk...mas mula2 sampai salji sikit2 je tapi bila sampai nak naik bot tu tebal dan lebat pulak...Mula-mula sampai kagum Mi tengok keindahan air terjun dan tasik2 yang boleh dilihat dari atas....Kawasan ni dinamakan Plitvica Stream...Subhanallah sangat cantik kalau lihat depan2....


Sebelum sampai ke kawasan Plitvica Stream ni akan lalu kawasan Korana River...ada yang dah beku jadi ais air terjunnya sebab suhu masa ni 4 darjah...memang bersyukur sangat Allah beri peluang untuk nikmati alam ciptaanNya ni...tak terungkap rasanya...


Dah sampai sini haruslah abadikan gambar sebanyak mungkin sebab lepas ni mungkin takkan ada peluang ke sini lagi kan...




Seterusnya kami gerak ke kawasan Lower Lakes....Korang tengok la gambar2 bawah ni...Subhanallah memang terpukau sangat...bersih dan nyaman je rasa...kalau musim panas ni mau ada juga yang terjun mandi...ni musim sejuk nak sentuh air pun takut...hihi



Dah puas bergambar kami terus cari restoran kat bahagian atas sikit, ikut je laluan trek yang disediakan memang akan jumpa la restoran tu...tak jauh dari jeti untuk naik bot seberang Korana River...Menu semua mengiurkan tapi mampu order air coklat jela dengan fries sebab yang lain semua tak halal...walaupun dah makan nasi sebelum check out tapi tetap lapar maklum la musim sejuk...sementara tunggu bot sampai layan air coklat dan salji dulu...




Lebih kurang setengah jam tunggu baru bot sampai...dipenuhi pelancong China bot kami...hubby siap borak dengan sorang uncle ni coz hubby boleh cakap Mandarin...uncle tu pun duk agah2 Kays...suka dengan budak keciknya agaknya...15 minit juga naik bot nak seberang Korana River ni untuk ke kawasan hujung taman negara ni...kat situ ada bas dan tram yang tunggu untuk kita kembali ke tempat mula2 kita masuk tadi...kalau rajin boleh jalan kaki tpi mau 15 ke 20 minit jugak so better naik bas jela...jimat masa...kalau yang suka trekking boleh je jalan...





Turun je bot ingatkan tanah rata la...sekali bertangga dan kena lalu trek bersalji juga dulu...tapi pemandangan cantik so memang berbaloi sakit kaki menapak pun...





Gambar akhir ni laluan sementara nak sampai ke tempat mula2 beli tiket...ok la sampai sini dulu...terima kasih sudi singgah dan baca blog Mi..jumpa lagi di entry akhir ke Croatia nanti ya...salam dari Vienna, Austria.


1 ulasan:

Chekgu Azrine berkata...

bestnya mi...pengalaman indah dptmain salji kt tmpt org..dan melawat tmpt2 menarikk..best

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015