Bayern Munich Stadium, Germany



Assalamualaikum...sambungan dari entry Legoland Deusctland...Dalam pukul 6 lebih camtu kami gerak ke Hotel Parkhotel Schmid di Adelsried...lebih kurang 30 minit perjalanan...lepas settle check in hubby dan anak2 terus turun ke thermal pool...kalau pool biasa memang tak masuk la musim sejuk ni...sementara tu Mi panaskan lauk dan nasi dengan rendam air panas je...takde kettle pulak hotel ni dalam bilik...terpaksa la rendam dalam air panas je...Malam tu family Nani datang dinner sekali di bilik kami...Mi just panaskan sardin dalam tin, nasi impit dan sambal totok...Nani pulak bawak nasi goreng, kari sardin, ayam goreng dan rendang ayam..meriah lauk kami malam tu...lepas dinner masing-masing terus tidur sampai ke pagi...lepas breakfast sambung mandi kolam lagi sampai ceheck out pukul 12 tengahari...



Mami macam biasa la tukang ambil gambar je...malas nak basah2 dan salin2 baju...hihi





Lepas tu kami terus gerak ke Munich,lebih kurang 45 minit perjalanan dari Adelsried...kami ke salah satu wishlist encik hubby iaitu Stadium Bayern Munich...Kelab Bolasepak Yang popular katanya...kalau tanya Mi memang tak tahu apa la...kurang minat bab2 bola sepak ni...hihi...kami sampai dalam pukul 1.30 petang dan tunggu 30 minit untuk tour guide bawak kami pusing-pusing sekitar stadium ni...nasib baik tour guide cakap dwi bahasa, deuscth dan english...kalau tak memang jalan2 jela tak faham apa...Stadium ni dikenali juga sebagai Allianz Arena dan stadium kelab bolasepak terbesar dunia...kalau nak tau lebih lanjut boleh tengok website Allianz Arena ni...

Pemandangan dari luar Stadium





Pemandangan dalam stadium...stadium ni katanya mampu tampung 70 000 orang satu2 masa...untuk kelab ni dikira stadium yang besar la..lebih kurang stadium Bukit Jalil cuma besr sikit Stadium Bukit Jalil boleh tampung 80 000 orang...ada bahagian VIP seat yang bernilai 12 000 euro sebulan pun ada...ada seat khas untuk OKU yang boleh muatkan wheelchair dan yang Mi perasan beza stadium ni dengan stadium kat Malaysia adalah gerai jualan makanan belakang seat penonton sekeliling stadium..untuk VIP atau orang perseorangan yang book seat yang mahal tu ada restoran mewah tersedia di level 2...ada lift dan juga eskalator jugak...so memang mesra stroller dan OKU...melawat stadium ni bayar ye kawan-kawan...bukan free...seorang umur mula 14 tahun dicas 12 euro kalau tak silap...budak2 6-13 tahun separuh harga dan bawah 5 tahun free...






Dah puas pusing diluar kami di bawa ke bilik persalinan pemain...ada thermal pool untuk pemain rehat lepas perlwanan cuma masa kami pergi poolnya kering la sebab takde perlawanan...ada gym dan juga bilik rawatan...lupa pulak nak snap gambar..huhu




Kami juga di bawa ke laluan pemain keluar ke padang...siap di pasang lagu dan dapat tepukan dari kumpulan lain...owh ya memang banyak kumpulan melawat masa tu...bukan kami je...terasa macam retis gitu...



Selesai tour lebih kurang sejam jugak la...lepas tu kami ke kedai barangan Team Bayern Munich...macam-macam koleksi ada dari baju baby, kanak-kanak, dewasa semua ada...mug, frigde magnet, pillow, dan macam2 lagi la...tapi harganya memang agak mahal so kami beli frigde magnet je sebagai kenangan...sebab kami bukan fan...kalau kelab Chelsea confirm hubby dah borong tshirt segala bagai sebab memang peminat setia...hihi...



9 ulasan:

amal berkata...

Wow boleh muat 70 ribu. Bayangkan brp dia dpt bila ada game. Mmg sokmo penuh stadium tu kalau tgk dlm tv. Patutla bleh byr gaji mahal2 kt player. Bayern munich player top2 gakla

ChemSO berkata...

dok lama2 sikit kat sana ya anis...sempat nak kumpul duit g lepak vienna.

ameris berkata...

bestnya anis... dok oversi ni masa nak jelajah semua tempat.
kalu dh blk msia nnt cost lg tinggi laa nk jln2 kan...

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Bestnya boleh melawat kesemua kawasan dalam stadium tu..
Kalau ada game lagi best ye Anis :)

Unknown berkata...

Kan..no wonder drg boleh maintain...

Unknown berkata...

Haha..xmo la lama2..rindu malaysia

Unknown berkata...

Betul tu kak...sementara dekat ni la yg boleh pergi..kalau blk msia mmg tak pergi la kak

Unknown berkata...

Aah..kalau ada game sesak nafas jadinya..penuh..hihi

mummy berkata...

emy pun tak minat bola, tapi hubby minat so secara tak sengaja kenal sikit2 team2 bola ni..tapi tak de la obses sangat kirenye ambik tahu sikit2 pun jadi la hehe

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015