Legoland Deutschland






Assalamualaikum...Legoland Deutscland ni terletak di Guenzburg ,German...perjalanan dari Vienna (Wien) ke sana lebih kurang 6 jam...Kami gerak pada 28 Oktober 2016 jam 11.45 malam camtu...Bila memandu di Europe ni hubby Mi memang prefer waktu malam sebab anak-anak tidur...Legoland dibuka jam 10 pagi sampai 6 petang...Kami sampai di Guenzburg lebih kurang pukul 4 pagi pagi...singgah subuh dan tidur sekejap di RNR sebelum sampai Legoland...Jam 9 pagi baru kami gerak ke Legoland lepas lap badan dan tukar baju budak2...sementara nak tunggu Legoland buka sempat breakfast bihun goreng yang dah Mi goreng malam sesiap dalam kereta dulu...Untung nya jalan masa musim sejuk ni makanan tak basi...sebab sejuk...So Nani dan family bawakan nasi goreng...Tiket Legoland ni pakej sekali hotel...tapi hotelnya 30 minit dari Legoland...ingatkan macam di Malaysia yang satu kawasan rupanya asing...tiket Hubby dah beli online sebelum datang sebeb murah skit...senang tak perlu nak beratur beli tiket bagai...tau la travel dengan anak kecil ni kena ambil langkah bijak sikit...Cuma beratur nak masuk je...



Tapi cuaca hari tu hujan pulak...nasib baik tak lebat...so redah jela kami...anak2 masing2 dah pakai cap dan glove sebab boleh tahan sejuk jugak...masuk2 je nampak labu besar2 ni...masa ni tema Halloween...yang selalu dekat TV cite omputih tunjuk pakai custom hantu2 dan banyak labu tu...sambutan ni untuk apa pun Mi taktahu...hihi...budak kecik berdua tu takdenya takut...relaks je masig2 tengok mumia bagai...macam takde perasaan...




Bila anak dah 2 ni kena la gilir2 main dan layan anak...tapi kebanyakan mainan Kays belum lepas ketinggian untuk main...so macam rugi sikit untuk Kays...Nasib baik Airis lepas tingginya so boleh la main puas-puas...takpe dik...Insyaallah ada rezeki nanti kita pergi Legoland lain pulak ye...masa tu adik boleh main puas2 macam Ayong Airis yang sampai takmo balik...






Kawasan Legoland Deutschland ni boleh tahan besar jugak...ada kawasan Miniland yang ada replika mercu tanda yang diperbuat daripada Lego, Lego City macam Ninjago, Harbour cruise,Imigination macam Lego tower , kids power towel, pedal a car, lepas tu ada Lego Extreme macam Test Track yang laju boleh tercabut jantung tu, wave racer, Knight's Kingdom yang biasanya ada treasure hunt tu, Pirate Land, Adventure Land dan banyak lagi la...tapi kami tak jelajah semua pun...just naik yang mana sesuai je untuk Kays...Airis dengan hubby je cuba macam2...Mi tukang ambil gambar sambil layan Kays...










Dah main-main lapar la pulak kan..so kami lunch di Steak House sebelah studio Legoland..ikutkan nak tengok cerita 3D tapi kami lewat sikit turun dari Lego Tower so Airis je dengan keluarga Nani dapat masuk...sementara tunggu drg habis tengok movie kami masuk makan di steak house ni dulu sambil memanaskan badan...Menu dipilih semestinya Sayuran sahaja dan Spagethi sayur...Nak makan daging tak halal so yang boleh makan sayuran dan seafood jela kat sini...Pekerja kat steak House ni ada juga Muslim Turki cuma makanan tak semua halal la...




Lepas makan sambung jalan-jalan dalam legoland ni lagi...sempat main tikam2 lagi ha...Mi memang suka main2 camni..saje perabihkn syiling...kalau dekat Mall segan nak bayar pakai syiling kan..so tempat2 cmni la syiling dihabiskan...tapi tak pernah bertuah pun nk dapat hadiah...huhu





Budak2 ni boleh pulak nampak taman permainan so memang takmo jalan dah la...bagi drg main sekejap baru la boleh teruskan aktiviti lain...






Sempat tengok Magic Show pukul 2 petang...sementara nak tunggu show makan waffle pulak...baru 2 jam makan lapar balik...musim sejuk memang cepat lapar kalau korang nak tahu...






Lepas habis show siap tido si kecik Kays...So terpaksa hubby jaga dia kat luar Sealife ni sebab stroller tak boleh bawak masuk...Kays pulak jenis kalau tidor tak boleh diubah-ubah confirm mengamuk sakan nanti...So Mi n Airis jela masuk dalam sealife ni...kecik je Sealife ni...ada ikan2 dan binaan Lego je dalam ni yang membezakan dengan Sealife lain....tapi sebelum masuk Sealife Airis nak naik kapal ni pulak dulu...






Keluar dari Sealife sambung lagi main...ktrg ada naik Roller Boat yang laluan tinggi lepas tu menjunam dalam air tu tapi takde gambar sebab tak boleh bawak kamera takut basah or jatuh dalam kolam...Pedal a car yang macam roller coaster tapi kena kayuh sendiri tu pun ktrg tak naik sebab Kays tak cukup ketinggian...kesian pulak nak tinggal dia je dengan keluarga Nani...sebelum bergerak ke Hotel kami biarkan budak2 ni main puas2 dulu kat taman permainan....Ok sampai sini duulu cite Legoland...nanti Mi sambung lagi cerita kami di Hotel dan ke Stadium Bayern Munich pulak....










3 ulasan:

amal berkata...

Seronoknya Airis n Kays. Acik legoland johor pun x pernah sampai. Awak dh pergi legoland deutschland. Untung sgt!hihi

amal berkata...

Seronoknya Airis n Kays. Acik legoland johor pun x pernah sampai. Awak dh pergi legoland deutschland. Untung sgt!hihi

achiek anis berkata...

tu la amal..rezeki budak2...kat Malaysia pun tak pernah sampai lagi Legoland Johor tu

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015