Pasar Krismas di Vienna



Assalamualaikum...kali ni mi nak share psal Cristmas Markt atau Pasar Krimas dekt Vienna ni...ikutkan merata tempat pasar Krimas dibuka sepanjang pertengahan bulan November sampai la Hari Krismas nanti...tempat yang biasa kami akan pergi setiap tahun di Rathaus dan Museumquatier...2 kali jugak pergi kali ni...satu pergi waktu malam...satu lagi pergi siang..so Mi combine je sekali k...mula-mula di Rathaus sebelah malam...pasar Krismas ni ibarat pasar malam la kat Malaysia...cuma ada masa musim Krismas je..pakej sekali dengan tempat Ice skating kalau di Rathaus ni...Bezanya pasar drg ni guna pondok2 kecil berbumbung semua...so kalau hujan or salji takde la basah barangan atau makanan drg...pondok kayu...sebulan sebelum dibuka Perbandaran drg akan sediakan dah...Rathaus ni ibarat Dataran Merdeka atau Dataran Putrajaya la...event-event biasanya memag buat disini...






Gambar waktu malam tak banyak sangat ambil sebeb sejuk...gigil tangan nak snap sebab tak bawak glove...boleh kebas jari jemari dibuatnya...tak sampai sejam pun rasanya kami pusing...lepas bagi anak-anak main kejap, beli makanan dan terus balik...






Sempat la juga beli Teh yang unik dengan Teko ni buat kenangan...teh ni lepas kembang jadi bunga ikut jenis teh yang kita pilih akan kekal tahan seminggu...wangi la teh ni...mulanya ingatkan bunga hiasan je...rupanya boleh minum...produk ni berasal dari Switzerland...






Kami tapau juga Shauumrollen ni sebab tergoda tengok krim tu...tapi pastry macam dah masuk angin tak ranggup...harap manis krim jela boleh habiskan...kecik je ni...kat gambar je nampak besar...ada 2 saiz besar dan kecik...tapi kami ambil yang kecil je sebab nak rasa...


Ni kami pergi Jumaat malam minggu lepas...Ahadnya pulak kami ke Pasar Krismas di Museumquartier pulak...tak jauh dari Rathaus ni..lebih kurang 1km camtu je jaraknya..kali ni pergi waktu siang...so nampak la sikit keadaanya camne kan...



Dekat Museumquartier ni banyak jugak makanan yang di jual...teringi benor Mi dengan Sup dalam roti tapi sayangnya takde untuk Vegetarian...semua sup ayam dan daging je...so tak boleh la nak mencuba...sejuk2 pekena sup panas2 kan sedap...tak dapat sup tapi dapat badam dan kacang macademia je...manis-manis masin rasanya..boleh tahan sedap...





Antara barangan yang dijual...




Roti ni pulak memang banyak boleh dapat dekat Austria, Hungary, Germany dan Checzh Republic...kat sini panggil Oldenik kalau tak silap...rasa macam donut dan biasa luar disapu serbuk cinnamon dan gula...ada juag isi dekat dalam tu coklat, nutella , whipping cream atau ais krim...yang kami beli ni ada campuran cinnamon, gula dan vanilla...

Jalan Christmas Markt lagi

A video posted by Achiek Anis (@achiek_anis_choc_n_cheese) on







Siap kongsi dengan burung-burung ni lagi...roti ni lembut didalam dan ranggup diluar

Feeding the birds

A video posted by Achiek Anis (@achiek_anis_choc_n_cheese) on



Ok la...sampai sini dulu...jumpa lagi entry akan datang....

2 ulasan:

ibuharung disabah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Hamelia Hamid berkata...

sedapnye anis...

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015