Pencarian Seramik di Znojmo, Chezch Republic



Assalamualaikum semua...kali ni nak cerita pasal rombongan akak-akak Malaysian di Vienna ke Znojmo ( cara sebut Naimo), Chezch Republic....Tujuan asal memang nak ke kedai Seramik...Ikutkan Mi ni mana la tahu bab2 seramik ni semua...Mi ikut je alang2 hubby cuti masa tu...Hari Rabu dan public holidays Austria sebab hari Merdeka diorang...Perjalanan dari Vienna ke Znojmo ni lebih kurang 45 minit je...ni kali kedua Mi sampai Znojmo...tahun lepas pergi juga untuk cari Kristal untuk cenderamata PERWAKILAN ( Persatuan Wakil-wakil Isteri Luar Negara )...Mi dilantik sebagai S/U untuk persatuan ni...so kena la mengaktifkan diri untuk persatuan kan...Ok...berbalik ke cerita seramik...Ikutkan seramik ni lagi terkenal di Poland...sebab yang di Znojmo ni pun seramiknya di buat di Poland...kat Znojmo ni macam agen la gitu...Apa istimewanya seramik ni? Istimewanya sebab buatan tangan dan tebal...boleh tahan berat juga...kalau jatuh tetap la pecah..nama pun seramik kan...
Kedai yang kami pergi ni betul2 berhampiran parking berbayar Pekan Znojmo...so kalu nak ke Ol Town square memang akan lalu kedai ni...



Masuk je kedai ni memang rambang mata dibuatnya...walaupun Mi ni taktahu pape pasal Seramik ni tapi tetap teruja tengok...macam-macam corak dan bentuk rupanya seramik ni...nak tempah satu set sama semua pun boleh..cuma ambil masa sikit la...rasanya dekat 30 minit duk pening nk pilih corak mana...ada design yang sale 30% tapi kejap je sold out...1st come 1st serve kekdahnya...






Design seramik ni sentiasa berubah...so kalau nak sama pattern boleh je tempah bila2 pun...cuma kena bagi contoh gambar design yag kita nak...bukan setakat pinggan mangkuk je...Mug ke, tea pot ke, set cawan, sudu , senduk , garfu semua ada...bekas telur la, tisu la...eh macam-macam la...bingkai cermin pun ada...sedia duit aje...hihi



dekat 2 jam juga la kami dalam kedai ni...masing-masing tak tahu nak pilih yang mana sebab semua cantik-cantik...Mi orang pertama yang settle beli sebab Kays dah mengamuk nak susu...siap tauke kedai wrapping je seramik tu semua terus hantar ke kereta...selesai semua baru kami gerak ke Old Town square...saja pusing-pusing kejap tengok bandar Znojmo ni...sunyi je sebab hari bekerja diorang....





Dekat sini juga ada jual barangan kristal, tapi kalau nak lebih banyak boleh pergi ke Prague,Ibu Negeri Chezch Republic lebih kurang 3 jam dari Vienna...dapat la satu Cake stand Kristal yang murah jela Mi pilih sebab dah banyak habis beli seramik...nak tau Mi pilih design mana seramik tu? Ni ha yang tak biru sangat...ada corak2 bunga merah sikit...Insyallah kalau ada rezeki nanti nak dapatkan set pinggan seakan-akan design ni...cuma bila tu tak tahu...Mi beli ni pun sebab selalu host rakan sekerja hubby makan2 dekat rumah...so ada proper set ni rasa sesuai sikit untuk hidang pada tetamu...kalau tak sebelum ni campur aduk je pinggan mangkuk mana ada kat rumah ni...hihi...balik2 set ikea yang purple tu la mi duk guna...


Sebelum balik sempat singgah Freeport Mall...ala2 JPO or Mitsui Outlet la kalau dekat Malaysia...takde nak aim apa just singgah untuk lunch bekalan yang dibawa dan pusing-pusing dalam tu...Owh ya sini ada matawang diorang sendiri tpi Euro pun diterima cuma syiling je diaorang tak terima...so kalau datang sini kena standby duit kertas Euro dalam amoun kecil macam 5 euro, 10 euro camtu...kalau tak nanti diorang akan pulangkan syiling selambak pada kita...


Sempat la budak kecik berdua ni paw abah diorang main dulu kan..ok la jumpa lagi next entry....Assalamualaikum dari Vienna.





5 ulasan:

amal berkata...

Cantik sangat! Kalau amal mesti syg nk guna. Simpan je jd hiasan haha

Chekgu Azrine berkata...

Cantik pinggan seramik tu anis..husba akk ni mesti suka ni..hahahha

achiek anis berkata...

Haha..ku guna wei xmo peram..kang laki bising

achiek anis berkata...

Hubs akak suka ea seramik2 ni..ada rezeki dtg europe boleh la beli nnt kak

Hamelia Hamid berkata...

semua cantik2 la anis..mesti rambang mata ...

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015