Sambutan Ulangtahun Kelahiran Airis ke 4 di Vienna





Alhamdulillah 7 April 2016 aritu cukup usia Airis anak sulung mi tu 4 tahun...kelahiran anak sulung ni memang membuatkan mak pak yang baru pertama kali nak jadi ibu bapa ni teruja lebih kan...kalau boleh setiap saat nak dirakamkan keletah anak tu kan...Setiap tahun memang kami sambut ulangtahun kelahiran anak sebab kami percaya dalam setiap rezeki tu ada bahagian anak, keluarga dan kawan-kawan untuk dikongsi bersama...majlis ni dibuat pada 9 April 2016 sebab hari sabtu...so hari cuti...boleh la kawan-kawan datang memeriahkan majlis...jemputan kami orang Malaysia yang tinggal kat sini, kawan-kawan setugas hubby dari Pakistan, Indonesia dan tuan rumah, Omma Marshal...Hidangan tentulah makanan Malaysia yang jadi pilihan...Selain menjamu selera boleh juga memperkenalkan makanan Malaysia pada orang luar ni kan...kira promote Malaysia la jugak...Gigih mi sediakan makanan dari hari ahad lagi tau...



Antara menu yang mi sediakan pada hari tu:

1. Sate goreng ayam dan daging...perap dari hari Khamis...terlebih madu sikit sate ni...manis...hihi...mi goreng je sebab cuaca sejuk tak boleh nak bakar membakar...kononnya nak berBBQ tapi cuaca tak mengizinkan pula sebab hujan...

2. Kuih Seri Ayu dan donut...mi buat hari Ahad sebelum tu dan frozenkan...masak sorang ni kena pandai rancang masa...mana yang boleh disediakan awal kita sediakan...baru la tak kelam kabut nak masak satu masa je semua hari majlis kan...

3. Kuah kacang pun mi sediakan siap-siap hari Khamis petang tu...bekukan pastu hari Majlis tinggal panaskan semula je...

4. Rendang Ayam mi masak malam hari Jumaat tu...pagi Sabtu panaskan semula...

5. Nasi Impit pun rebus siap-siap malam hari Jumaat...pakai dapur elektrik ni memang kena mulakan awal...memang sangat menguji kesabaran untuk merebus...tak secepat dapur gas air tu mendidih...boleh bikin darah mendidih dulu la nak tunggu air tu mendidih...hihi

6.Bihun goreng daging tu petang Sabtu baru mi goreng...melampau la kan yang tu pun nak goreng awal...mau kejung bihun tu masa hidangkan...haha





Kek yang menjadi sumber rezeki mi di Malaysia dulu...


Whopie Pie namanya...1st time buat naik elok..buat kali kedua kecut plak whopienya...haha..boleh la makan juga cuma tak cun je..

7. Whopie pie, key birthday dan kek cheese tu pula petang Jumaat mi sediakan...jenuh la duk mendeko kek Princess idaman Ayong Airis tu...kek dalamnya butter cheese dan frosting tu cream cheese...



Bangun je tidur petang Jumaat tu terus seronok tengok kek Princess dia dah siap...demi mu anak...apa saja la mami dan abah turutkan...moga besar nanti jadi anak yang Solehah ye...


8. Keropok goreng, buah, calamari, gula-gula dan ais krim sebagai menu sampingan

9. Air Bandung pun mi sediakan sebagai identiti Malaysia gitu...


Malu-malu pulak Ayong ni bila orang suruh potong kek...tersipu-sipu kat situ dengar lagu Happy Birthday to you...kalau tak tak sabar sangat setiap jam duk buka peti ais mami tunjuk kek dia...hihi


Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis




Terima kasih Datuk Adnan dan Datin Azlinda,Adlin, Padli dan Nani, Abg Hafiy, Cik Sharon, Abg Iskandar dan Kak Fitriah, Kak Rohaizah, Abg Yassin, Akmal & Ashraf, Kak Rohana, Firdaus, Kak Aziah, Afiqah, Hani, Samirah dan tetamu lain yang sudi memeriahkan majlis Airis...seronok Airis aritu ramai kawan datang main sama-sama.. Kays je tiba-tiba demam pula hari tu...merengek je dia...



Insyaallah ada rezeki nanti kita jumpa lagi di majlis ulantahun kelahiran Kays yang kedua pulak nanti...Seronok dan puas hati rasanya dapat sediakan semua ni untuk anak dan tetamu...walaupun sepatutnya ada bubur kacang hijau durian tapi takde rezeki tetamu nak merasainya petang tu...bubur ku basi di pagi hari...punca menyebabkan kejadian basi itu tidaklah diketahui...xpela Allah dah tetapkan bukan rezeki tetamu nak rasa bubur tu...redha itu adalah indah...Alhamdulillah...dan yang paling penting Ayong Airis tersangatlah happy pada hari yang khas untuknya tu pun mami dah happy sangat....


Happy la dapat 3 lagi princess petang tu...semoga murah rezeki Uncle2 dan Auntie2 yang memberi....Ameen...ok la sampai sini dulu...Assalamualaikum...


14 ulasan:

babYpose berkata...

Waalaikumusalam, cantiknya kek,pandai buat perancangan menjadi host, untung yang mengenali mami airis ni,happy birthday Airis, moga diberkati selalu.

Unknown berkata...

Alhamdulillah..terima kasih sis..saya suka baking cuma deco tu tak berapa kemas lagi...insyallah..ameen

Dilah berkata...

Happy birthday ayong airis.. semoga menjadi anak yg solehah.. gigih mami masak semua ye.. bertuah airis dapat mami yg rajin masak2 mcm ni..hihi..

Unknown berkata...

Cantik kek kakak Airis...mami pandai buat kek,untung kakak.happy belated birthday kakak dari acik mimah,hasif dan adik hafiy....

Unknown berkata...

Terima kasih auntie...mami masak sebab nak hilangkan boring...so kena menyibukkan diri...hihi

Unknown berkata...

Terima kasih kak mimah..lama tak dengar cerita akak..

Unknown berkata...

Happy belated birthday cute girl. :) ♥ Semoga menjadi anak yang solehah di dunia serta akhirat yer. :*

Pandai sis deco kek tu. Hasil tangan yang kreatif. :)

Ruzita Idias Ismail berkata...

Assalamualaikum Mi, kak Ita mmg solute lah kat Mi, buat majlis tu sorang2, dengan anak kecil lagi. Hanya orang-orang cintakan dunia masakan ajer yang mampu berbuat demikian. Tahniah Mi. Kalau Kak Ita dah kelam kabut dah..hehehe..

Unknown berkata...

bestnye kt obesi pun boleh buat party.. leh msk mcm2.. pndai masak ade bahan sume boleh jalan hehe..

Happy befday airis!!! hadiah airis best2!!

rindu kek leleh ko weh huuuu

Erina Asmawani berkata...

Happy belated birthday Airis. Moga membesar menjadi anak yg bijak dan solehah. MasyaAllah..memang cantik kek princess tu dengan kek love ngan whoopie pie. Semua cantik. Tangan mummy mmg berseni. Hehe. 1 princess mommy buat, banyakkk princess Airis dapat. hehe.

Unknown berkata...

thanks sis...tak.kemas sgt deconya....boleh la utk puaskan hati anak.....

Unknown berkata...

thanks kak ita....aah sbb minat kak...lgpun amek pengalaman senior2....sbb tu prepare sikit2...husband tlg jaga anak bila maminya masak so boleh la prepare slow2...

Unknown berkata...

tu la wei...seb baik ada brgnya kat asian shop....boleh la masak...klu g taiping order kt adik aku wei...resepi sama....hihi

Unknown berkata...

thanks aunt ena....tu la kemain suka dpt byk princess....cantik dlm.gambo.je.tu.ena...realitinya comot sana.sini

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015