EuroTrip : Graz, Austria



Assalamualaikum semua...arini baru nak share aktiviti hujung minggu ktrg 3 minggu lepas...jalan-jalan dalam Austria je...kami ke Graz, lebih kurang 2 jam perjalanan dari Vienna. Graz ni ibu negeri kedua terbesar di Austria selepas Vienna...kalau ikutkan tak besar sangat kawasan bandar Graz ni...pergi hari Ahad macam biasa la semua kedai tutup, kecuali kedai makan je yang buka... Asalnya hubby cadang stay kat hotel sini tapi mi rasa tak perlu sebab tak banyak sangat tempat yang menarik boleh dilawati sekitar bandar Graz ni...sehari pun boleh cover satu Bandar Graz ni...



Mula-mula sampai ktrg terus ke Scholessberg...kawasan berbukit yang ada Istana dan Menara Jam...Tapi sebahagian besar Istana ni dah dirobohkan...kawasan Menara jam ni jadi mercu tanda Graz...So, kalau naik atas bukit ni boleh nampak pemandangan sekitar Bandar Graz.




Ktrg lepak sekejap je atas ni sebab sikecik tu dah meragam nak susu...Si Kays ni kalau nak susu memang tak boleh tangguh-tangguh...Dah penuh tangki baru boleh berjalan semula dengan aman...jalan-jalan dengan anak kecil memang menguji kesabaran kan...masa pun kita kena tolak tambah...kena bagi drg tenteram baru boleh menikmati jalan-jalan ni...kalau tak memang boleh rosakkan mood mak paknya...hihi


Mulanya duduk elok dalam stroller tapi disebabkan amukan nak susu tu terpkasa la lepaskan budak berdua ni berjalan...dah ler turun bukit laju bukan main si kecik tu..sabar jela abahnya duk pegang tangan gitu...




Pemandangan dari Kawasan Sungai Mur ke arah Menara Jam...tinggi la jugak hubby kena menolak stroller twin gabak tu...lepas tu ktrg ke Sungai Mur...bawah kawasan berbukit tu je...sebelum sampai situ sempat la singgan Nordsee makan fish n chip dulu...bagi budak-budak ni makan ais krim sebab suhu panas dan cerah je masa ni...owh ya bawah bukit ni juga kawasan membeli belah...ktrg window shopping jela dah kedai tutup...haha...yang bestnya boleh pulak terjumpa kedai jual Le Cruset warna Chiffon Pink...ok encik suami sila noted maksud mami ini...kih kih kih



Ni sekitar kawasan Town Hall bawah dari kawasan berbukit tu...tak besar mana pun...lebih kurang 1km je panjang keseluruhan lorong ni...



Sini pulak kawasan gereja...sempat pulak si hubby duk melayan anak dara dia berposing-posing dekat gambar-gambar tu...





Jalan depan sikit ada bangunan Unik Kuntshaus...Tapi ktrg tak pergi pun kat bangunan tu...hanya amek gambar dari tepi Sungai Mur ni je...Belakang Airis tu la bangunan Kunsthaus...Tempat pameran hasil-hasil senibina Graz...


Sungai Mur ni ada pulau buatan...dipanggil Mur Insel...ada restoran je kat situ...feeling-feeling makan kat sungai la kononnya...kami tak masuk sebab terlalu ramai orang...malas nak tunggu lama-lama...so kami jalan-jalan je area situ...maaf la mata mi takleh nak halang cahaya...hihi...



Seronok si kecik tu dapat bebas berjalan..tak terikat dekat stroller...




Pemandangan sekitar Sungai Mur...



Wall dekat sebelah kanan tu boleh climbing...memang drg sediakan batu-batu kecil tu untuk climbing...nak turun ke laluan ni siap ada lif..untuk memudahkan pengguna wheelchair dan yang bawak stroller anak...jakun la jugak tengok ada lif tepi sungai...hihi...ok la itu je kawasan menarik yang boleh dilawati kalau sampai Bandar Graz ni...ada lagi kawasan menarik lain macam kawasan pergunungan dan taman-taman bunga...tapi masa kami pergi bunganya masih belum berbunga...so hanya jalan-jalan sekitar Bandar kecil ni je...ok la jumpa lagi next entry EuroTrip bajet mi ya...





6 ulasan:

babYpose berkata...

Waalaikumusalam wbt, cantik bandar Graz, lagi pun eropah duk tengok kut screen ni semua cantik :) pandai la Mamiairis tahu nama tempat, nama bangunan belakang sungai mur, memang baca tentang bandar sebelum pegi ye ? Betul dengan anak-anak kecil tenaga kena lebih kan.. suka semua pic tepi bangunan, menarik. Comel princess.

Unknown berkata...

Aah sis..cari info tempat dulu..agak2 menarik baru p..hihi...btw tq

Cik Puan Mimi berkata...

Mami hot ngatt ehh. Sonoknye airis kays berlari. Kadang2 je keluar rumah mmg syok ler

Unknown berkata...

Haha..hot la sgt mimi oi...tu la..seminggu sekali keluar umah..teruja lebih sikit..hihi

Chekgu Azrine berkata...

cantik jugak even kecik je tempat dia kan mimi..
apa2 pun rugi kalau tak explore tempat orang..
boleh dpt byak experience

Unknown berkata...

Betul tu kak rin..jauh berjalan luas pemandangan gitu

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015