EuroTrip : Budapest, Hungary



Assalamualaikum semua...
2,3 hari ni cuaca Vienna mendung je...
Membuatkan perasaan mi pun rasa mendung je...
Mendung dengan pelbagai perkara...
Tapi kalau nak fikirkan akan jadi negatif je nanti...
So, baik lupakan dan teruskan hidup dengan positif...

Hari ni mi nak sambung kisah Eurotrip yang tak habis2...
Ni cerita last percutian hujung tahun ktrg aritu...
Lepas ni tunggu Summer pulak la kot kalau nak bercuti lagi...
Insyaallah andai dimurahkan rezeki...Ameen...

Ikutkan kalau dari Vienna ke Budapest ni lebih kurang 2 jam je...
Tapi disebabkan ktrg gerak dari Hallstat so jadi la 4 jam lebih...
Campur tolak berhenti rehat semua...
Niatnya nak menziarah kawan hubby yang baru di postingkan ke sana...


Bila masuk je highway Hungary ni rasa macam Highway Malaysia...
Sebabnya jalannya lebar...tak macam Austria yang highwaynya muat2 kereta je orang kata...
Selisih dengan lori seram sejuk rasa macam nak melekat...huhu
Tapi highway Hungary ni korang memang tak leh speed laju2 la...
Sepanjang nak ke Budapest tu 10 speed trap sedia menanti...
Sabo jela kan...nasib baik la GPS ni memang detect speed trap tu...
So, kena la bawak dengan berhemah dalam 80 ke 100 aje speednya...
Biar lambat asal selamat kekdahnya...ngeee...gambo highway non hado sebab malam...
Kalau tak boleh tunjuk tulisan Magyar kat korang...memang sepatah haram mi tak faham...

Ktrg sampai lebih kurang pukul 9 malam kat rumah kawan hubby, Irshad & Pikah...
Kira sambut tahun baru di Budapest la malam 31hb tu...Esoknya baru ktrg jalan2 sekitar Bandar Budapest...


Mula-mula drg bawak ktrg ke Danube River...Bangunan atas ni Parlimen drg...
Ikutkan sejarahnya Budapest ni terbahagi dua oleh Sungai Danube tu...
Kira seberang sana Buda dan seberang sini Pest...bila disatukan jadilah Budapest...


Jambatan tu namanya Chain Bridge...jambatan tu yang menghubungkan Buda & Pest...
Bila malam cantik sebab cahaya lampu...masa ktrg pergi ni pagi...mendung aje...
Tu gambar pun nampak gloomy je kan...


Ingatkan Malaysia je ada grafiti...sini pun ada...hehe...macam edit tarikh plak kan kat situ...
Sempat la jalan2 sekejap menikmati panorama kat tepi sungai Danube ni...
Seronok Airis Aunt Pikah duk melayan dia...
Tapi kena berhati-hati jugak kat sini...sebabnya Islamphobia kat sini tinggi...
Memang drg pandang semacam je bila nampak orang berhijab macam mi...
Lain dengan Vienna sebab Vienna ramai Turkish Islam...


Lepas tu ktrg ke Fisherman's Bastion...kawasan menara tinjau...
Kawasan atas bukit sikit...boleh nampak pemandangan sekitar Bandar Budapest...


Belakang hubby tu namanya Vienna Brigde...



Pemandangan on the way nak ke Fisherman's Bastion



Pagi tu Airis moody...takmo bergambar...cuaca sejuk sama...lupa dah suhu berapa masa ni..
Tapi suhu tahap beku bibir n gigil la jugak...



Fisherman's Bastion ni di ceritakan tempat sekumpulan nelayan yang menjaga kawasan Sungai Danube ni...
Kira macam kawasan pemerhatian drg la pada zaman dulu...



Pemandangan dari Menara Tinjau Fisherman's Bastion


Merah hidung cik Airis menahan sejuk...Adik dah siap cranky tak tahan sejuk masa ni...
Atas tu boleh pulak jumpa orang jual mafla musang...real plak tu rupanya...



lepas tu ktrg jalan2 sekitar Bandar Budapest cari cenderahati buat kenangan...
Terima kasih Uncle Irshad dan Aunt Pikah for accommodation dan fasilities...
Insyaallah ada masa nanti kita jumpa lagi di Budapest ya...
Dan kena datang Vienna lagi lepas ni...


Masa ni snow tengah turun...tapi light snow jela..so tak nampak la dalam gambar...
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik boleh dilawati di Budapest...
Tapi sebab kesuntukan masa so maybe next time la ktrg ke sana lagi jika ada rezeki...
Masa otw nak balik Vienna boleh pulak terserempak dengan kereta Wira buatan Malysia ni...
Terus snap...laku juga kereta buatan Malaysia ni ye kat negara luar..hehe


Semoga bertemu lagi di entry EuroTrip akan datang...Insyaallah...
So, ke mana kita en hubby? Next Vocation pleas....ngeee

5 ulasan:

Chekgu Azrine berkata...

Bestnya...dan budapest cantik sgt...

Chekgu Azrine berkata...

Bestnya...dan budapest cantik sgt...

babYpose berkata...

Best eurotrip bersama keluarga dapat jumpa kawan, comel anak-anak. Budapest cantik permandangannya..

Putri berkata...

bestnya jalan2 euro..
selalu dengar jer pasal budapest ni..tah bila nak sampai sana..
tp dapat tengok dalam blog mami airis pun jadi lah

aarongrey112 berkata...

Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

Aaron
aarongrey112 gmail.com

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015