EuroTrip : Munich, Germay



Assalamualaikum semua...
Ikutkan hari ni genap 6 bulan kami sekeluarga berada di Vienna...
Rasa macam dah lama sangat dah tinggal kat sini...
Hujan batu negeri sendiri tu sebenarnya lagi best dari hujan emas negeri orang sebenarnya...
Apa pun syukur Alhamdulillah atas peluang ni...salah satu pengalaman hidup yang harus dilalui...

Ok la..arini nak sambung cerita EuroTrip keluarga kecil kami...
Sambungan dari entri lepas la ye... KLIK SINI
30 Disember lepas je breakfast kat bilik ktrg terus gerak ke Munich...
Dari Salzburg lebih kurang 2 jam lebih...


Ktrg gerak dalam pukul 8.30 pagi camtu...
Sampai sana dalam pukul 10 pagi lebih...


Mula-mula masuk bandar Munich...mendung je cuaca...
Ada matahari tapi dengan suhu bawah 5 darjah masa ni memang nampak redup jela...
Siap ada papan iklan muka perempuan Melayu bertudung tau kat sini...Ye muka Melayu sejati...
Macam rupa pelajar U je papan iklan ni...


Sila zoom sebab ni dari dalam kereta...
Kena halang plak dungeon pelajan kaki kan...
Ktrg terus ke Bandar Munich, Ibu Negeri Bavaria yang terkenal dengan rekabentuk bangunan2 lama dan muzium...
Bandar ni terkenal sebab setiap tahun ada sambutan pesta arak yang drg panggil Oktoberfest...
Terutamanya di Marienplatz kawasan Bandar Lama...



Ada dataran dan dewan bandaraya drg yang dikenali dengan Gothic Neues Rathaus...
Yang mi perasan biasanya dewan bandaraya dekat Europe ni mesti kawasan tumpuan ramai...


Dekaz sini jugak penuh dengan butik2 kiri kanan...
Macam Bandar Lama Salzburg jugak lebih kurang...



Cuma sini lebih besar dan luas la...


Ni gambar sekitar kawasan Marienplatz tu...
Tengok kubah dia memang banyak pengaruh Islam dulu...


Bila mi upload gambar Rathaus ni ada yang tanya bangunan apa..Seram katanya...hehe
Macam bangunan cerita-cerita sihir aje kan...
Yang bawah ni plak muzium national drg...Residenze Place namanya...
Tapi ktrg tak masuk sebab kurang berminat dengan muzium2 ni..haha



Belakang gambar Kays ni plak Feldherrnhalle Monument di Odeonplatz...
Tak jauh dati Marientplats tu...lebih kurang dalam 5 minit berjalan kaki...
Seronok si Airis duk berkejaran dengan merpati kat situ...
Sebab lapang je kawasan ni...


Suhu masa ni makin rendah...Negatif 4...dah tak boleh buka bibir dah rasa...kebas...
Tau kan macam mana rasa kebas pegang ais tu...ha macam tu la rasa pipi dan bibir masa tu...
Dengan anginnya lagi...masa ni memang rindu sangat la panas Malaysia tu uols...heee


Memang budak berdua tu pun mula la tak selesa dan meragam...
ktrg habiskan masa lebih kurang 2 jam jugak kat sini...
Bila sejuk sangat masuk je mana2 butik untuk panaskan sikit badan...
Sempat la masuk H&M shopping winter boots untuk Kays kebab sejuk sangat dan kasut yang dia pakai tu tak sesuai nak tahan sejuk...
So, kena la jugak beli winter boots...


Kalam travel musim2 sejuk ni stroller coat ni memang wajib bawak...
Untuk warmkan anak2 korang la...so takde la beku drg tidur dalam ni kan...
Ni sementara mi tunggu hubby beli hot chocolate...
Memang tak layan la air berais kalau kat sini...
Memang hot chocolate aje yang laku keras...heee


Nama kedai lupa..tapi bersepah je kedai yang jual hot chcolate sepanjang jalan ke Marientplatz ni...
Special skit hot chocolate ni sebab drg bagi susu n coklatt then sendiri celup ye...
Ikutkan banyak lagi tempat yang boleh dilawati kat Munich ni...
Tapi kebanyakannya muzium dan istana lama...ada muzium BMW la...
Dan paling best hubby lupa nak pergi Stadium Munich...haha
Padahal beria aje nak pergi situ asalnya...takpe la bah nanti kita pergi lain ye...ngee

Memandangkan musim winter ni cepat malam so ktrg terus gerak balik ke Salzburg pukul 3.30 petang tu...
Sebabnya pukul 4 dah gelap gelita...
Sampai je Salzburg dah pukul 6 ptg lebih...tapi dah macam pukul 9 malam kat Malaysia...

Sepanjang perjalanan balik tu ktrg berhenti jugak untuk susukan Kays dan bagi drg jalan2 sikit...
Sebab Kays masih menyusu badan sepenuhnya...so memang idak ler bawak botol ke apa...
Maklum la kena duduk carseat kan kat sini...Wajib ye...bukan suka2...
Agak2 sejam perjalanan je harus berhenti rnr...kalau boleh pangku senang la menyusu je sepanjang jalan kan..
Tapi ni tak boleh...so satu pengalaman baru jugak untuk mi dan Kays sebenarnya...
Dan stok makanan haruslah ada untuk tenteram kan drg bila travel berjam2 naik kereta ni...

Balik ke Salzburg hotel ktrg menginap tu sempat la tapau kebab kat kedai turkish dulu...
Pukul 8 malam je dah tidur kepenatan semua...
Sebab esoknya ktrg ke Hallstat pulak...Perkampungan tercantik didunia...
Kalau google Austria memang gambar perkampungan tu yang akan keluar...
Hallstat ni ke bawah sikit dari Salzburg...
Sebab ktrg plan nak ke Budapest melawat kawan hubby yang baru posting sana...
So, sambil lalu tu singgah la Hallstat dulu...

Ok la...nanti mi share cerita kat Perkampungan tercantik tu pulak ye...
Sila la jangan menyampah tunggu...heee

6 ulasan:

Ruzita Idias Ismail berkata...

Seronoknya.. perkampungan cantik..memang menarik bunyinya..membuatkan akk teruja nak ke sana.. semuga dapat ke sana suatu hari nanti..

puteriraifana berkata...

cantik sangat kat sana. kejap je kan dah 6 bulan. take care anis

safurara berkata...

kalau minum ais lg xtau lah mcm mana kan, dh lah sejuk!. bila aku nk sampai ni! hahaha

achiek anis berkata...

Insyaallah..moga ada rezeki akak smpi ke hallstat nnt

achiek anis berkata...

Tgu ku update hallstat plak..tu ka kejap je dh 6 bulan

achiek anis berkata...

Haha..silap2 beku mulut wei..thn dpn kan..aku tunggu...heee

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015