EuroTrip : Salzburg, Austria




Assalamualaikum semua...
Baru nak sambung episod EuroTrip ni...
Hujung tahun lepas hubby mi ambil cuti start krismas sampai la awal tahun 2016...
Bukan senang dan selalu pun dia cuti...
Kebetulan ada tetamu dari Berlin datang terus hubby apply cuti panjang...
Kalau tak hidupnya siang malam kerja je...

Ktrg ke Salzburg ni pada 29 Disember 2015...
Sewa hotel kat sana untuk 3 hari 2 malam...
Ikutkan Salzburg ni dalam Austria jugak...lebih kurang 3 jam perjalanan dari Vienna...
Sebab rancanganya nak ke Munich, Germany tu yang bermalam jugak...
Dari Salzburg ke Munich lebih kurang 2 jam...so jimat masa sikit...
Kalau dari Vienna mau dekat 5 ke 6 jam jugak baru sampai...
Dah la musim winter ni siangnya sekejap je...
Pukul 4 dah malam...so kena la rancang perjalanan tu sebaiknya...

Hubby booking Hotel Villa Verde kat Salzburg ni...
Tak jauh dari pekan lama Salzburg...
240 euro untuk 3 hari 2 malam termasuk breakfast...


Tapi ktrg breakfast kat bilik je...
Bawak instant nasi impit,kari dalam tin, maggi, roti dan buah-buahan...
Kena bawak makanan takut susah nak dapat makanan halal...


Rupanya ada je kedai turkish kat sini...
Tapi lebih baik sediakan payung sebelum hujan kan...

Salzburg ni tak besar mana pun...
Macam pekan kecil je...kalau kat Malaysia lebih kurang macam Jalan TAR tu je rasanya...
Salzburg ni tempat kelahiran Mozart...Ahli muzik yang rambut putih tu...
macam majistret kata Nyonya Mansoor...heee
Dan juga tempat yang jalankan penggambaran "The Sound of Music"...
Bandar dia terbahagi kepada 2, bandar lama dan bandar baru dan dipisahkan oleh Sungai Salzach...



Sumber : www.salzburg.info

Tapi ktrg tak singgah pun kawasan sungai ni sebab masa nak balik tu baru perasan tapi susah plak nak cari parking...
Hari pertama ktrg sampai terus naik Hohensalzburg Fortress...
Kawasan bukit yang boleh nampak satu Salzburg...Kubu Pertahanan masa zaman Konrad dulu la tempat ni...
Tapi ktrg tak naik sampai atas, sebabnya salah naik...patutnya nak ke cable car tapi terus naik ke tengah2 kubu ni...
Jenuh la menolak stroller...sudahnya amek gambo kat sekitar pertengahan kubu ni jela...
Nak turun bawah patah balik semula dah malas dengan si kecik pun dah meragam...


Memang mengerah keringat en hubby la menolak stroller tu...
Pemandangan dari sini hanya boleh nampak kawasan bandar lama jela...


Kalau naik sampai puncak bukit dan kawasan istana baru nampak keseluruhan bandar lama dan baru Salzburg...


Yang Kubah Hijau ni namanya Makartplazt...
Bawah tu kira kawasan Bandar Lama tempat kelahiran Mozart...


Turun je dari Hohensalzburg Fortress ni ktrg balik hotel dulu...
Rest kejap,solat dan makan sesiap baru bergerak ke Bandar Lama Salzburg...
Berjalan lebih kurang 15 minit jugak la dari hotel ktrg tu...
Lalu terowong tau nak ke bandar lama ni...kira lalu bawah bukit la...


dalam 100 meter jugak laluan terowong ni...


Laluan terowong ni diasingkan untuk kereta dan pejalan kaki...
So takde la risiko dilanggar kan...
Keluar je dari terowong tu atau Sigmunds Gate ni boleh nampak Karajan platz & Pferdeschwemme kat sebelah kiri...



Masa ktrg bergambar ni kolam kat situ tengah beku..suhu -4 masa tu...kolam tu namanya Horse Tamer...
ada la sekor horse terpajak kat situ..ada sejarahnya Horse Tamer ni...nak tau sila google sendiri...
mi malas nak copy...haha
So, disebabkan tahap beku n gigil jalan laju2 la ktrg sebab sejuk mcm ais melekat kat badan dah rasa...dengan anginya lagi...
Berjalan musim winter kan..kena la hadap suhu beku gitu...
Nak buat macam mana masa ni je hubby free pun...redha jela mak...ngeee

Lepas tu ktrg ke sekitar Goldgasse dengan Judengasse...
Macam Petaling Street tu..tempat shopping...
Tapi penuh dengan butik berjenama la...original ye korang...bukan barang ciplak...
Harga pun boleh tahan mahal...


Kualiti gambar agak kurang memberansangkan sebab sejuk...ketar2 tangan nak picit kamera pun...haha



Sempat la beli coklat Mozart namanya...
Hampeh tak sedap pun yang ktrg beli ni...
Banyak pilihan..maybe yang ktrg pilih tak kena tekak...sebab macam pahit2 sikit...
Dalam sejam je ktrg kat sini...tak explore habis pun kawasan tu sebab suhu makin sejuk..dan dah malam...
Sempat la beli apron & frigde magnet Salzburg untuk kenangan...
Mi baru duk kumpul apron sebagai kenangan pergi mana2...
konon2 nak buat hiasan suatu hari nanti kat rumah sendiri...
Hiasan kat dapur angannya...berangan dulu...mana tau jadi kenyataan nanti...
berangan benda simple dan murah kan..Insyallah terlaksana nanti...

Esok paginya ktrg gerak ke Munich, Germany...
Negara Jiran Austria...
Nanti mi update cite ke Munich plak ye...
Mi berhenti sini dulu...
Jumpa lagi...



9 ulasan:

Chekgu Azrine berkata...

Mcmna rsa.musim.sejuk ye..teringin sgt nk merasa..hehe

Chekgu Azrine berkata...

Mcmna rsa.musim.sejuk ye..teringin sgt nk merasa..hehe

mrs kayrul berkata...

bestnya...mesti cepat laparkan sejuk2 tu

ameris berkata...

tengok gambar pun dah terasa sejuk...

achiek anis berkata...

Mcm pegang ais tu kak rasanya...huhu

achiek anis berkata...

Tau takpa..tak smpi 2 jam lapo balik

achiek anis berkata...

Huhu..menusuk sejuknya...bibir nk ckp pun rasa kebas

Fa Az berkata...

bestnya dapat berjalan2..cantik2 pulak tu tempatnya.share la lagi gambar banyak2..

lepas tu amik gambar senyum la sikit hehehe bagi nampak gigi :P

achiek anis berkata...

Haha..sempat aje ko kan faiz...insyallah..mmg tak reti sengeh nampak gigi atenya

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015