28 November 2014 : Pemergian Papa Tercinta

Salam semua...
Peghujung tahun 2014 hidup mi penuh dengan ujian.
Ujian dari yang Esa agar mi sentiasa mengingatiNya...

Tanggal 28 November 2014 lebih kurang jam 10.15 malam
Mi telah kehilangan Papa tercinta yang telah dijemput menemui Penciptanya...
Pemergian yang tidak diduga...
Pemergian dalam sekelip mata...
Pemergian yang disebabkan masalah jantung selain ajalnya yang telah tiba...

Ralat sungguh rasa dijiwa...
Sebab hari yang sama jam 9 malam tu mi ada call mak mi..
Tanyakan tentang kesihatan Papa mi..
Mak mi kata Alhamdulillah Papa ok wlaupun sebenarnya masa tu Papa dah sakit2 dada...
Mak tengah urut2 Allahyarham Papa mi masa tu...
Dan seminggu tu jugak Papa dah menunjukkan kelainan pada perangainya...
Papa dah tak berapa ingat...
Dan selera makan pun dah kurang...
Tapi tiap kali mi call mak cakap Papa sihat...
Mungkin mak mi taknak mi risau...Allah ralat sungguh rasanya..

Kali terakhir mi bersua dengan Papa 2 minggu sebelum kematiannya..
15 November 2014 adalah pertemuan terakhir kami...
Tanpa curiga...tanpa rasa kelainan pada pertemuan terakhir tu...
Namun apa kan daya...bila ajal telah tiba sesaat pun kita tak mampu menghalangnya...
Papa mi pergi sejam selepas panggilan terakhir mi untuk dia...
Namun, mi bersyukur kerana Allah permudahkan kematiannya disisi mak tercinta...

Hari ini walaupun dah 11 hari berlalu
Tapi mi masih tak percaya yang Papa mi dah takde...
Masih terasa kehadirannya...
Masih terasa gurau sendanya...
Masih terasa gelak tawanya...
Masih terngiang-ngiang garang suaranya....
Allah peritnya hati untuk menerima ketentuanMu ini...
Semoga papa tenang dan damai disana..
Hanya kiriman doa mampu dilakukan saat ini...

Al-Fatihah buat Allahyarham papaku Mansor Bin Abd Rahman
27 Februari 1948 - 28 November 2014
Damailah papa di sana...
Ya Allah tempatkanlah Allahyarham papaku dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh...
Sesungguhnya aku amat merinduinya...


7 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Salam takziah anis, Semoga roh arwah dicucuri rahmat Ilahi..

Putri berkata...

Takziah anis...kuatkan semangat ye

mommychaa berkata...

takziah achiek anis. Aku baru tahu je lepas bace entry ni. Al-Fatihah. Moga allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. U must go stronger :)

Chekgu Azrine berkata...

Qolu..innalillah..
Al fatihah..semoga roh arwah papa mi tenang di sana...

Aznor Ibrahim berkata...

takziah anis..ku tau camne rasenye hilang ayah sebab serangan jantung ni.terlalu cepat..semoga arwah dtempatkan dilakangan orang2 yang beriman...aminn

faazawanz berkata...

takziah..

ieza ashaari berkata...

Salam takziah. Bykkan bersabar.

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015