Dugaan ketika berpantang: Chicken Pop

Salam semua...
Tetiba rasa nak update blog plak walaupun tengah meriba si kecik....
Supermami la katakan...
Kena la multitasking.....

Arini nak share kisah dugaan yang mi kena lalui dalam tempoh berpantang ari2...
Cukup 15 hari dalam pantang mi diserang demam panas...
 dihari Raya Aidiladha plak tu...
Menggigil2 badan tahan sejuk...
Pastu mi perasan ada 1 blister naik kat badan...
Tunjuk dekat mak n katanya macam campak...
Petang raya tu jugak terus pergi Az-zahrah check up...
Sampai sana n memang doc sahkan mi kena chicken pop...
Doc tanya dari mana mi dapat virus ni sebab tengaj dalam pantang kan....
Mi pun taktau datang dari mana...
Maybe dah nak kena agaknya...
Maka bermula.episod sedih ketika berpantang utk.mi...

kena berjauhan dengan anak2 takut berjangkit kan...
Terutama dengan baby...
Walaupun duduk satu rumah tapi mi hanya mampu tengok dari jauh je baby Kays...
Terpaksa top up susu formula ke Kays sbb ubat antiviral yang doc bagi tak sesuai utk breastfeed baby...
Tiap2 malam dengar tangisan baby Kays yg tercari2 maminya selama 2 mgu...
Memang berendam air mata la mi saat2 tu...Mak , adik n hubby gilir2 jaga baby tetiap malam....
Drg la yang bagi semangat kat mi untuk kuat...
Kalau tak mau meroyan mi jadinya dek perasaan rindukan anak...
Dalam duk berjaga2 tu perkara yang mi takutkan terjadi jugak...

Lepas je 2 minggu mi kena chicken pop baby Kays plak dijangkiti...
Disebabkan baru genap sebulan masa tu so Kays kena warded untuk on antiviral dan doc nak pantau takut ada infection sebab baby kalau kena memang berisiko tinggi...
Dah la time tu hubby outstaion ke Indonesia...
Stressnya la hai dengan kena drive sendiri ke hospital wlaupun masih dalam pantang...
Hari kedua di ward baru hubby balik dari Indonesia...
Hari2 tengok baby Kays kena drip antiviral 3x sehari memang menyakitkan jiwa raga...
Bila bengak je tukat drip lagi....sampai semua kaki tangan ada kesan drip..lebam habis...
Kesian Kays kecik2 dah dicucuk sana sini....Meraung xyah cakap la...






Wad 2C Bilik 27
Hospital Putrajaya
 




2 jam drip anitiviral tu 2 jam la dia nak mi ribakan dia...sedangkan kita yang dewasa ni pun sakit didrip inikan plak baby macam Kays....
Memang stress mi pantang kali ni..
Nasib baik hubby leh temankan jaga Kays malam2 kat ward tu..
Ward 2C Hospital Putrajaya....Ward yang menjadi.saksi air.mata mi selama 8 hari...huhu



Hari2 hubby bawak mak mi waktu melawat untuk tenangkan mi...
Memang dah tahap macam nak meroyan dah mi rasa...
Dengan sakit sendiri lagi.....dengan tangisan kesakitan anak lagi....memang sangat2 menduga iman mi...dengan rindukan Airis lagi...sebab tak pernah berjauhan sebelum ni..
8 hari bukan la waktu yang singkat mi rasa bila kena lalui semua tu...
Mi tahu ini ujian untuk mi sekeluarga...dan penyakit itu adalah penghapusan dosa2 kecil untuk mi sentiasa ingat pada Allah s.w.t....

Trauma dengan kesakitan tu....
Mi harap anak2 mi membesar dengan sihat sentiasa...
Trauma mi nak ke hospital untuk warded lagi rasanya...
Tengok keadaan anak2 kecil diselaputi wayar sana sini sangat meruntun jiwa...macam mana la mak bapa yang terpaksa melalui semua tu...kalau mi memang tak terdaya...
Setiap hari mi berdoa semoga Allah sentiasa merahmati anak2 mi dengan kesihatan yang baik hari ini dan seterusnya....




11 ulasan:

Zee Suhaini berkata...

dugaan sungguh..bertabah yer mi..ada hikmahnya di kemudian hari..insya'allah..
sian baby kecik2 lagi kena cucuk..

achiek anis berkata...

tu la sis..btw thanks ya

.:MamaDhiaAdwa a.k.a Yana:. berkata...

Saya dalam pantang ( 8 hari) kene campak..tp luckily dokter bg bawak baby same2 duduk spital & dapat susukan baby..Baby pun kene campak jugak tp mild sebab susu ibu..
Saya keluar spital tp baby plak kene tahan lg 3 ari utk antiviral.. sampai sekarang (alhamdulillah baby dah 2y 5m) ade lg bekas kene cucuk di tgn & kaki die..
Pengalaman dan kenangan untuk kite sebagai ibu.. Mudah-mudahan baby achik anis sihat sejahtera lepas ni dah terhindar dr penyakit2 lain..Amin..

lia ummiirfan berkata...

bertabahlar dear.. dugaan sungguh.. in shaa Allah ade rewardNya.. :))

achiek anis berkata...

Yeke...taj sangka sis pun pernah laluinya....mudah2an... Insyaallah.. .ameen

achiek anis berkata...

Mungkin ada hikmah lain kan...btw thanks ya

siti natrah berkata...

Ya Allah..kesiannya..xleh nk bayangkan kalau ti duk tempat mi...mesti ada hikmah disebalik semua kesukaran ni...Allah itu maha perancang..mi bnyakkan bersabar k..

Chekgu Azrine berkata...

Alhamdulillah..
Mi berjaya menempuh dugaan nih..
InshaAllah ada hikmah disebalik dugaan ni..

CikNaa berkata...

sedihnya part dia nangis malam-malam tu..

Azian Elias berkata...

salam kenal.

kesiannya dengar,, besar dugaan tu,,

Cik Anggur berkata...

follow balik blog dan google+cik anggurdan like facebook blog cik anggur di http://inibelogcikanggur.blogspot.com terima kasih

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015