Hidden Hunger ( Kelaparan Tersembunyi ) And The New Horlicks Chocolate : " Kids want to be Tall, Sharp, Strong"


Salam semua...
Hari ni mi nak share pasal satu product dari GlaxoSmithKline Malaysia..

GSK, salah sebuah syarikat farmaseutikal dan penjagaan kesihatan berasaskan penyelidikan yang terkemuka di dunia, komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia dengan membolehkan manusia melakukan lebih banyak, berasa lebih sihat dan bertenaga dan hidup lebih lama.

Di Consumer Healthcare, mereka menghasilkan produk dalam empat kategori – 
1. kesihatan mulut, 
2. kesejahteraan, 
3. pemakanan 
4.kesihatan kulit   
Anatar jenama kelauran syarikat ni seperti Horlicks®, Polident®, Sensodyne®, Panadol® dan Scott’s® 


Sume orang dah tau kan pasal Horlick..
Dulu ada satu perisa je kan..
Tapi sekarang ni dah ada perisa coklat tau...
Rasa ofkos la sedap macam horlick yang original tu..
Tapi yang ni lagi sedap sebab ada tambahan coklat...

Sebelum tu mi nak share sikit fakta tentang Horlick ni..


Horlicks®, 'The Great Family Nourisher’, adalah minuman berkhasiat yang diperbuat daripada gandum, susu dan barli malt serta mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pemakanan lengkap seisi keluarga. Sepanjang sejarahnya, Horlicks® telah membekalkan minuman berkhasiat untuk berjuta-juta kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia. 

Memang Horlick ni dijadikan minuman mi sekeluarga pada waktu sahur sebab khasiatnya tu leh bagi tenaga untuk kita berpuasa sepanjang hari di bulan Ramadhan ni...Insyaallah..






Ok...berbalik kepada  Horlicks® Chocolate dengan Slogan " Kids want to be Tall, Sharp, Strong" Glaxosmithkline Consumer Healthcare Memperkenalkan Horlicks® Chocolate Baru Dengan Khasiat Pemakanan Untuk Membantu Tumbesaran Menyeluruh Kanak-Kanak.


"We want to be tall, sharp, and strong!' says kids at the launch of Horlicks Chocolate,
together with (back, left) Katharine Chen, Marketing Director, GSK Consumer Healthcare Malaysia and (back, right) Rachel Ferdinando, Vice President and General Manager, GSK Consumer Healthcare Malaysia & Brunei.

Meh mi share sikit apa yang menariknya mengenai Horlicks Coklat ni...



GlaxoSmithKline Consumer Healthcare, syarikat FMCH global terkemuka dalam segmen penjagaan kesihatan pemakanan dan OTC, hari ini memperkenalkan rumusan baru dan dipertingkat untuk minuman malt klasiknya, Horlicks®, memperkayakan rumusan yang sedia ada dengan campuran mikronutrien bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Horlicks® Chocolate membekalkan kanak-kanak 23 zat penting termasuk kalsium, protein dan multivitamin untuk menyokong keperluan tumbesaran dan perkembangan menyeluruh mereka. 

Penekanan dalam menghasilkan minuman yang padat dengan khasiat lahir daripada penyelidikan yang menunjukkan bahawa terdapat jurang pemakanan yang besar di kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan 13.2% kurang berat badan dan 15.8% menunjukkan tumbesaran yang terbantut.



Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh tabiat pemakanan yang kurang sihat seperti tidak mengambil sarapan pagi[, kerap mengambil makanan ringan dan makanan segera,kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini pula berkaitan dengan kekurangan mikronutrien seperti zat besi, iodin, vitamin A dan vitamin D yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat.



Selain itu, “GlaxoSmithKline Consumer Healthcare komited untuk menjadi nama yang paling dipercayai dalam memupuk khasiat pemakanan harian keluarga supaya lebih ramai rakyat Malaysia lebih cergas dan aktif, berasa lebih sihat dan bertenaga, hidup lebih lama,” kata Rachel Ferdinando, Naib Presiden dan Pengurus Besar GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Malaysia dan Brunei. “Kami amat berbangga dengan warisan kami di Malaysia, setelah berada di sini lebih daripada 50 tahun. Banyak jenama kami menjadi sebutan ramai kerana sejak bergenerasi rakyat Malaysia mempercayai mutu dan janji yang kami tawarkan. Kami berbesar hati menawarkan produk ini dalam pasaran hari ini yang menyokong perkembangan menyeluruh. Horlicks® Chocolate adalah hasil pembangunan produk yang dipacu oleh penyelidikan, dan merupakan pencapaian penting bagi portfolio Minuman Makanan Kesihatan kami.”


Sejak diperkenalkan di seluruh dunia lebih 100 tahun lalu, Horlicks® telah mengekalkan kedudukannya sebagai produk yang berkualiti dan berkhasiat yang membantu kesihatan seisi keluarga. Jenama ini dipercayai para ibu yang arif sejak bergenerasi, hubungan yang telah dipupuk oleh jenama ini menerusi penambahbaikan ketara rumusannya selama ini. Hari ini, formula Horlicks®boleh membantu menangani ‘hidden hunger’ (kelaparan tersembunyi), isu pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan mikronutrien, yang masih wujud di kalangan kanak-kanak di Malaysia.


Artikel Berita Harian Jumaat 23 Mei 2014




Menurut Profesor Dr Khor Geok Lin, Profesor Pemakanan dari Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU), kelaparan tersembunyi tidak sama seperti kelaparan akibat kekurangan makanan. Ia adalah kekurangan vitamin dan mineral kronik yang biasanya tidak menunjukkan tanda amaran yang jelas, jadi orang yang menderitainya tidak menyedarinya. Akan tetapi kesannya tetap memudaratkan kerana kelaparan tersembunyi boleh menyebabkan perkembangan mental yang lemah, kesihatan fizikal dan produktiviti yang rendah 

Wanita dan kanak-kanak daripada kumpulan berpendapatan rendah di negara-negara  membangun selalunya paling teruk terjejas, tetapi kajian tempatan di Malaysia menunjukkan bahawa kanak-kanak sekolah di kawasan bandar seperti KL dan PJ juga turut mengalami kekurangan mikronutrien termasuk vitamin D yang penting bagi penyerapan kalsium. Kekurangan zink, zat besi dan iodin juga diperhatikan di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Oleh itu, adalah penting untuk memberitahu ibu-ibu dan mendidik kanak-kanak sejak kecil untuk makan dengan betul dan mengamalkan diet yang seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan mineral,” tambah Profesor Khor.


“Kami memahami bahawa ibu-ibu sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka dan Horlicks® Chocolate memberikan kombinasi khasiat pemakanan yang amat khusus bagi menyediakan apa yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar untuk tumbesaran dan perkembangan  menyeluruh.  Di samping itu, minuman kesihatan baru ini juga datang dengan rasa coklat yang lazat. Kini kami telah berjaya menggabungkan kebaikan unik khasiat Horlicks® dengan rasa baru yang pasti digemari kanak-kanak!” tambah Katharine Chen, Pengarah Pemasaran GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Malaysia. 

Dipenuhi 23 khasiat penting, termasuk kalsium untuk pertumbuhan tulang yang kuat, protein untuk membina tisu badan serta multivitamin dan mineral, Horlicks® Chocolate baru mengandungi kebaikan semula jadi susu, barli malt dan gandum untuk membekalkan keperluan pemakanan keseluruhan kanak-kanak.

Pelancaran Horlicks® Chocolate juga memulakan siri jelajah yang melibatkan keluarga dalam aktiviti yang menyeronokkan, serta Trak Bergerak Horlicks® yang menawarkan sampel percuma yang akan berhenti di pusat membeli-belah terpilih dan lokasi lain yang bertrafik tinggi di seluruh Malaysia. So, jangan lepaskan peluang kalau terjumpa Trak Bergerak Horlicks® ni tau kalau kat mana-manapusat mebeli belah nanti.


Korang semua leh dapatkan  Horlicks® Chocolate baru di semua pasar raya, pasar raya besar dan kedai-kedai runcit dalam pek :

 200g ( RM6.50 )

400g ( RM10.50 )


1kg ( RM21.50 )

dan boleh juga didapati dalam pek 2kg (RM42.00) atau dalam uncang 3 dalam 1 (RM10.50) untuk kemudahan.

Untuk maklumat lanjut tentang Horlicks®, sila layari www.gsk.com.my  atau hubungi hotline pengguna                          1-800-88-3225. 


Selain itu, untuk mengetahu lebih lanjut leh layari dekat Youtube :






So, apa tunggu lagi...jangan lupa dapatkan segera Horlicks® Chocolate....
Rugi kalau tak rasa...memang sedap dan berkhasiat la...
Buka sahaja untuk kanak-kanak tapi untuk orang dewasa pun sesuai jugak...

Kita mesti taknak anak kita mengalami hidden hunger ( kelaparan tersembunyi ), terbantut dan kurang berat badan kan? 
Ha. lagi satu...untuk ibu2 yang tengah runsing berat badan anak tak naik2...kurus walaupun makan banyak leh la cuba Horlicks® Chocolate ni...Insyaallah ini salah satu usaha kita untuk naikkan berat anak-anak dengan 23 khasiat yang semestinya leh membantu perkembangan anak-anak kita. Rasanya yang sedap mesti takkan di tolak oleh kanak-kanak....

So, apa lagi cepat2 poie beli  Horlicks® Chocolate...Rasa sekali pasti nak lagi...



2 ulasan:

diary_ciknaa berkata...

boleh try jugak la camni..

Unknown berkata...

sila cikna...sila...ngeee

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015