Salam semua...
Hari ni mi nak share pasal satu product dari GlaxoSmithKline Malaysia..
GSK, salah sebuah syarikat
farmaseutikal dan penjagaan kesihatan berasaskan penyelidikan yang terkemuka di
dunia, komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia dengan membolehkan
manusia melakukan lebih banyak, berasa lebih sihat dan bertenaga dan hidup lebih
lama.
Di Consumer Healthcare, mereka menghasilkan produk dalam empat kategori –
1. kesihatan mulut,
2. kesejahteraan,
3. pemakanan
4.kesihatan kulit
Anatar jenama kelauran syarikat ni seperti Horlicks®, Polident®, Sensodyne®, Panadol® dan Scott’s®
Sume orang dah tau kan pasal Horlick..
Dulu ada satu perisa je kan..
Tapi sekarang ni dah ada perisa coklat tau...
Rasa ofkos la sedap macam horlick yang original tu..
Tapi yang ni lagi sedap sebab ada tambahan coklat...
Sebelum tu mi nak share sikit fakta tentang Horlick ni..
Horlicks®,
'The Great Family Nourisher’, adalah minuman berkhasiat yang diperbuat daripada
gandum, susu dan barli malt serta mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan
untuk pemakanan lengkap seisi keluarga. Sepanjang sejarahnya, Horlicks® telah
membekalkan minuman berkhasiat untuk berjuta-juta kanak-kanak dan orang dewasa
di seluruh dunia.
Memang Horlick ni dijadikan minuman mi sekeluarga pada waktu sahur sebab khasiatnya tu leh bagi tenaga untuk kita berpuasa sepanjang hari di bulan Ramadhan ni...Insyaallah..
Ok...berbalik kepada Horlicks® Chocolate dengan Slogan " Kids want to be Tall, Sharp, Strong" Glaxosmithkline Consumer Healthcare Memperkenalkan Horlicks® Chocolate Baru Dengan Khasiat Pemakanan Untuk Membantu Tumbesaran Menyeluruh Kanak-Kanak.
Meh mi share sikit apa yang menariknya mengenai Horlicks Coklat ni...
GlaxoSmithKline
Consumer Healthcare, syarikat FMCH global terkemuka dalam segmen penjagaan
kesihatan pemakanan dan OTC, hari ini memperkenalkan rumusan baru dan
dipertingkat untuk minuman malt klasiknya, Horlicks®, memperkayakan rumusan
yang sedia ada dengan campuran mikronutrien bagi membantu perkembangan
menyeluruh kanak-kanak. Horlicks® Chocolate membekalkan kanak-kanak 23 zat
penting termasuk kalsium, protein dan multivitamin untuk menyokong keperluan
tumbesaran dan perkembangan menyeluruh mereka.
Penekanan
dalam menghasilkan minuman yang padat dengan khasiat lahir daripada
penyelidikan yang menunjukkan bahawa terdapat jurang pemakanan yang besar di
kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan 13.2% kurang berat badan dan 15.8% menunjukkan
tumbesaran yang terbantut.
Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh tabiat pemakanan yang kurang sihat
seperti tidak mengambil sarapan pagi[,
kerap mengambil makanan ringan dan makanan segera,kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini pula berkaitan dengan kekurangan
mikronutrien seperti zat besi, iodin, vitamin A dan vitamin D yang penting
untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat.
Selain itu, “GlaxoSmithKline
Consumer Healthcare komited untuk menjadi nama yang paling dipercayai dalam
memupuk khasiat pemakanan harian keluarga supaya lebih ramai rakyat Malaysia lebih
cergas dan aktif, berasa lebih sihat dan bertenaga, hidup lebih lama,” kata Rachel
Ferdinando, Naib Presiden dan Pengurus Besar GlaxoSmithKline Consumer
Healthcare Malaysia dan Brunei. “Kami amat berbangga dengan warisan kami di Malaysia,
setelah berada di sini lebih daripada 50 tahun. Banyak jenama kami menjadi
sebutan ramai kerana sejak bergenerasi rakyat Malaysia mempercayai mutu dan
janji yang kami tawarkan. Kami berbesar hati menawarkan produk ini dalam
pasaran hari ini yang menyokong perkembangan menyeluruh. Horlicks® Chocolate adalah
hasil pembangunan produk yang dipacu oleh penyelidikan, dan merupakan
pencapaian penting bagi portfolio Minuman Makanan Kesihatan kami.”
Artikel Berita Harian Jumaat 23 Mei 2014 |
Menurut
Profesor Dr Khor Geok Lin, Profesor Pemakanan dari Universiti Perubatan
Antarabangsa Malaysia (IMU), kelaparan tersembunyi tidak sama seperti kelaparan
akibat kekurangan makanan. Ia adalah kekurangan vitamin dan mineral kronik yang
biasanya tidak menunjukkan tanda amaran yang jelas, jadi orang yang
menderitainya tidak menyedarinya. Akan tetapi kesannya tetap memudaratkan
kerana kelaparan tersembunyi boleh menyebabkan perkembangan mental yang lemah,
kesihatan fizikal dan produktiviti yang rendah.
“Wanita dan kanak-kanak
daripada kumpulan berpendapatan rendah di negara-negara membangun selalunya paling teruk terjejas,
tetapi kajian tempatan di Malaysia menunjukkan bahawa kanak-kanak sekolah di
kawasan bandar seperti KL dan PJ juga turut mengalami kekurangan mikronutrien
termasuk vitamin D yang penting bagi penyerapan kalsium. Kekurangan zink, zat
besi dan iodin juga diperhatikan di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Oleh itu,
adalah penting untuk memberitahu ibu-ibu dan mendidik kanak-kanak sejak kecil
untuk makan dengan betul dan mengamalkan diet yang seimbang yang mengandungi
karbohidrat, protein, vitamin dan mineral,” tambah Profesor Khor.
“Kami
memahami bahawa ibu-ibu sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka dan
Horlicks® Chocolate memberikan kombinasi khasiat pemakanan yang amat khusus
bagi menyediakan apa yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar
untuk tumbesaran dan perkembangan
menyeluruh. Di samping itu,
minuman kesihatan baru ini juga datang dengan rasa coklat yang lazat. Kini kami
telah berjaya menggabungkan kebaikan unik khasiat Horlicks® dengan rasa baru
yang pasti digemari kanak-kanak!” tambah Katharine Chen, Pengarah Pemasaran
GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Malaysia.
Dipenuhi
23 khasiat penting, termasuk kalsium untuk pertumbuhan tulang yang kuat,
protein untuk membina tisu badan serta multivitamin dan mineral, Horlicks®
Chocolate baru mengandungi kebaikan semula jadi susu, barli malt dan gandum
untuk membekalkan keperluan pemakanan keseluruhan kanak-kanak.
Pelancaran
Horlicks® Chocolate juga memulakan siri jelajah yang melibatkan keluarga dalam
aktiviti yang menyeronokkan, serta Trak Bergerak Horlicks® yang menawarkan
sampel percuma yang akan berhenti di pusat membeli-belah terpilih dan lokasi
lain yang bertrafik tinggi di seluruh Malaysia. So, jangan lepaskan peluang kalau terjumpa Trak Bergerak Horlicks® ni tau kalau kat mana-manapusat mebeli belah nanti.
Korang semua leh dapatkan Horlicks® Chocolate baru di semua pasar raya, pasar raya besar dan kedai-kedai
runcit dalam pek :
200g ( RM6.50 )
|
400g ( RM10.50 )
|
1kg ( RM21.50 )
|
dan boleh juga didapati dalam pek 2kg (RM42.00)
atau dalam uncang 3 dalam 1 (RM10.50) untuk kemudahan.
Untuk
maklumat lanjut tentang Horlicks®, sila layari www.gsk.com.my
atau hubungi hotline pengguna 1-800-88-3225.
Selain itu, untuk mengetahu lebih lanjut leh layari dekat Youtube :
So, apa tunggu lagi...jangan lupa dapatkan segera Horlicks® Chocolate....
Rugi kalau tak rasa...memang sedap dan berkhasiat la...
Buka sahaja untuk kanak-kanak tapi untuk orang dewasa pun sesuai jugak...
Kita mesti taknak anak kita mengalami hidden hunger ( kelaparan tersembunyi ), terbantut dan kurang berat badan kan?
Ha. lagi satu...untuk ibu2 yang tengah runsing berat badan anak tak naik2...kurus walaupun makan banyak leh la cuba Horlicks® Chocolate ni...Insyaallah ini salah satu usaha kita untuk naikkan berat anak-anak dengan 23 khasiat yang semestinya leh membantu perkembangan anak-anak kita. Rasanya yang sedap mesti takkan di tolak oleh kanak-kanak....
So, apa lagi cepat2 poie beli Horlicks® Chocolate...Rasa sekali pasti nak lagi...
2 ulasan:
boleh try jugak la camni..
sila cikna...sila...ngeee
Catat Ulasan