PENSYARAH DAKWA BAYI MENINGGAL DUNIA AKIBAT CUAI:TAKZIAH KAK ZEHAN

Pagi ni terbaca satu berita yang menyedihkan..



Mahkamah: Pensyarah dakwa bayi meninggal dunia akibat cuai hospital
ROSDALILAH ZAHARI
10 Januari 2013
Mahkamah: Pensyarah dakwa bayi meninggal dunia akibat cuai hospital
 
Norehan dan Mohd Helmi menunjukkan gambar anak sulung mereka, Muhammad yang didakwa meninggal dunia selepas mendapat suntikan yang salah di sebuah hospital swasta, April tahun l
IPOH - Seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi sedih dan kesal apabila anak sulung lelaki yang baru dilahirkannya meninggal dunia selepas 24 jam dilahirkan didakwa akibat kecuaian doktor serta jururawat sebuah hospital swasta di sini, April lalu.

Norehan Abdul Hassan, 30, mendakwa anaknya Muhammad Mohd Helmi diberikan suntikan yang salah sehingga berada dalam keadaan kritikal beberapa jam selepas itu.

Katanya, pada 13 April 2012 tepat jam 5.19 petang dia melahirkan bayi sulungnya seberat 2.6 kilogram secara pembedahan di hospital berkenaan.

Anak saya dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna dari segi fizikal namun pada jam 11.45 malam, salah seorang doktor bertugas memberitahu dia (Muhammad) berada dalam keadaan kritikal selepas menerima suntikan daripada salah seorang kakitangan mereka.

“Doktor terbabit menjelaskan suntikan tersebut sebenarnya berfungsi untuk mengecutkan rahim,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi, semalam.


Hadir sama, suami Norehan, Mohd Helmi Mohd Isa, 30, dan peguam mereka, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Lebih menyedihkan apabila dia dan suami tidak dibenarkan melihat keadaan anak mereka tetapi dapat melihat suasana kelam kabut di wad bersalin hospital berkenaan.

“Anak saya kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan hospital lain pada jam 9 pagi keesokan harinya.

“Saya tidak dapat melihat keadaan anak saya kerana masih perlu menjalani rawatan di hospital swasta tersebut,” katanya yang tidak dapat memegang anaknya itu ketika masih hidup.

Mohd Helmi berkata, selepas beberapa jam ditempatkan di wad kecemasan hospital itu, doktor mengesahkan anaknya meninggal dunia pada jam 5.05 petang.

“Lebih mengejutkan laporan bedah siasat mendapati punca kematian anak saya adalah disebabkan kegagalan organ dalaman dan kecederaan kepala.


“Berikutan itu, saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam pada 14 April tahun lalu kerana hospital swasta tersebut cuai dan gagal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sehingga menyebabkan anak sulung kami meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khairul Azam berkata, pihaknya sedang mengemas kini dokumen sebelum menghantar writ saman dan pernyataan tuntutan tersebut kepada pihak hospital.

“Kami akan menghantar writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap hospital tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Pasangan suami isteri terbabit bersama peguam mereka kemudiannya memfailkan writ saman kepada hospital berkenaan bersama beberapa tuntutan termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teladan, kos dan lain-lain.


Sumber : Sinar Harian


Takziah kak Zehan...Senior mi masa sekolah dulu...
Ikutkan Arwah baby kak Zehan sebaya Airis...
Moga Tabah ye kak...sedih dengar..
Manusia mmg x lari dari kecuaian...
Tapi bila melibatkan kematian ni....
Kecuaian yg membawa penderitaan yang berkekalan..
Moga rohnya tenang di sana ye kak..

AL-FATIHAH

p/s: moga akak n husband dapat pembelaan yang sewajarnya....Insyaallah....

4 ulasan:

lia berkata...

Nauzubillah...

sedey sgt rasanyer... sebak...

semoga Arwah bahagia d sana, amin...

Unknown berkata...

Amin...moga dijauhkan daripada kita kan kak....nauzubillah...

Kakzakie Purvit berkata...

Astagfirullahal'azim... dah kira macam dibunuh pulak baby tu. Sebab sihat tapi dek kerana salah injek membawa ajalnya. Sedihnya... memang betul syurga tempatnya tapi ibu-bapa yg ditinggal traumanya Allah saja yg tahu. Moga mereka tabah dan berjaya dalam kes mahkamah ini. Kakak doakan.

Unknown berkata...

Insyaallah kak....mungkin dah ajal arwah agaknya....

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015