Ok..pagi2 ni sementara tak banyak koje lagi meh mami nak share resepi Oreo Cheese Cake 2 versi...
1. Non Baked Oreo Cheese Cake
2. Baked Oreo Cheese Cake
Non Baked Oreo Cheese Cake |
Bahan -Bahan :
Untuk Bahagian Tapak :
2 Paket Biskut Oreo
50 gram mentega
Topping :
1 paket cream cheese (mi guna brand tantura yg kecik tu)
250 gram whipping cream ( mi guna brand emborg)
1/2 cawan gula kastor ( mi tak letak sebab guna cream oreo tu dah manis)
1/2 cawan fresh milk
1 sudu kecik gelatin
Cara -Cara :
cairkan mentega secara double boiler
kisar biskut oreo ( asingkan cream dalam dia tu eh )
gaul sebati kedua-dua bahan hingga menjadi satu adunan n padatkan dalam bekas korang suka dan
simpan dalam freeze dalam 20 - 30 minit utk keraskan utk jadikan tapak.
Sementara tgu adunan tu cun mengeras buat la topping dia plak kan...
masukkan cream cheese, whipping cream, fresh milk, gula /cream oreo
dan
pukul sehingga kembang
( nak cepat pukul je pakai mixer)
kemudian, bancuhkan gelatin tadi ngan air suam sampai cair dan
masukkan dalam adunan topping n gaul rata.
lepas korang tengok tapak oreo yang dalam freeze tadi dah elok mengeras boleh la curahkan topping tadi dan hias la dengan biskut oreo yang x dikisar tu..
ataupun korang patah2kan pun boleh then tabur je..
ok dah siap sume masukkan dalam freeze 3-4 jam dah boleh makan....
sedap uolls...try la....ngeeee
Untuk resepi Baked Oreo Cheese Cake plak sama je mi guna bahan2 tu cuma Gelatin je mi x letak.
Baked Oreo Cheese Cake |
Cara yang sama cuma tak perlu simpan dalam freeze tapi kena bakar la kan...ngeee
mi guna suhu 130 darjah selama 20 minit.
(ikut oven jugak sebenarnya ye so kena try n error)
Walaupun rupanya non ado tapi rasanya tetap mabelesssssss......
Tak caya try la.....('v')
Tiada ulasan:
Catat Ulasan