Resepi : Nasi Ayam Hainan


Salam semua...
Mood pagi2 terajin plak nak up entry masak-masak..ngeee
Jumaat lepas cuti kan...
So, sebab dah lama tak memasak yang best2 kat en hubby n  Airis
Mi buat la Nasi Ayam Hainan..
Bz membaking kekdahnya...
Masak pun yang simple2 je kalau hari keje...cian drg...ngeee

Resepi asal mi follow blog ni en.christinesrecipes.com..
Hasil google je uols...
Sebab nak cari Chinese style so mi try resepi ni...
Nasi Ayam Hainan kan memang famous dikalangan orang Cina...

Bahan- bahan :
( Untuk hidangan kami 3 beranak )

- 6 ketul ayam ( ikut suka la nak bahagian mana-mana ye)
- 1 inci halia
- sedikit daun bawang
- 1 batang serai
- 2 cube ayam sebagai perasa
- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang besar
- sedikit minyak dan mentega untuk menumis
- 1 sudu halia yang ditumbuk
- 3 ulas bawang putih
- 2 cawan beras
- 4 cawan stok ayam
- timun, salad & tomato sebagai hiasan

Sos Cili

- 3 biji cili besar
- 1/2 inci halia
- 6 ulas bawang puti
- 3 sudu besar jus lemon
- 4 sudu stok ayam
- gula & garam secukup rasa

Kemudian sediakan 1 mangkuk air dan 20 kiub ais untuk rendam ayam lepas siap dikukus..

Cara -cara :

- Mula-mula buat stok ayam dulu
Stok ayam tu buat cmne?

Ala rebus je tulang2 ayam dengan rempah 4 beradik, sedikit halia
Dah guna untuk masak nasi dan buat sos semua baru masukkan garam untuk dijadikan sup plak.
Dah jadi sup ayam...
Makan Nasi Ayam kena ada sup baru besttt.....


- Kemudian panaskan minyak dan mentega..tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk sehingga naik bau


- Masukkan beras dan goreng agak kekuningan


 - Masukkan stok ayam


- Kalau ada bay leaves masukkan tapi mi ganti dengan serai je...ngeee
- Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa
- Masukkan 1 cube ayam sebagai perasa


- Kemudian kita masak ayam plak
- Kukuskan ayam bersama-sama halia, bawang besar, daun bawang dan 1 cube ayam yang dihancurkan
- Stim lebih kurang 20-30 minit sehingga ayam masak
- Nak tau ayam masak ke tak tekan dengan garfu...kalau keluar minyak dah masak la tu..
- Bila ayam dah masak cepat2 masukkan dalam bekas berisi ais dan air tadi
 
- Tujuannya menurut orang Cina adalah untuk mengekalkan kelembutan dan keranggupan ayam
-  Rendam lebih kurang 15 hingga 20 minit
- Kemudian toskan
- Air kukusan tadi jangan dibuang plak
   ( Air kukusan ayam yea..bukan air rendaman ayam yang berais tu )
- Dah siap curahkan je air kukusan tadi atas ayam...baru ummphh gitu..

Ayam Hainan
- Dah siap masak ayam jangan lupa sos plak
- Kisar je semua bahan-bahan sos dh siap
- Tapi mi tumis sedikit dengan minyak untuk hilangkan bau cili
- Untuk sos kicap plak selalunya orang Cina suka guna Soya Sos dan bawang putih
- Untuk versi mami hanya guna sedikit stok ayam dan kicap manis
- Ala senang je...amek satu senduk stok ayam dan dan masukkan kicap manis secukup rasa...



Dah siap....Lupa plak nak snap gamo nasi...ngeee
Hiasilah Nasi Ayam Hainan anda dengan timun, daun salad dan tomato seadanya...ngeeee

Senang je kan...
Nampak macam renyah je..
Tapi senang je sebenarnya...
Nasi Ayam Hainan Versi Mami Airis

14 ulasan:

Unknown berkata...

nice...I mmg giler ns ayam hainan...will try ur recipe! =)

Unknown berkata...

sila la sis...:)

Chekgu Azrine berkata...

Wow..nmpk tempting..trs lapo pepagi nih..haihh

Rosmawani♥ berkata...

Aduh wat terliur. sambal halia ada x? Hehehe

MOMMYLIN berkata...

uhhuhuh suka nasi ayam... kaki nasi ayammm
tp nak masak jauh sekali.. .heheheh.
tq anis share resepi...

Unknown berkata...

balik ni sila buat sis...heee

Unknown berkata...

sambal tu mmg buh halia sikit...ngeeee

Unknown berkata...

allene sila rajinkan diri buat yea..hahaha

Unknown berkata...

ok berangan utk hjg minggu ni.hahaha

Unknown berkata...

haha...sila buat...jangan berangan...haha

Siti Hawa berkata...

hi sala perkenalan...

tgk resepi mcm senang jer..mcm best jer..boleh try wekend ni..hihihi

http://dandandiri.blogspot.com/

Unknown berkata...

salam perkenala sis...sila la...senang je...

Unknown berkata...

Msh xphm stok ayam tu cmner.. huhu

Srikandi berkata...

mohon save resepi ya.

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015