Pengalaman Petik Buah Ceri





Assalamualaikum semua...sekejap aje dah 20 Ramadan...10 Malam terakhir yang penuh barakah...Hari ni Mi nak share pasal Buah Ceri...Kalau kat Malaysia Ceri ni agak mahal kan...bila Mi share di Facebook yang belakang rumah Mi duduk ni ada pokok Ceri ramai kawan-kawan kata seronok dan bertuah Mi dapat rasa Ceri segar ni...Alhamdulillah walaupun pokok jiran, dapat juga kami menumpang rasa...Ceri ni mula berbuah bila dah hujung musim bunga...kalau kat sini sekitar pertengahan bulan 5 tu dah keluar dah bunga... Ambil masa lebih kurang 3 ke 4 minggu jugk untuk masak sepenuhnya...






Kalau merah cili cmni masih rasa masam-masam lagi...tapi kalau Merah Maroon tu baru manis...Bila dah masak ranum cmni jangka hayatnya tak lama...dalam 3 minggu dah mula gugur...buahnya lebat tapi pokoknya tingi sangat...sayang betul tengok bahagian atas-atas tu...kami dapat petik yang bahagian bawah yang boleh capai dengan tangga je...nak kait pakai galah,pokok jiran kan...kang dikata kami pulak yang lebih-lebih...hihi...Sebab dah banyak sangat buahnya Mi gigih la google resepi apa yang boleh buat dengan Ceri ni...nak buah jem pun boleh...dalam duk scroll IG nampak Kak Nur dari Light.km yang tinggal di Paris share resepi Tart Ceri...kebetulan bahan semua mudah so Mi try la...masa Mi buat ni masih masam2 lagi Ceri ni...so sesuai la dengan rsepi Tart yang manis tu...Kat sini Mi share kan resepinya...korang boleh ganti Ceri dengan buah lain juga macam epal ke, Plum ke, Mangga ke...ikut kreativiti masing-masing ya.




Resepi Clafoutis aux Ceries / Tart Ceri :

1. Belah Ceri kepada 2 bahagian untuk buang Biji ( Ikut Suka nak letak banyak mana)
2. Pukul 4 biji telur sampai kembang
3. Masukkan 150 gram gula dan 1 sudu kecil garam..Pukul lebih kurang 5 minit hingga sebati
4. Masukkan 100 gram tepung gandum dan 1 sudu teh baking powder yang telah di ayak
5. Masukkan 25 gram butter yang dicairkan
6. Masukkan 250 ml susu segar
7 . Gaul sebati semua

Masukkan dalam bekas tart atau loyang yang dilapik baking paper dan tabur Ceri yang dibelah tadi
Bakar 35-45 minit


Sebelum potong tabur gula masa panas2 tu...tart ni sedap di makan masa panas...selamat mencuba.

2 ulasan:

mrs kayrul berkata...

daoat yg warna maroon mesti sedapkan

achiek anis berkata...

Aah manis khai klu maroon ni

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015