EuroTrip : Zadar, Croatia : Day 1 - 2 : 26 - 27 Dec 2016





Assalamualaikum...arini nak share trip kami sekeluarga ke Zadar, Croatia pulak...ikutkan Maps kalau pergi dengan kereta ni lebih kurang 6 jam 20 minit perjalanan...Kali ni kami gerak jam 7 pagi dari Vienna sebab hubby ambil cuti seminggu sambung dari cuti Krimas tu...ikutkan sibuk juga hubby tu dengan kerja tapi dia dah settlekan mana yang penting sebelum bercuti lama...Hubby teringin nak bau laut katanya...dah lama tak bau laut sebab Vienna ni takde laut...macam biasa sampai je sempadan Slovenia kami singgah beli Tol dulu...


Budak kecik berdua tu mamai lagi kena bangun pukul 6 pagi bersiap...Mi sempat gorengkn karipap bekalan pagi tu...lebih kurang 2 jam lebih perjalanan kami singgah di stesen minyak Istok nak bagi budak-budak kecik berdua tu relaks kejap...pergi toilet semua, minum air panas baru sambung perjalanan ke Zadar....Memang kena lalu negara Slovenia untuk ke Croatia ni...Alhamdulillah highway smooth cuma bila dah nak sampai Croatia tu higwway tengah buat baru so jalan tinggal satu lorong...Tapi masih ok takde adengan jem ke apa macam Malaysia...sebelum sampai Zadar pemandangan bukit2 batu dan terowong sepanjang perjalanan...boleh dikatakan lebih dari 10 terowong la kami lalu...





Sampai Zadar lebih kurang jam 2 petang...kami stay di Lavandula Studio Aparment...cantik dan luas jugak biliknya...2 tingkat...berbaloi la 2 malam kat sini...memandangkan musim Winter so pukul 4 petang dah maghrib...settle solat jamak kami terus ke Old Town Zadar...lebih kurang 15 minit jalan kaki dari apartment ni...





Untuk hari pertama sebab dah gelap awal so kami just pusing-pusing sekejap area pintu gerbang nak ke Old Town ni dan cari kedai makan je...perut dah lapar minta isi...sempat jalan2 pasar krismas sekejap lepas tu terus cari kedai makan...ingatkan negara ada laut ni meriah la seafoodnya...ternyata meleset la harapan kami nak makan seafood fresh...yang ada cuma sotog, octopus dengan lobster je....ketam ke, udang ke tak ada...semua kedai duk promote sotong celup tepung aje...huhu...sudahnya kami masuk Restoran Stripe sebab dah semua restoran lebih kurang je menu seafoodnya...Hubby order pizza dan Mi order green pasta...menunggu punya lama nak dapat makanan pun...dekat 30 minit jugak la...nasib baik la budak2 behave je sebab ada pasang cerita kartun...dan nasib baik pastanya sedap dan harga murah....owh ye kat Croatia ni memang murah nak banding dengan Vienna....murah banyak la orang kata...selalu kalau kat Vienna 4 beranak makan dah 50 euro...tapi kat Croatia ni dalam 20 euro je...beza sangat kan...






Lepas makan kami terus balik bilik sebab suhu pun dah makin sejuk....masa sampai suhu dalam 14 lepas tu turun ke 8 macam tu...mandikan budak2 semua, solat dan Mi masak nasi sesiap untuk pgi esok bru tido...pukul 9 malam selamat dah tido semua...Esoknya lepas sarapan nasi goreng dan roti bakar baru kami gerak ke Zadar Old Town...hari kedua kami bawa kereta dan parking berhampiran bandar...nasib baik parking murah...40 sen je sejam....owh ya macam biasa setipa kali travel memang Mi angkut periuk kuali segala sebab jenis perut nak makan nasi ni susah sikit....hihi...



Ikutkan tak besar mana pun kawasan Old Town Zadar ni...tour dalam 1 jam dah settle semua tempat...tapi kami jalan2 makan angin kan...takde la rushing2....bagi budak2 enjoy lari2...main2....ingatkan lautnya ada pantai tapi takde... ada batu2 kecil je...takde bau laut sangat kata hubby...huhu...



Tempat Kays berdiri ni di panggil "The Greeting of the Sun"...Guna bateri untuk tenaga solar....katanya bila malam akan keluar lampu lip lap kat situ...sebelah tu pulak di panggil " Sea Organ "...bila air laut hempas dinding2 binaan tepi pantai tu akan keluar muzik...cuba dengar dekat Video yang Mi rakam tu...kalau musim apnas ni memang tempat orang berjemur la...


Lepas tu masuk ke tengah sikit akan jumpa kawasan Church of St. Donat ni...kalau google Zadar memang akan keluar mercu tanda ni la...berdepan chruch ni ada The Forum...yang macam tiang2 batu tapi dah musnah separuh....


Lepas dah puas pusing2, cari souvenir sikit dan bagi budak2 kecik tu main kami balik bilik untuk solat zohor dan asar....lepas asar baru keluar semula untuk tengok sunset...





Dah puas main baling2 batu,playgound baru kami balik bilik...sempat Mi masak nasi, panaskan kari ayam dan rendang ayam brahim's, telur dadar dan sup carrot untuk makan malam...macam biasa pukul 9 semua dikerah tiur sebab esoknya kami nak bergerak ke Zagreb pulak lepas check out pukul 11 pagi...Ok sampai sini dulu ya...nanti Mi update hari ketiga kami di Plitvice National Park...Taman Negara Croatia yang sangat indah ciptaan Allah...Subhanallah...tunggu ya...



3 ulasan:

Chekgu Azrine berkata...

bestnya banyak tempat dah mi pegi ye...dan seronok sgt akk baca

achiek anis berkata...

Sementara kat europe ni kak..boleh la pergi yang mana dekat2...nak drive jauh2 anak2 kecik kesian nnt letih drg...nak naik flight ongkosnya besar 😂

شركة تنظيف منازل0550171619 ضي الرحمن berkata...

شركة كشف تسربات المياه بسيهات وعنك

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015