Cara Surirumah Menyimpan : Kaedah Sampul




Assalamualaikum semua...Entry pertama untuk Tahun 2017...Memang ni salah satu wishlist Tahun 2017 jugak sebenarnya...Ikutkan dah lama Mi buat cara ni...dari zaman belajar lagi...maklum la asal bukan dari orang senang...nak apa kena usaha simpan sendiri... Kaedah Sampul namanya...pernah dicop kedekut sebab berkira-kira nak belanja pun...Bukan kedekut tapi mendahulukan mana yang penting iaitu keperluan bukan kehendak...Kalau yang memang jenis cakap je semua dapat tu takkan faham orang biasa macam Mi ni usahakan untuk sesuatu perkara...Alhamdulillah masa belajar di UiTM dulu selain bantuan dari Along, duit PTPTN Mi dapat simpan hingga habis belajar...dengan cara sampul ni juga Mi tak pernah minta duit belanja daripada Arwah Papa ketika belajar...tapi bila Arwah Papa bagi Mi tak tolak...hihi...bermodalkan duit tu Mi cari kerja dan sewa rumah segala...Walaupun dapat gaji yang kecil Mi tetap kerja...Dengan gaji yang kecil tu juga dapat hulur sikit kepada Mak dan arwah Papa setiap bulan...Itu yang berkat sebenarnya...Jangan tunggu duit lebih baru nak hulur, memang gaji beribu pun takkan cukup kalau dengan Mak dan Papa sendiri bekira.....

Ok berbalik kepada sistem sampul ni...dari tahun lepas lagi Mi dah buka sampul simpanan, tiket flight opah, Umrah dan birthday ni...maklum la surirumah yang takde income tetap bulanan ni kena pandai la ikhtiar untuk ada simpanan kan...biasanya duit yang encik suami bagi bulan-bulan memang Mi akan agihkan untuk setiap sampul ni...so takde la terasa bila sampai masa untuk gunakan duit nanti bila kena keluarkan banyak sekaligus...Mi hanya akan ambil 100 untuk buat belanja suka suki...tapi biasanya lebih kepada belanja anak2 je... Simpanan tu WAJIB sebagai surirumah...Alhamdulillah memang Encik Suami mampu untuk menyimpan dan belanja tiket flight Mak Mi nanti...tapi atas rasa SEGAN Mi usaha kumpul sendiri duit tu...Walaupun nanti duit yang Mi simpan ni akan masuk semula ke simpanan kami dan anak2... Macam UMRAH tu Mi tak target bila nak pergi...saje menyimpan sikit2...mana tahu bila sampai masa nanti boleh digunakan...Birthday tu pulak memang khas untuk Encik Suami la...so sementara nak sampai tarikh birthdaynya sempat la kumpul kan...dapat bagi hadiah murah2 pun ok kan..saje sebagai kenangan...

Kenapa Mi share cara ni? Supaya kita ni sebagai surirumah kena beringat...sebab kita tak tahu apa akan terjadi akan datang..dengan adanya simpanan Insyaallah kita boleh bantu mana yang perlu nanti...Tak salah pun nak berbelanja penuhi keinginan cuma kena pastikan kita kena MENYIMPAN dahulu barulah berbelanja..bukan berbelanja dahulu dan lebih baru simpan...memang takkan berjaya kaedah tu...Simpan la walaupun RM10 sebulan...Tak perlu banyak2 sekiranya banyak perbelanjaan...Insyaallah ada hasilnya nanti...Kalau dulu ada income bulan2 walaupun tak banyak so tak perlu risau bila 25hb je gaji masuk tapi sejak dah bergelar surirumah ni kena ubah cara la pulak kan...So jangan ingat Mi ni hanya pandai perabih duit laki pulak bila kami selalu pergi bercuti dan beli itu ini, semua yang kami perolehi hari ini adalah hasil rezeki suami membahagiakan anak2 dan Isteri selain bahagiakan Mak-mak kami dan adik beradik kami....Yang paling penting jangan lupa doakan KEBERKATAN rezeki...Sekiranya ada rezeki yang haram mohon doa semoga Allah sucikan...agar tak termasuk rezeki HARAM tu ke dalam diri kita sekelurga...Insyaallah tak rugi berdoa kepadaNYA...Insyaallah Allah permudahkan, Kalau tak hari ni mungkin tahun2 akan datang....

So, kalau korang ada aim sesuatu, boleh la mulakan kaedah ni dari sekarang...Supaya sampai masa nak gunakan nanti dah ada duitnya takde la bulan tu baru sesak takleh nafas segala...contoh macam Roadtax dan insurans kereta...bila hujung tahun je perbelanjaan akan naik 2x gandakan..dengan anak yang bersekolah lagi, So Insyaallah cara ni dapat membantu..Tetapkan setiap bulan berapa nak kena masukkan dalam sampul tu dan yang penting jangan CULAS dan CURI-CURI guna...kena Istiqomah orang kata...Kuat dan cekalkan hati untuk tak usik sampul ni sehingga sampai masanya....Insyaallah akan mudah hidup korang nanti...Kalau rasa sesuai bolehlah mencuba...Semoga Berjaya!

7 ulasan:

mrs kayrul berkata...

insya allah tahun nie baru nak cuba cara tu..harap x culas gak la

Unknown berkata...

Insyaallah boleh tu khai..chaiyok2

Nadiah Hanum berkata...

Setuju. Housewife perlu bijak pengurusan wang.

Unknown berkata...

Kan kak...kalau dpt duit belanja main spend je mmg takde simpanan la kak kan

Putri berkata...

insyaAllah..saving itu penting..saya pun menyimpan tapi berlainan caranya

ameris berkata...

kita sama.

mummy berkata...

tq share...kalau anis x keberatan blh ke share cara anis uruskan perbelanjaan bulanan untuk keluarga.. :)

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015