Schonbrunn Zoo : The Oldest Zoo In World



Salam semua...
Dah lama rasanya mi pergi Schonbrunn Zoo ni..kalau tak silap masa bulan september aritu...
Baru hari ni teringat nak update...
Maaf ye...mood malas nak transfer gambo melanda...

Schonbrunn Zoo ni terletak dalam kawasan Istana Schonbrunn...
Kawasan istana ni luas...selain zoo ada macam2 lagi tarikan kat situ..
Ada taman bunga, ada muzium, ada kubu pertahanan...
Luas sangat sampai mengah nak jalan...
Dengan kawasan berpasirnya memang agak sengssara sikit menolak stroller...hehe

Ktrg pergi naik U-Bahn...
Kena tukar 2 U-bahn jugak la kalau dari umah mi ni...
Dekat 45 minit jugak baru sampai...kalau naik kereta mungkin 20 minit sampai la agaknya...


Patut ktrg kena turn next stesen dari Schonbrunn ni baru sampai betul2 depan Schonbrunn palace tu..
Tapi dah salah p turun kat stesen ni terpaksa la menapak lagi dalam 10 minit camtu..
Ingatkan terus jumpa zoo..rupanya jumpa palace dengan taman bunga dulu...menapak lagi la..
Kalau orang tua memang mengah la nak jalan jauh2 camni...yang muda ni pun mengah...haha


Ni kawasan istana tu...lapang di tengah2...
Kalau layan cite omputih lama2 kan memang ada gambaran istana drg style camne kan..


Ni plak kawasan taman bunga...masa ktrg pergi ni tengah summer lagi so cantik la bunga2nya...


Nampak tak yang atas bukit sana nun...
Tu macam kubu rupanya...ktrg tak naik sebab jenuh oi nak mendaki dengan nak tolak stroller bagai..
So tengok dari bawah jela...heee...
Zoo plak betul2 bawah laluan nak ke kubu tu...


Harga tiket nak masuk zoo ni euro 16.50 kalau dewasa dan kanak-kanak bawah 6 tahun free je...
Tapi ktrg masuk ni free sebab guna kad tahunan yang Kak Hajar (pegawai lama yang tinggal sini sebelum ni) bagi..
Kalau kad tahunan euro 44 setahun...so kalau rajin nak datang banyak kali beli yang tahunan tu lagi murah la..
Kalau nak tau lebih lanjut pasal zoo ni boleh rujuk sini...

So, meh la layan gambo ktrg dalam zoo ni ye...
Memang drg guna wanna natural je dalam zoo ni..berbeza la dari zoo malaysia yang warna warni...hehe


Monyet duduk dalam rumah tau...siap ada Monkey House ha...
Ada lift dengan aircond siap...




Nak tengok beruang kutub takde plak masa ni...
so dapat tengok beruang China jela...yang dalam video tu mi taktahu binatang apa..
slow motion betul pergerakan dia...macam pencuri je..merangkak slow2..hehe


Sejak duk sini kemain berposing ayong ni...dah besar agaknya...


Dah puas pusing2 tengok haiwan nampak plak playground ni..
So, rest jap bagi budak2 main...nak main mainan kat sini pun ada yang kena bayar...sabo jela...










so, layan gambar jela ek...
Kami kat sini tak lama pun...sebab nak balik cepat...
maklum la sini kul 6 petang dah gelap...
sekarang autunm lagi la...pukul 6 dah maghrib...

Beza la zoo sini dengan Malaysia...
Dari segi haiwan, tempat haiwan tu...
Mungkin sebab cuaca jugak kan...
Kat sini ada juga bahagian haiwan musim tropika dan khatulistiwa...
Drg buat satu bangunan dan wujudkan suhu dan suasana macam hutan tropika dan kahtulistiwa dalam tu..
Ktrg tak sempat masuk...maybe next time boleh pergi lagi...


So, sampai sini dulu ye...
Ada lagi 2,3 tempat yang mi belum sempat nak share...
Update kat IG je kan..kat blog ni malas nak transfer gambo tu yang lambat je updatenya...

2 ulasan:

anez zamri berkata...

bestnyaaa..doakan kitorang kot ade rezeki melawat ko kat sana wehh haha

achiek anis berkata...

insyaallah...mana tau murah rezeki nanti...

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015