Snow Cheese Chocolate Cake


Salam 12 Zulhijjah semua...
Masih mood beraya ke?
Mi dah start koje dah...
Malaih bebenor rasanya eh...

Arini mi nak share resepi pasal kek yang diupload kat fb ari2..
Kemain mood berbaking dimalam raya oi...
Tapi kalau mi sorang tak jadinya berbaking tu...
Disebabkan ada asu (adik mi) so baru lah menjadi mood berbaking tu...ngeee
Actually dia yang buat sebenarnya..
Mi sediakan modal, bahan dan resepi aje..
Kerjasama gitu...kih kih kih...

Resepi asal : Sis Hana



Bahan-bahan :

Untuk Cheese Cake
  • 4 keping slice cheese 
  • 170ml susu segar
  • 70g butter
  • 80g gula halus
  • 80g tepung serbaguna (diayak)
  • 4 biji telur
  • 1sk esen vanila
Untuk Topping
  • 250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf - parut

  Tapi mi tambah dengan buatkan coklat kek sebagai layer...
Untuk chocolate cake tu uols pun tau kan cmne nak buat kan..


Cara- cara :

1. Cairkan slice cheese bersama-sama susu segar dan butter 
(jangan sampai mendidih)...Ketepikan..
2.  Asingkan putih dan kuning telur...
3. Pukul putih telur dengan gula halus sehingga bertanduk..ketepikan sekejap...
 (nak tau tanduk tu cmne? terlangkupkan bekas...kalau sebatian tak jatuh, bertanduk la tu)
4. Pukul kuning telur dan esen vanila dengan kelajuan sederhana dalam 1-2 minit
5. Campurkan adunan no.1 tadi kedalam adunan no.4..sebatikan.
6. Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit
7. Lastly baru masukkan adunan no.3 tadi sdikit demi sedikit dan gaul sebati..
(jangan pukul plak..kang kembang benor kek anda...heee...kaup balikkan dengan slow aje)
8. Sapukan sekeliling loyang dengan sedikit butter / baking paper
9. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath ( baru dapat kek cantik n soft)
10. Bakar dengan suhu 160 selama 50-1 jam...api atas bawah...ikut jenis oven juga tau...
 11. Sementara tu pukul cream chesee dan susu pekat untuk dijadikan topping...ketepikan

Ok..dah siap cheese cake dibakar baru boleh layer...

1. Potong chocolate cake kepada 2 bahagian
2. Sapukan sedikit sebatian cream cheese pada 2-2 permukaan chocolate cake tadi
3. Jadikan 1 bahagian chocolate kek sebagai base..
4. Lapiskan dengan cheese cake
5. Ambil lagi 1 bahagian coklat cake lapiskan atas cheese cake pulak

Layerkan cmni

6. Curahkan sebatian cream cheese sebagai topping..
7. Parut cheddar cheese ikut suka nak banyak mana...
Siap....

Hias Suka Hati je..ngee


Kalau korang taknak layerkan pun boleh..
Jadilah Snow Cheese Cake..
Ni mi saje nak layer2kan dengan cocolate cake..ngeeee
Ketebalan layer cake tu ikut kekreatifan sendiri la yea..
Ni mi buat layer tebal2...
Sebab dah malas nak potong2 kek tu....dasar hangat2 tahi ayam...haha

Ok la..selamat mencuba..
Mi pun 1st time cuba hari aritu...ngeeeee

8 ulasan:

Putri berkata...

Rajin mami airis buat kek bertengkek2

achiek anis berkata...

rajin bila ada geng membuat je sis.....:)

SweetLikeWhat berkata...

perghhhhh setapnyeeeee....nanti ade masa nak cuba buat

achiek anis berkata...

buat jangan tak buat...ni kes tergoda dengan snow cheese ur besday la ni...heeee

Mommy_Cha berkata...

hadoiiii bila nak hanto kat jiran putrajya ni? sedapnyerrr lahai.
aku pulak hantu cheese ni...

achiek anis berkata...

muahaha....jiranku micha oi...ni buat kat kampung tepeng nun...nnt bila2 iols buat lagi iols singgah umah jiran nganto yea....ngeee

mrs kayrul berkata...

meriah betul ngan cheese tue

achiek anis berkata...

penggemar cheese mmg suka cheese lebih...kalau tak suka maybe muak...heeeee

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015