Resepi : Dadih Jagung


Salam Jumaat semua..
pagi ni macam terajin plak nak share dengan korang resipi dadih yang selalu mi buat..
mi  tak pernah guna serbuk dadih segera tu tau...just guna agar2 je...
biasanya mi akan buat masa hari raya..takpun bila ofis buat jamuan or potluck...
kalau hari2 biasa idak ler mami rajin nak buat coz bancuhan dadih ni sekali buat dapat banyak bekas..
kang membazir aje kalau terbiar dalam peti ais tu..
kan tak baik membazir..amalam syaiton tu ......alasan...ngeeeee




Bahan- bahan :


Agar2 (biasa mi guna yang seringgit lebih tu semua)
300 gram Susu tepung (mi guna susu everyday)
2 cawan gula
Air
Perisa (Mi suka perisa jagung)
3 keping asam keping

Cara-cara :

Masakkan agar2 sehingga hancur dengan 6 gelas air (250ml per gelas)
masukkan gula...kacau hingga sebati

* sementara tunggu agar2 masak tu boleh la bancuh susu tepung dengan 7 gelas air panas

dan

masukkan perisa kesukaan.

Tuang bancuhan tadi (susu yang telah ditapis) ke dalam sebatian agar2 
yang sedang mendidih kat atas dapur tu...
campakkan 3 keping asam keping tadi..

didihkan semua adunan sambil kacau supaya sebati

kemudian tutup api dan boleh dimasukkan ke dalam bekas2 dadih ikut kesukaan korang..
 
bila dah sejuk baru masukkan dalam peti ais..
dah sejuk2 baru sedap ngap dadih ni kan...
senang je kan..



* Selamat Mencuba *





p/s: jangan risau..asam keping tu takkan menyebabkan rasa masam or apa...sekadar digunakan untuk bagi "shining" pada dadih...

8 ulasan:

lia berkata...

sedap & anak2 suka...

achiek anis berkata...

boleh la buat sis...senang je kan...bahan pun tak banyak...hehe

MimahAjil berkata...

wah..sedap ni.kiteorang adik beradik slalu pakai tepung segera...boleh cuba ni..thanks Achiek Anis

CikNaa berkata...

dear, pakai asam keping tu utk ape eh? serius nak tahu nih..

achiek anis berkata...

klu tepung segera anis tak pandai agak...slu lembik bila try...huhu

achiek anis berkata...

cikna...asam keping tu nak bagi shinning dadih tu...cantik je bila dia beku with shinning

Cik Puan Rara berkata...

oooo kena pakai susu tepung eh.nt nk try.mmg sedap sgt.

achiek anis berkata...

aah...klu susu cair maybe kena adjust kuantiti air or agar2...

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015