Air Kosong : Bahaya Pada Bayi Bawah 6 Bulan?


Arini ofis sunyi sepi je...rmi yg cuti sempena Maulidur Rasul semalam.
Mi xdpt nak cuti coz dah EL 3 hari bulan ni...huhu
Ikut kontrak mi kena keje 22 hari baru leh apply 1 hari cuti...
ni baru keje dalam 15 hari dah EL kan...
So kena la bekerja hari ni...
padahal sedara anak je kat umah tu...nak wat cmno kan..

Ok...arini mi nak share tentang air kosong...
Nape bahaya pada bayi bawah 6 bulan?
mungkin ramai yang tak tahu or buat2 x tahu...hehe
Mi dulu masa pantangkan si Airis pun rmi je duk suh bagi Airis minum air kosong ni...
Tapi mi ni jenis degil...bolayan je kata2 drg...
maintain BF je....ngeeeee

* tapi kalau baby yang minum susu campur ( susu ibu & formula ) 
mi x sure la kena bagi air kosong ke x k...
Fakta ni untuk baby yang fully Breastfeeding ok *


https://fbcdn-photos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/575428_206919606090376_188889974560006_347910_732175888_a.jpg

Sumber : Google

Antara Keburukan Air Kosong ni kepada Bayi Bawah 6 Bulan :

 

MERENCATKAN TUMBESARAN

Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama. 
*Air masak tidak mengandungi xde khasiat pun....Air KOSONG je semata2*


PENCEMARAN

Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit. 


MENGHAKIS

Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.


JAUNDIS/DEMAM KUNING

Bayi jaundis ( sakit kuning tu) yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.
*Ubat jaundis ada DUA shj: SUSU IBU & PHOTOTHERAPY ....
Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*

Sumber : Air Kosong 


So dah tau keburukannya kan...sampai 6 bulan je pun..
dah lepas 6 bulan nak bagi minum air kosong xde masalah dah coz dah start solid food usus pun dah matang...Air kosong jadi perlu sebab untuk elakkan sembelit coz dah masuk macam2 makanan kan..Jangan risau baby ada seumur hidup dia (Insyaallah) untuk rasa macam2 air dan makanan...takkan la 6 bulan pun x boleh nak tunggu kan..




2 ulasan:

faazawanz berkata...

heheh selamat bekerja beb

Unknown berkata...

hehe...selamat bercuti...

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015