Salam 28 Zulkaedah semua..
Arini nak mengomel pasal bajet keluarga kecil mi tiap-tiap bulan..
Haipppp...jangan ada nak komplen ke hape ek..
Ni blog daku...so sukati mi la nak tulis apa pun...haha
Gaji laki binik lebih kurang _ _ _ _
1. Kereta : RM600
2. Kuartes : RM400
3. Bil Elektrik + Air + Astro + : RM150
4. Bil Hp + Broadband : RM200
5. Perbelanjaan Dapur : RM400
6. Minyak kereta : RM200
7. Mak + Papa + Mertua : RM300
8. Tabung Haji ( Lakibinik + Airis ): RM200
9. PTPTN : RM150
10. Taska Airis : RM180
11. ASB : RM100
12. Main Kutu : RM100
13. Loan Bank : RM250
14. SSPN Airis :RM50
15. Lain-lain : RM200
Total : RM3,480
Phewwww......fengsan tengok bajet bulanan ni...
Selama hari ni takde plak daku mengira bajet laki bini..
Selalu mi kira bajet mi je..
Cer tengok....celah mana ada daku shopping mopping beli handbag bagai..
Seperti yang dikatakan oleh orang tertentu pasal wanita bekerjaya tu kan...
Tak menyempat nye nak shopping bagai tau...
Perbelanjaan sedia ada pun dah semput nak membayornye..
Tak perlu lah nak mengomen itu patut itu tak patut..
Masing-masing ada keperluan dan kehendak sendiri...
Ye...kami pasangan yang baru mula nak belajar erti hidup..
Simpanan pun belum cecah puluhan ribu ringgit...
Masih belum mampu memiliki aset sendiri...
Masih belum mampu bercuti sana sini...
Tapi kami bersyukur kerana Allah sentiasa bagi rezeki..
Belum pernah kebulur lagi tak makan tak mandi...
Jangan hanya pandai buat andaian sendiri..
Keluar bekerja bukan kesalahan bagi suri...
Hanya niat kerana membantu suami...
Hentikan tabiat menunding jari...
Kalau diberi pilihan memang nak jaga anak sendiri..
Tapi ada keperluan lain yang perlu ditanggungi...
Bersyukur lah kerana anda mampu hari ini..
Mungkin anda tak pernah melalui...
Kehidupan anak kampung yang pernah hidup kais pagi makan pagi..
Pengalaman hidup menginsafi diri..
Agar lebih berdikari dan mensyukuri..
Percaya pada Allah kerana Dialah pemberi rezeki..
Jangan persoal hidup dan mati..
Kerana milik Allah adalah yang hakiki...
Hanya satu impian mi...
Mengadap Kaabah depan mata sendiri..
Bukan bercuti sana sini...
Kerana disitu tempatnya kedamaian sejati...













