Memaparkan catatan dengan label Kays. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kays. Papar semua catatan

Kays Firdani Turns One







Alhamdulillah pada 19 September lepas cukuplah usia anak bujang mi tu setahun.
Lahirnya pada Hari Jumaat 19 September 2014...
Kalau nak tau kisah kelahiran anak bujang mi ni leh refer sini




So, disebabkan ayongnya dulu kami sambut majlis ulangtahun pertamanya so si adik pun haruslah sambut jugak...
Baru adil gitu kan...Cuma yang adik tak dapat la nak sambut sama-sama dengan opah kat kampung...
Dah berada diperantauan ni sambutannya pun sederhana aje la...tema pun carca merba...heee
Jadilah untuk kenangan buat si adik nanti...
Sedihnya takde gambo family yang proper yang sempat diambil...
Takpe la dik, nanti kita amek gambo lain ye...Insyaallah on your second birthday maybe...


Ni kira 1st time jugaklah mi and hubby jemput Malaysian kat Vienna ni datang rumah...
Kira house warming sekali la ni...
Alhamdulillah Malaysian sini sangat supportive n mesra...
Menu utama mami sediakan Laksa Utara...
Menu sampingan Malaysian lain yang bawak macam ketayap durian,sagu merah,popia pisang goreng,bingka pandan...
Kiranya makanan tradisional melayu la...
Selain tu mami sediakan jugak Kek Marble Cheese untuk birthday boy, congo bars, keropok ikan, spagethi oglio dan buah-buahan.
Air pun lambang Malaysian tau...Sirap laici...







Makanan melayu je banyak?
Senang ke dapat bahan?
Alhamdulillah ada sesetengah bahan boleh dapat di Asian Shop...
Macam serai, lengkuas, daun kesum semua tu boleh dapat kat sini...
Durian pun ada tapi yang frozen la..bukan fresh...

So, majlisnya bermula jam 3.00 petang...
Meriah dengan Malaysian yang datang...
Anak-anak pun seronok dapat berjumpa bila ada majlis2 macam ni...
Walaupun tak ramai tapi terasa suasana Malaysianya tu...

Alhamdulillah birthday boy pun behave je sebab ramai melayan...
Terima kasih pada semua yang terlibat dalam sambutan kecil-kecilan birthday Kays Firdani ni...
Banyak hadiah dia dapat..tapi dia bukan faham pun lagi..
Kakaknya lah yang excited lebih...



Dan Alhamdulillah jugak genap umurnya 1 tahun ni Kays Firdani dah boleh berjalan sendiri...
Awal sebulan dari kakaknya dulu...
Doa mami agar Kays mennjadi anak soleh dunia dan akhirat..
Dikurniakan kesihatan yang baik dan minda yang cerdas...
Moga Kays sentiasa berada dibawah rahmat Ilahi hendaknya...
Ameen.




Perkembangan Anak Bujang : Kays 7 Bulan



2 Bulan Usianya
Salam semua..
Jarang benor mi share pasal si Kays ni kan..
Dah 7 bulan pun anak bujang mi tu..
Lagi berapa hari je dah nak masuk 8 bulan..

Alhamdulillah Kays membesar dengan sihat..
Kecik je orangnya..ikut rangka mi agaknya..
Perkembangan Kays setakat ni dah mula berdiri...
Patang dapat berpaut confirm nak berdiri..
Lepas tu terlentang or terusungkur jatuh..
Takpe dik...learning process namanya..

Dalam Usaha Nak Berdiri

Mula meniarap di kala usia 3 bulan 3 minggu..
Menyulur dikala usia 4 bulan setengah..
Sekarang laju macam komando dah ha..
Merangkak je belum tapi dah sibuk berdiri..

6 Bulan

Belum boleh duduk dengan stabil..
Baru boleh duduk senget2 tahan tangan sendiri je..
Xpe dik slow2 ye...
Takyah nak compare2 dengan anak orang lain..
Dah nama pun individu bebeza..walau kembar sekalipun kan..
Mana boleh samakan...ye idok...


Sangat suka kepada makanan..
Suap la apa pun confirm telan...
Tapi yang pasti NO SUGAR & SALT added..
Sekarang dah takmo bubur kisar halus..
Disembur-sembur aje..sama macam minum air zam2 or masak..sembur2 je..
Kena kisar biji2 sikit...nak kunyah kekdahnya..
Kunyah apa pun mi taktau..macam ada gigi je ye..
Padahal sebatang pun belum tumbuh...



Masih meyusu badan sepenuhnya...
Alhamdulillah...
Semoga Allah terus murahkan rezeki Kays untuk menyusu sehingga usia 2 tahun..
Insyaallah...
Belum pernah demam or selesema or batuk yang berkahak..
Batuk ngada2 tu selalu..
Alhamdulillah bila diberi peluang menjadi surirumah ni..
Kesihatan anak lebih baik...Syukur sangat2...

Macam Airis dulu hantar taska tetiap bulan demam..
Selesema jangan cakap la..sokmo berhingus je hidung tu..
Itu lah rezeki yang Allah bagi agaknya bila tak bekerja ni..
Lain orang lain rezeki kan..
Kesihatan anak tu pun salah satu rezeki jugak...

Setakat ni dulu mi share pasal Kays ea..
Nanti ada masa kita update lagi cite si bujang mi tu...


Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015