Memaparkan catatan dengan label Airis 1st Birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Airis 1st Birthday. Papar semua catatan

Airis 1st Birthday Celebration


Alhamdulillah pada 7 April 2013 lepas kami sekeluarga dimurahkan rezeki untuk 
celebrate Airis 1st Birthday..mi buat kecil-kecilan aje majlisnya... jemput family terdekat, kawan2 rapat dan jiran sebelah2 rumah aje..mi buat sebelah petang coz takut tak sempat nak siapakan hidangan...

Terima kasih pada yang sudi hadir dalam memeriahkan majlis...birthday girl moody ada hari kejadian sebab demam...demam nak tumbuh gigi dan jangkitan telinga lagi due to selesema dan batuk yang agak lama...
masa besday dia la 2 batang gigi nak keluar serentak...cian my little baby..
hari istimewa tapi dia tak sihat pulak...

Terima Kasih juga pada opah dan tokwan yang bertungkus lumus membantu dalam menyediakan juadah untuk majlis besday ni...semua masakan Opah Airis yang sediakan...mami tolong apa yang patut je...love u lah opah...Laksa Opah memang terbaiikkkkk......

Antara menu yang disediakan pada hari tu :


Laksa Utara
Bihun Goreng
Satay
Air Sunquick
Mineral Water
Apam Polkadot
Birthday Cake : Red Velvet
Vanilla & Chocolate Cupcake
Snack utk kanak2 
Kerepek Rumpai Laut
Kerepek Isi Ketam
(kan jadi agen so harus promote produk la kan...ngeeee)

DAN

ada juga menu yang sepatutnya dihidangkan tapi mi terlupa adalah Nugget / Sosej...duk berkubur je dalam peti ais...cian budak2 yang datang takde nugget...ngeeeeee...mi betul2 terlupa yang dah beli nugget utk digoreng...xde rezeki la namanya tu kan...ngeeee

Gambar Menu?

sori mi betul2 terlupa nak snap...sadis betul kan...yang meja candy buffet boleh plak mi snap...
maklum la 1st time handle event sendiri...so agak kelam kabut sikit disertakan peel birthday girl yang tak sihat dan asyik nak melekat je kan..

Jom layan pic2 ketika majlis yang bertemakan Minnie Mouse + Pink + Brown

Candy Buffet yang simple


Red Velvet Cake by : Inabu Bakery

Vanilla & Chocolate Minnie Mouse Cup Cake by Crispy Jajan

Chocolate Moist Cupcake By Inabu Bakery

Mineral Water

Goodies bag

Masam aje muka besday girl yang tak sihat..

Airis with DIY Tutu Skirt by Asu..thanks asu

Orang Kuat majlis...Opah & Tokwan

Birthday Girl yang dah start cranky

 

Tetamu yang Hadir

Abah tengah pujuk besday girl

tak banyak sangat pic yang semapt di snap sebab besday girl tak sihat kan...nak bergambo dengan opah dan tokwan pun dia takmau...huhu...xpela dik...yang penting hajat mami nak raikan hari istimewa awak tercapai...moga jadi kenangan bila awak dah besar nanti...lagipun kitaorang xde upah fotographer..budget yang limited so kena la dimaanfaatkan sebaik mungkin...ngeeee

Birthday Banner, Cupcake Topper, Thanks You Tag & Mineral Water label mi order kat
sangat berpuas hati dengan hasil printingnya...next event boleh tempah lagi dengan sis ni...insyaallah..

Tutu skirt tu pulak mi minta adik yang buatkan...mi ni tak kreatif...so memandangkan adik lebih kreatif so minta dia buatkan..pos khas dari Dungun...coz adik belajar kat cna...ngeee...
rompers nombor 1 tu mi just jahitkan kain felt yang dibentukka nombor 1...simple je...
asalnya nak pakaikan skirt pink biasa je tapi ada cadangan dari IbuDhiaKhadeeja suh Airis pakai tutu skirt so mi pun google la nak mencari cara2 nak buat Tutu Skirt ni...
dah dapat terus sms adik minta dia buatkan...hehe..
nasib ada adik yang rajin nak layan kerenah akak dia ni kan...

Antara Birthday Gift dan Wish Board...Thanks A Lot Yea Semua

 Wish board tu mi DIY je...beli board n tampal2 sticker aje...
nak framekan buat kenangan nanti...

Insyaallah next time kalau ada rezeki lebih boleh la celebrate besday Airis lagi ek....

WW : Airis 1st Birthday Celebration : Part 1


7 April 2013


Candy Buffet

Mineral Water

Chocolate Moist Cupcake

Minnie Mouse Vanilla & Chocolate Cupcake

Snack
Goodies Bag


p/s: nanti ada masa mi update entry Airis 1st Birthday ek...

Airis : 1 Tahun Sudah

Alhamdulillah...


7 April 2013


Genap usia anakanda tercinta Khumaira Airis 1 tahun.
dah masuk alam kanak2 pulak..kejap aje masa berlalu...

Alhamdulillah...
bermakna sudah cukup 1 Tahun juga Airis menyusu badan sepenuhnya dengan mami walaupun masa 2minggu awal dulu mi menghadapi masalah nipple crack dan penghasilan susu yang kurang memberangsangkan..
moga terus dimurahkan rezeki untuk setahun akan datang sehingga 2 tahun usianya..Insyaalah..

Alhamdulillah...
1 tahun juga berjaya membesarkan airis with

NO PACIFIER...NO SWING...NO WALKER

walaupun disogok denga bermacam2 pandangan:

 kalau tak guna pacifier nanti anak nak melekat je..tak boleh buat kerja lain..

kalau tak guna walker susah nak buat kerja coz nak kena pantau anak je..
kalau tak guna walker nanti anak lambat jalan la...

kalau tak guna buaian nanti anak susah nak tido..memerap jela..

TAPI

Alhamdulillah...

mi dan hubby berjaya membesarkan Airis tanpa mempedulikan pandangan2 yang kurang memberangsangkan tu..

walaupun tanpa Pacifier Airis dan 
memang diakui Airis anti-botol menjadikan kami close and need for each other...
walaupun tanpa pacifier takde pulak Airis nak merengek2 or meraung2 macam kena cubit ke apa..ngeee

walaupun tanpa walker Airis tetap boleh berdiri dan meniti sendiri...
walaupun belum boleh jalan tapi dia ada usaha sendiri untuk berdiri dan berjalan..
Insyaallah sampai masa dia akan berjalan sendiri.. takde unsur paksaan disitu...biar dia belajar sendiri...
walaupun tanpa walker mi tetap boleh buat kerja rumah macam biasa..
yang penting kena la ada cara nak menguruskannya...

walaupun tanpa buaian Airis tetap tido lena sebab kami dah biasakan dia tido dalam baby coat dan atas tilam je...yang penting kita latih dia dari mula..nak seribu daya...tak nak seribu dalih aje kan.

KENAPA kami membesarkan Airis tanpa semua tu adalah kerana banyak negatif dari positifnya..
rasanya dah banyak artikel atau kajian mengenai kesan negatif penggunan semua tu..so pandai2 la korang search sendiri ek..malas plak mi nak huraikan satu persatu ka cni..

ini cara kami besarkan anak...
masing2 ada pandangan dan usaha sendiri..
so tak payah nak kutuk2 belakang pasal entry ni ek..

Anak KAMI Hak KAMI dan Cara KAMI..



last but not least :

Selamat Ulangtahun kelahiran pertama anakanda 

KHUMAIRA AIRIS

moga membesar menjadi anak yang solehah dan taat pada agama, mami & abah..
mami doakan Airis dikurniakan kesihatan yang baik dan 
akal yang cerdik untuk menjadi insan berguna pada Agama dan Bangsa..
kelahiran Airis penguat kasih sayang mami dan abah..
Airis lah jantung hati dan permata berharga buat kami..
kehadiran Airis menceriakan kehidupan opah dan tokwan..
moga Airis sentiasa berada dibawah lindungan Allah s.w.t ..

you always be my baby forever Airis..

Lot of Love and Kiss from mami dan Abah.




 

Teaser : Airis 1st Birthday



DIY

On Progress

WW : Airis 1st Birthday Theme


Airis will turning 1 less than 1 weeks from today..
OMG...

The theme :

Sumber : Google
 

and  

Sumber : Google




Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015