Aidilfitri 1438H : Pengalaman Tahun Kedua Beraya di Perantauan Part 1






Assalamualaikum semua...Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin terlebih dahulu kalau sepanjang Mi berblog ni ada penulisan yang menyakitkan hati pembaca tanpa sengaja atau tersentuh sensitiviti mana2 pihak...Masih di Bulan Syawal kan so masih boleh cerita tentang raya la kan...Tahun ni merupakan tahun kedua kami beraya di perantauan...Kalau tahun lepas perasaan sedih tu sangat terasa tapi Alhamdulillah tahun ni dah kurang perasaan tu...Insyaallah kalau masih kat sini maka akan beraya lagi di Vienna ni tahun depan...Tahun ni meriah sikit kami beraya sebab Rumah Malaysia pun ada buat jamuan Raya kecil-kecilan...

Tahun ni tema dipilih adalah warna Hitam...Pemilihan tema ikut baju Melayu Encik Suami yang mana dah ada warnanya...Baju-baju memang import Khas dari Malaysia melalui kenalan yang datang ke Vienna...Nak jimatkan kos pos kaedahnya..Kalau nak pos ke Vienna ni boleh cecah RM200 ke RM300...sebabnya Vienna takde direct flight dari Malaysia...pelabuhan pun takde...Paling dekat Pelabuhan Hamburg, German...itu pun 9 jam jauhnya dari Malaysia... Macam tahun lepas sehari sebelum raya Mi dah sibuk memasak sediakan juadah raya... Pagi Raya lepas Encik Suami balik solat Raya baru kami bermaafan dan bergambar...sebabnya solat Raya kat sini jam 6.30 pagi...Sebab Subuh sekitar jam 3 pagi...Musim Panas memang siang lama...


Selepas bermaafan kami ke Rumah Malaysia...Tahun ni merupakan kali pertama kami beraya di Rumah Malaysia... Kat sini la baru jumpa Malaysian yang lain...Kalau tidak memang susah nak jumpa sebab masing-masing terikat dengan kerja dan kehidupan masing-masing...YBhg. Datin Azlinda sediakan Rendang Daging, Rendang Ayam, Kuah Kacang, Nasi Impit, Lontong, Lemang Rebus dah Kuih Muih Raya....



Budak kecik berdua ni memang kena Umpan Video untuk memastikan keadaan terkawal....sejam pertama boleh lagi main-main , jalan sana sini...tapi lepas sejam terpaksa umpan Kartun sebab dah mula buat perangai bosan...


Tahun ni juga merupakan Tahun terkahir YBhg. Datuk Adnan Dan Datin Azlinda berkhidmat di Kedutaaan Vienna, So sempatlah kami mengabadikan kenangan bergambar bersama... Disebabkan ini kali pertama Kami posting, memang kami berterima kasih sangat pada mereka atas segala tunjuk ajar yang diberikan selama ni...Hopefully sekembalinya drg ke Malaysia nanti sebab bersara dapat la berjumpa lagi nanti...



Selepas tu kami ke rumah Padli dan Nani sebab kebetulan berdekatan dengan Rumah Malaysia...Juadah Raya kami dah bincang2 sebelum raya...kononnya nak elak menu yang sama...hihi...so Nani masakkan kami Nasi Tomato, Dalca Daging, Lontong Daun Pisang ( signature Padli ni) dan kuah Lontong disamping kudapan remepeyek, dan kuih muih raya lain...gigih tau kami ni di perantauan ni buat kuih raya...ambil feel gitu orang kata...






(Kak Fitriah, terima kasih share gambar : Mohon Halal Ye saya ambil)


Lepas tu terus kami balik ke rumah, sebab kami jemput Malaysian dan kenalan datang beraya ke rumah lepas Zohor... Si kakak siap tak nak ikut kami balik sebab seronok jumpa kawan-kawan...so kami je balik dulu, Airis ikut Padli dan Nani datang kemudian... Si Kays sempat tertelap sebelum tetamu sampai...penat beraya ye dik...


Ok la sampai sini dulu...nanti Mi sambung Edisi Raya di Rumah Kami pulak ya....



9 ulasan:

mrs kayrul berkata...

selamat hari raya mami...menu raya pun mengancam kat sana

Unknown berkata...

Hihi saje memeriahkan raya khai..tgu mami update menu mami next entry ya

Chekgu Azrine berkata...

selamat hr raya sis..blh thn jgkla meriah...��

Unknown berkata...

Aah meriah sikit tahun ni kak..tahun lepas sendu sikit..alhamdulillah

Dilah berkata...

Selamat Hari Raya mami.. meriah jugak sambutan di sana ye..

yanamib berkata...

nmpk ko paling muda situ...hihi pengalaman ye dak beraya negara org..aku kena beraya kg mertua pn dh rs nk nangis..kahkah

Unknown berkata...

Kami pakat2 sis...kalau tak mmg tak rasa la feel raya tu

Unknown berkata...

Hihi ada satu couple lagi muda 2 tahun drpd ktrg

Ruby berkata...

Tengok gambar nampak best je kan. Tapi tuan badan je tau berapa rindunya dengan Malaysia. Wuwuwuwu. Pengalaman bermakna juga bila dapat merantau. Boleh jd kenangan utk anak-anak. Hehe

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015