Salam semua..
Pagi ni mi nak share resepi sempena
Cabaran Nestle Natural Set Yogurt
Untuk cabaran kali ni mi pilih kategori Dessert
Puding Roti Yogurt Strawberry
Bahan-bahan :
- Agar-agar kering - 20 gram
- Air - 750 ml
- Gula - 100 gram ( kalau suka manis boleh tambah lagi)
- Susu perisa strawberry - 400 ml
.- Telur - 1 biji
- Roti - 3 keping
- Natural Set Yogurt - 100 gram
Cara-cara :
1. Masak agar-agar bersama-sama air dan gula hingga hancur
2. Sementara tu kisar susu, roti, telur dan Nestle set yogurt hingga sebati
3. Bila agar-agar dah hancur masukkan sebatian yang dikisar tadi kedalamnya
4. Panaskan lebih kurang 5 minit agar adunan sebati
( Jangan sampai mendidih tau )
5. Tuang kedalam bekas dan biarkan sejuk seketika kemudian sejukkan lagi dalam peti ais
6. Siap untuk dimakan
Puding Roti Yogurt Strawberry
Senang je kan..
Meh la cuba..
Kos murah tak sampai rm20 pun..
Masak pun kejap aje...15 minit dah siap...
Rasa masam-masam manis gitu
10 ulasan:
warna pink juga hehehehe..double like ;)
ofkos kak...pink totap dihati...haha
blh try ni resepi ni...hehe
sila2....malu plak otai masakkan nak try ni...:)
Menarik sungguh versi penggunaan yogurt kan...mseti sedap sgt2 nih...tetiba nak cuba resepi achiek :) all the best ye :)
erk...idok ler sedap sesgt Umi Qi...rasa masam2 manis gitu....thanks tau...insyaallah ada rezeki ada la...ameen...:)
Oh.. sangat-sangat menarik. Kalau makan sejuk-sejuk masa cuaca panas lagilah best ni:)
aah..mkn sejuk2 sedap kak...:)
terliur suda..boleh cuba ni..:)
hehe...cuba la kak...simple je kan...;)
Catat Ulasan