uih...mood malas mengupdate melanda..
padahal banyak je cite...
tapi bila penyakit 'M' datang sumenya tergendala..
so, sementara mood rajin nak mengupdate sudah mali....
maka terhasillah enntry ni..
poyo je kan...ngeeee....
arini mi nak share resepi guna Salmon plak..
tak pernah lagi update solid food Airis menggunakan Salmon ni...
Bahan-bahan ;
1 cawan salmon
1 cawan labu
2 biji ubi kentang
4 sudu besar tepung gandum
2 keping roti
4 oz susu ibu/fm/fresh milk
sedikit olive oil untuk menggoreng
Cara-cara :
1. rebus kentang & kukus labu sampai empuk
2. rendam ikan salmon dalam susu sekejap kemudian didihkan sampai salmon masak
( nape rendam susu? sebab nak hilangkan hanyir ikan tu)
3. lenyek2kan ubi kentang, labu dan isi ikan salmon hingga sebati
4. masukkan tepung gandum dan gaul sebati
(jangan letak banyak sangat tepung nanti keras)
5. bakar roti sehingga ranggup kemudian kisar hingga halus utk jadikan breadcrumbs/ serbuk roti la..
6. bentukkan sebatian tadi menjadi bebola dan salutkan dengan breadcrumbs
7. goreng dengan sedikit olive oil
8. siap untuk di mamam...
* kalau nak bakar pun boleh..suhu pandai2 la agak ek...
* kalau nak letak lada sulah or daun sup or daun bawang pun boleh
(mi tak letak sebab xde stok kat rumah...nak turun poie kedai malas...ngee)
disebabkan kerajinan mami semalam buatkan bebola ni..
jadi lah bekal Airis ke taska arini nasi + bebola salmon & labu untuk menu tengahari...
untuk sarapan pulak mami bekalkan puding roti blueberry..
moga Airis berselera menikmati hidangan yang mami sediakan pagi tadi...ngee
mana mi dapat idea bebola ni?
sini ha : Farah Rahim
mami ni idak ler pandai sangat nak cipta2 makanan ni..
follow resepi boleh la..hehe
thanks ye pada kak Farah Rahim sebab share resipi ni...
cuma kadang2 mi ubah sikit2 la ikut bahan yang mi ada kat rumah...
* Selamat Mencuba*
4 ulasan:
nampak macam lempeng dari bebola hehehe
hehe...saje leparkan sebab senang nak goreng pakai minyak sikit...klu bentuk booolat kena goreng pki minyak banyak plak...hehe
Unik nyer... 1st time dengor menu ni tau
follow resepi org je sis...hehe
Catat Ulasan