Memaparkan catatan dengan label Ramadhan 2014. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan 2014. Papar semua catatan

Menu Ramadhan 2014 : Bread Cheese Lasagna a.k.a Roti Lapis Keju


Salam 22 Ramadhan semua...
Lebih kurang 8 hari je lagi nak raya oi...
Semangat kerja nan hado dah ni..
Semangat nak raya je sekarang ni...
Mak buyong rasa excited plak nak sambut raya tahun ni...hahaha
Tak padan ngan mengah...
Sebabnya raya kali ni cuti lama kan...
10 Hari gitu....
Dalam kepala dah mcm2 plan nak wat cuti raya ni...ngeee

Ok la arini nak share resepi simple, mudah dan sedap..
Cam biasa la...
Kalau yang renyah2 banyak kaedah nak masak mak buyong malas..
Ni gara2 terliur ngan roti daging kej leleh Mommycha la ni..
Ko yang bersalah dalam hal ni micha....agagaga....

Ok moh kita tengok resepinya...

Bahan-bahan :

- 16 keping roti
- 12 keping slice cheese
- 2 keping daging kisar
- Sedikit susu segar
- 1 tin kecil sos prego ( tak kisah yang mushroom ke pasta ke )
- 1 biji tomato
- 6 sosej cheese ( dipotong nipis )
- 1 tin cendawan butang ( dipotong nipis )
- 1 biji bawang besar ( dimayang halus)
- 6 biji bawang putih ( dimayang halus)
- 2 biji telur yang dipukul bersama2 sedikit susu segar
- Parutan cheddar secukupnya
- Sedikit mentega untuk menumis
- Garam secukup rasa

Cara- cara :

- Tumis bawang besar dan putih dengan sedikit mentega hingga kekuningan
- Masukkan daging kisar dan renehkan seketika dengan susu segar untuk mengurangkan bau lembu pada   daging
- Agak dah kering baru masukkan tomato, sos prego,sosej dan cendawan butang
- Didihkan sehingga masak dan agak pekat
- Masukkan sedikit garam...Jangan banyak nnt masin cheese lagi...ingat tu...heee
- Biarkan seketika



Sementara tu celupkan roti dengan telur yang telah dipukul dengan susu segar dan susun ke dalam loyang




Kemudian letakkan hasil tumisan tadi ke atas roti



Dan lapiskan dengan slice cheese



Ulang proses melapis sehingga habis semua bahan2 ye...
Last sekali baru korang taburkan parutan cheddar cheese dan bakar selama 45 ke 50 minit dengan suhu 130

Suhu dan masa tu terpulang pada oven masing2 ye...
Rajin2 jenguk masa membako tu...
Kang rentung plak lasagna korang....

Gambo dah siap bako nan hado sebab lepas masak daku bersiap2 nak ke Shah Alam untuk iftar bersama kawan-kawan hubby...pot luck gitu...
Sebab tu daku wat lasagna ni...ngeeee
So, lupa plak daku nak snap gambo yang dah siap...
Sabo jela...huhu

Iftar pot luck dirumah member hubby

Senang je kan...walaupun ada bahan yang daku tak letak tapi rasanya still meleleh meletop dengan limpahan cheeese....ngeeee...
Next time kalau rajin daku leh buat lagi....

Selamat Mencuba

Menu Ramadhan 2014 : Puding Karamel Tanpa Telur


Salam 13 Ramadhan semua...
Arini mi nak share resepi mudah wat puding karamel...
Tapi ni versi tanpa telur..
Kalau versi ada telur tu mi tak makan...
Tak leh masuk dek tekak...

Resepi ni mi amek dari FB Resepi Ringkas..
Terima Kasih pada tuan punya resepi...
Dapat gak merasa puding karamel yang sedap di makan sejuk2..
Bulan2 puasa ni kan memang best dapat berbuka dengan benda yang sejuk....heeee

Resepi Dari FB RR ( Resepi Ringkas)


Puding Karamel Tanpa Telur


Selamat Mencuba.....

Menu Ramadhan : Ketam Lembut Sweet Sour


Salam semua...
Kejap je dah masuk 11 Ramadhan kan...
Sekarang ni rasa macam  cepat je masa  berlalu...

Arini mi nak share pasal resepi ketam lembut..
Maklum la baru 1st time nak merasa...
Dah lama cari asyik xde je..

Ada blogger review dekat Dagang Avenue food court tu ada jual..
Tapi setiap kali pegi asyik la xde ketam lembutnya...
So, semalam bila ada orang post dekat FB comunnity kuartes mi pasal ketam lembut ni terus order..

Order Dekat En Ezam Ni la..

Tempat famous pasal ketam lembut ni dekat Kuala Gula, Perak..
Kat sana siap ada restoran yang menjual makanan berasakan ketam lembut..
Cer google...memang ramai dah review pasal ketam lembut dekat Kuala Gula ni
Nak tunggu balik Perak nak ke Kuala Gula entah bila kan...
So, dah ada depan mata so beli je terus...

1st time pegang, mak aih lembut benor...ngan kulit2 ngan kaki2nya semua lembut..
Semua boleh makan...xde langsung bahagian yang keras macam ketam biasa tu...
Patut la kena goreng dulu bagi ranggup2 dulu sebelum nak masak pape...
Kalau terus masak berkuah memang hancur la gamaknya...ngeee

So, untuk ketam lembut ni mi buat masak sweet sour...
Saje nak bagi berkuah sikit..
Ramai suggest goreng celup tepung je pun dah sedap...
Tapi saje nak berkuah jugak sikit so jadilah sweet sour....


Ketam Lembut Masak Sweet Sour

Bahan-bahan :

- 4 ekor ketam dibelah 2 ( xnak belah pun xpe...wat sekor2 )
- Tepung segera untuk menggoreng ( guna tepung jagung pun boleh)
- 1 biji telur
- 1 batang serai diketuk
- 1 inch halia
- 3 ulas bawang putih (diracik halus)
- 1 ulas bawang besar (diracik halus)
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 5 biji cili kering
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecil sos tiram
- garam dan gula secukup rasa


Cara-cara :

- Bersihkan ketam dan toskan sehingga kering
- Pukul telur sehingga kembang dan celupkan ketam
- Celupkan ketam yang bersalut telur ke dalam tepung
- Goreng dengan minyak yang banyak sehingga agak garing
- Ketepikan

Kuah :

- Tumis bawang putih, bawang besar dan serai sehingga naik bau
- masukkan cili kering yang telah dikisar bersama-sama halia
- didihkan seketika
- masukkan sos tomatao, sos cili, sos tiram, garam dan gula
- agak2 dah masak masukkan tomato
- didihkan sekejap dan curahkan ke atas ketam lembut yang telah digoreng tadi


Hilang terus rupa ketamnya..dah macam ayam goreng...ngeeee

Senang je kan...resepi campak2 je namanya...
Rasa ketamnya memang manis...
Memang leh order lagi lepas ni....
So, kalau yang duka area Putrajaya or Bangi leh la contact fb en Ezam tu..
Tapi ada ofismate kata kat Pasar Tani Putrajaya pun ada jual...
So, sape nak merasa leh la mencarinya....

Selamat Mencuba....



Menu Ramadhan 2014


Salam...

Saje nak share menu ramadhan untuk 3 hari lepas..
Tapi gambonya nan hado sebab malas nak snap...ngee

Hari Pertama :
 ( Sahur - Kampung Taiping )

1. Kari ikan sembilang
2. Sayur campur
3. Ayam Goreng
4. Ulam Gajus
5. Sambal Belacan

( Berbuka - Di rumah mertua )

1. Ikan Patin masak tempoyak (PARAM)
2. Masak Lemak Cili Padi Ikan ( Mertua )
3. Ikan Talapia Bakar ( PARAM)
4. Ayam Goreng
5. Sambal Bilis
6. Ulam raja
7. Bayam goreng
8. Kuih Pelita
9. Murtabak
10. Air Soya / Fresh Orange


Hari Kedua
 ( Sahur )

1. Sup ayam + sayur brokoli + kentang + cauliflower
2. Ikan talapia sweet sour

(Berbuka)

1. Masak Lemak Putih Kobis
2. Ayam Goreng
3. Karipap homemade
4. Air Rutbir
5. Kurma


Hari Ketiga 
(Sahur)

Sama macam berbuka hari kedua cuma add on ikan bilis goreng je....heeee

(Berbuka)

1. Masak Lemak Cili Padi Ikan Keli
2. Ikan keli goreng
3. Sambal Macang
4. Serawa Durian bersama roti
5. Air Ribena
6. Kurma & Rambutan


Hari Keempat
(sahur)

Sama cam menu berbuka hari ketiga cuma xdela makan serawa durian lagi dah...ngeee



nampak tak..menu berbuka buat lauk sahur terus....iols tak rajin nak masak pagi2 so masak sekaligus je banyak untuk berbuka dan sahur.....asyik makan masak lemak aje plak...hahaha....

so, arini disebabkan nak poie membeli barang dapur maka menu berbuka arini adalah di PARAM sahaja...
Untuk sahur malam kang baru masak...

Tapi nak masak apa ek? rasa cam nak makan asam pedas....tengok la klu rajin...klu idok nasi goreng jela bah ek....ngeee

Salam Ramadhan 1435 H - 2014


Salam 4 Ramadhan semua...
Dah masuk hari ke-4 puasa baru ada hati nak wish...
Tapi masih belum terlambat kan..
Tahun ni kali kedua merasa berpuasa ketika mengandung...
Masa Airis dulu pun mi preggy time bulan puasa..
Cuma masa Airis baru 1st trimester...
Kali ni pulak dah masuk 3rd trimester...
Moga dapat penuhkan puasa kali ni sepenuhnya...Insyaallah


Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015