Assalamualaikum semua.....sekejap je kita dah habis bulan syawal kan...Puasa kali ni adalah yang pertama kali mi sekeluarga menyambutnya di luar Malaysia...suatu pengalaman baru sebab kena puasa hampir 19 jam...bermula jam 3 pagi sehingga la pukul 9 malam lebih kurang...Alhamdulillah dapat melaluinya dengan baik...ok la...arini mi nak share EuroTrip kami sekeluarga ke Venice 2 bulan lepas...sebenarnya macam dah hilang dari ingatan dah sikit suasana ke sana tu...so sebelum kenangan tu hilang terus meh la mi sharekan kat sini...
Merenung keluar jendela ye dik...
Perjalanan kami bermula pada 11 malam 4 Mei 2016 dari Vienna ke Camping Fusina, Venice...kitaorang pilih camping site sebab lebih murah dan dekat dengan jeti nak ke Venice tu...Perjalanan lebih kurang 6 jam...ada berhenti jugak di RNR untuk tidur dan solat...kenapa ktrg gerak malam sebab nak jimatkan masa..kalau bertolak dari Vienna siang dah rugi satu hari perjalanan kan...kalau nak tau kos semua boleh refer entry mi yang lepas Intenari dan Bajet 4 Hari 3 Malam ke Italy ktrg sampai Venice lebih kurang jam 7 pagi dan settle check in semua jam 8.00 pagi terus ke Fusina Jeti untuk ke Pulau Venice...Penginapan yang kami pilih ni macam kontena untuk 5 orang tapi dilengkapi shower,toilet,aircond, heater dan dapur...peralatan memasak memang kami bawak sendiri..maklum la kita taktahu periuk kuali dan pinggan mangkuk yang disediakan tu suci ke tidak kan...bila travel dengan kereta ni wajib bawak peraltan dan makanan sendiri sebab susah nak dapat makanan halal dan yang paling penting tekak anak beranak ni mau nasi juga...tekak melayu la katakan...untuk hari pertama tu mi bawak pajeri nenas dan sup daging yang difrozenkan sehari awal...Keluarga Nani pulak bawak Ayam Masak Kicap berempah dan ketupat nasi...so sebelum keluar kitaorang isi perut dulu...
Just Nice orang kata bilking...lupa plak naksnap bahagian dalam kan...
Dah siap makan ktrg terus ke Fusina Jetty untuk ke Pulau Venice...jalan kaki dalam 5 minit je dari camping site ni...
Sementara menunggu bot sampai kita posing la dulu...botnya 15 minit sekali..so bila dah terlepas tu terpaksa la tunggu lagi 15 minit kan...
Sekitar kawasan Fusina Jetty
Jenuh juga husband mi mengikut si kecik Kays tu..asyik la nak main turun ke air tu..dia ingat kolam renang rumah agaknya...sebelum gerak tengok semula maps takut sesat barat plak nanti kan...
Airis dan Hafiy...geng la masa ni naik feri nak ke Pulau Venice...
Lebih kurang 15 minit je naik feri ni...ktrg ke satu Pulau je...Pulau Burano ktrg tak pergi sebab kena naik feri lain...satu pulau ni pun ktrg tak habis jelajah sebab stress dengan keadaan tak mesra stroller dan OKU ni...setiap tempat nak pergi bertangga...lebih daripada 10 tangga la nak kena angkut stroller...stress wei...spoil mood tau...so korang kalau nak pergi sila la guna carrier je...
Sampai2 je haruslah bergambar dulu kan...Masa ni masih sejuk lagi..tapi bila dah tengahari cuaca dah panas macam suhu Malaysia dah...dari 18 naik jadi 28 terus...mau tak panas...memang ke tanggal la jaket bagai...
Dari dalam feri budak kecik ni dah tido, so senang sikit nak berjalan...bila dia bangun je memang kena kerahan tenaga lebih sikit la abah dan maminya...hihi...serius cakap Venice dah tak secantik gambar yang korang google2 tu dah...Air lautnya dah berkeladak...dan persekitarannya dah kurang bersih...mungkin dah terlalu ramai pelancong sampai tak terjaga persekitarannya...Halal food memang tak banyak choice...ktrg jumpa satu je kedai turki halal...maybe ada yang lain...tapi kena jaga2 jugak sebab ada juga kedai yang jual kebab halal tapi masa yang sama jual cik B tu sekali...lama jugak ktrg kat sini..dari jam 9.00 pagi sampai la pukul 5 petang....yang murah kat sini adalah frigde magnet...1 euro je sekeping...borong 10 terus..haha...dan jangan terkejut leh jumpa Bangla yang leh cakap Melayu kat sini..siap bagitau pernah kerja Klang sana 7 tahun...Bangla di mana-mana...hihi...
Korang boleh tengok air nya dah tak bersih mana kan...keruh je dah...cuma unik sebab bot lalu lalang dah macam jalan raya jela...
Kawasan ni banyak jambatan bertangga cam belakang Airis ni..tu yang stress kami nak mengangkut stroller....
Bangunan-bangunannya nampak kotor sikit macam tak dijaga...
Teringin nak naik gondola belakang nun tapi mahal bebenor...80 euro satu kepala...so simpan jela impian tu...convert duit Malaysia dah dekat RM350 seorang....kami rakyat marhaen kurang mampu nak bayar sejumlah harga itu...nama pun percutian bajet kan...hihi...
Our buddies travel...lepas ni dah tak boleh travel sama2 lagi dah...dah tak boleh cuti serentak kalau nak keluar dari Austria...ni la 1st and last peluang yang ktrg dapat...keje dibawah arahan "Saya Yang Menurut Perintah " ni kena la akur dengan arahan pihak atasan...gonna miss all of you my buddies...huhu...Ikutkan luas lagi kawasan Venice ni...tapi kami tak explore habis sebab habis masa duk mencari kedai makan halal...berpusing-pusing tengok maps...tanya orang kat situ pun drg tak tahu kat mana...rupanya terlindung sedikit kedainya...boleh la alas perut makan kebab dan pizza....kiranya sebelah tempat je ktrg dapat pergi...lagi sebelah side yang kawasan san marco dan basilica tu ktrg tak dapat nak jelajah dah...kalau nak tengok bangunan yang berwarna warni tu kena naik bot ke Pulau Burano pulak...
Kawasan Mi bergambar ni macam shopping street drg la...ada jual baju, beg kulit dan produk2 tempatan...kalau nak tau kat Italy ni meman famous la barang2 kulit ni...dapat la satu sling bag kulit dengan rege Euro 15 seketoi...jadilah buat kenangan pernah datang Venice...dan rasanya sepanjang travel kat Europe ni rasanya 1st time jumpa fridge magnet murah...Euro 1 untuk sekeping...murah sangat la dah tu...biasa jumpa euro 3 ke 5 camtu sekeping...dan kat sini juga bersepah2 orang tak putih belakang Mi tu jual fake handbang Prada, MK dan macam-macam jenama lagi....jual depan butik beg pulak tu...sabo jela kan....dalam pukul 5 lebih camtu ktrg gerak naik bot untuk ke camping site tempat menginaptu...dalam pukul 7 camtu ktrg keluar untuk dinner di Rumah Kak Diah, kenalan Mi melalui IG yang stay kat Venice. Terima kasih Kak Diah atas jemputan dinner tu...siap dijamu satay, nasi impit, bihun goreng, puding jagung lagi...walaupun ada baby gebu yang comel baru 4 bulan masa tu sempat lagi dia sediakan semua tu untuk kami...
Ok la...insyallah bila mood rajin mami datang lagi entry ke Florence dan Pisa akan menyusul....kena settle entry Italy dulu baru boleh update entry Berlin dan Prague pulak nanti...semoga roh rajin mami cepat la datang dalam mengupdate blog ni....
seronok sngt Mi dapat pengalaman camni tau...
BalasPadampriceless experience ever..kan
Betul kak..jln2 tgk tmpt org...
BalasPadam