Resepi

Aidilfitri 1437H Pengalaman Pertama Beraya di Perantauan





Assalamualaikum semua...hari ni dah 15 Syawal...masih ada separuh lagi bulan Syawal bakal berakhir...dan tahun ni merupakan raya pertama mi sekeluarga di perantauan...tak pernah lagi raya tak dapat cium peluk Mak...dan tahun kedua beraya tanpa kehadiran insan bergelar Papa...Al-fatihah untuk arwah Papa ( Mansor Abd Rahman ).... Perasaan Mi bila sambut raya kali ni? Tentulah sedih kan...sedih sebab tak dapat salam tangan Mak, Along, Abg Wan , Abg Elis dan Adik...Tak dapat rasa rendang ayam Mak, Ketupat Palas Mak...Dah tak dapat sibuk2 kat dapur tolong Mak siapkan rendang, ketupat, kuah laksa...rindu sangat semua tu...malam2 vacuum rumah, betulkan langsir, susun meja makan semua....Pagi2 bangun isi kuih raya dalam balang....Tunggu turn mandi dan salam -bersalaman sebelum ke Surau...Tak dapat dengar Takbir Raya secara Live sebab jaga anak2 kat rumah...kalau kat Kampung boleh je tinggal kejap anak2 sebab ada yang tolong tengok-tengokkan...lagipun Surau depan rumah je...walaupun tak dapat rasa suasana meriah tu Mi tetap sediakan anak-anak dan rumah dengan suasana raya tu...Tinggal 2 minggu lagi nak puasa Mi dah mula buatkan kuih raya...ada la 5,6 jenis Mi buat...buat kuih yang anak-anak dan laki suka makan je...Mula-mula buat kuih siput dengan en suami...buat 500 gram tepung je...tu pun bercinta dan gentel...


Lepas tu tengok cuaca elok Mi jemur agar-agar kering...makanan tradisi yang wajib Mak Mi sediakan setiap kali raya...kebetulan raya time Summer memang panas elok la suhu menjemur agar-agar kering ni...


Kuih Semperit pun mi buat...guna resepi Mak saudara yang memang jual kuih samperit ni...cuma takde majerin so Mi gantikan dengan butter...tekstur lain sikit la tak cair di mulut...gebu lain sikit...asal ada boleh la...kuih kegemaran Mi...


Selebihnya Mi buat Cornflakes Madu, Almond London & Popia Nestum...Buat Kuih-kuih ni sambil di bantu 2 assistant kecil...dari sejam jadi berjam-jam nak siapkan...tapi ok je sebab boleh create bonding time kan...apa yang drg leh buat Mi bagi je buat...Walaupun style dah macam Diva je buat kuih raya pun...haha




Kuih Loyang ni je Encik suami buat sepenuhnya...dibuat malam raya...time ni Mi dah tido..bangun pagi tengok dah siap sebekas kuih loyang kegemaran Encik Suami ni...keep it up ye syg...nanti sila la buatkan lagi....hihi


Untuk Hari Raya pulak, Mi rebus ketupat dan Lemang segera je...Nasi Impit pun mi buat sendiri...masak nasi bagi lebih air sikit then padatkan dalam tupperware...Sehari sebelum raya tu Mi sibukkan la diri jugak kat dapur...Masak rendang ayam, Rendang Tok ( Rendang daging negeri Perak), Kuah Kacang,Kuah Mee Kari...Mee plak dah buat wekeend tu sesiap...Encik Suami request nak makan Mee Kari...so gigih la Mi buatkan juga Mee...So hari raya tinggal celur air panas je sekali lagi...So, pagi raya tinggalkan panaskan semula je semua lauk...Solat Raya kat sini jam 6.30 pagi sebab pukul 4.30 pagi dah Subuh..So, pukul 5.45 camtu husband Mi dah gerak ke Vienna Islamic Zentrum...Ramai rupanya muslim kat Vienna ni...sampai keluar masjid bersolat raya...




Photo Credit to : Vienna Islamic Zentrum

Pagi raya pertama kami ke Rumah Sains Atashe Puan Rohaizah...dah pangkat Mak2 dah akak ni...kira baraan Raya la ni...ada la 2,3 keluarga lagi yang join...






Lepas tu drg beraya ke rumah Mi plak...kebetulan rumah kami berdekatan...selang selorong je...terima kasih pada yang sudi hadir memeriahkan Hari Raya kami...kalau tak mau mereput je kami kat rumah ni...bila ada yang datang beraya terubat la sikit kerinduan suasana Raya kat Kampung tu...Lain rumah lain menu...so dapat la rasa macam-macam juadah raya jugak kan...


Nasi Impit Homemade, Kuah Kacang,Rendang Ayam dan Rendang Tok...1st time sebenarnya masak rendang Tok ni...sampai 3 jam baru kering elok rendangnya..maklum la guna dapur elektrik tak secepat dapur gas masaknya...


Lemang dan Ketupat palas segera je...asal ada kan...maklum la laki penggemar Lemang...so wajib la ada...baru raya katanya...pagi tu terajin pulak pergi buatkan Brownies Kedut...saja buat tambah2 hidangan raya...




Antara tetamu yang hadir memeriahkan raya kami...seronok tengok tetamu berselera menikmati hidangan...baru tak terasa letih masak tu...




Dah puas beramah mesra ktrg beraya ke rumah lagi seorang staff kedutaan...kira sampai malam jugak la raya pertama kami...ok la..tu jela cerita raya kami di Perantauan...takde sambungan raya kedua ketiga keempat ke...sedih kan...haha..tapi kami pergi berjalan-jalan dah alang-alang encik Suami cuti seminggu...semoga berjumpa lagi next etry...Insyaallah.




9 ulasan:

  1. Ok laa 2.. siap bleh msk rendang bagai.. terubat gak rindu kat kg.. cuma bab salam2.. cm xbest kan.. sbb adik bradik jauh...

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Salam dari perantauan mi...hehehehe
    Maaf zahir batin..nsb pandai masak tau...terubat jugakla kerinduan masakan raya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkslm kak..tu la kak..Seb baik la dulu rajin tlg mak kt dapur..so xdela kekok sgt nak masak sendiri

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Selamat hari raya mi.. menu raya tetap meriah walau diperantauan.. gigih mi masak semuanya ye... sedap sangat menu2 nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya Dilah..saje nk bg rasa suasana raya tu..kalau tak lagi sedih kalau tak masak pape...huhu

      Padam
  6. Rajin anis masak banyak2 macamtu...nampak sedap2 semuanya pulak tu....rugi tk jadi jiran anis

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Baca & Komen