Kari Ayam My Mom Style



Assalamualaikum...Masak Apa Hari Ini? Mi nak share resepi Kari Ayam ni...Kari dan Mi memang tak dapat dipisahkan...hihi...kot la ada yang nak cuba..Silakan.

Resepi :

Bahan- bahan :


Ayam sebelah
1 ulas bawang besar merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit rempah 4 beradik
6 sudu besar rempah kari daging ( lagi banyak lagi sedap)
2 sudu besar kerisik
2 biji kentang dibelah 8
1 kotak kecil santan (1/2 biji kelapa)

Cara-cara :

Tumiskan bawang besar, putih, halia dgn rempah 4 beradik sehingga naik bau ( letak daun kari..mi xde stok)


Masukkan rempah kari dan sedikit air



Masukkan ayam


Reneh hingga pecah minyak ( baru masuk rasa rempah tu kat ayam..baru sedap)dan masukkan kerisik gaul sebati


Masukkan santan dan kentang



Perasakan dengan garam dan didihkan hingga kentang empuk
Siap


Ni cara mak Mi la..Mi membesar dengan kari ayam ni la..hihi..kot la korang nak cuba...silakan la...

1 ulasan:

May berkata...

Hhmmmmmm...delicious cuisine of yours...

You may also visit my blogs here:

http://incredibleinterest.blogspot.com/
http://camellahousesincdo.blogspot.com/
http://www.artworksofmine.com/
http://availablerealestateproperties.blogspot.com/
http://takealookandshoppe.blogspot.com/
http://onlinejournalofmine.blogspot.com/

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015