Assalamualaikum semua...
Bila masuk tahun baru je mesti ramai berazam macam-macam kan...
Mi rasanya jarang berazam-azam ni...
Biasanya tahun baru sama saja seperti hari biasa...
Alhamdulillah tahun baru kali ini sedikit berbeza...
Berbeza kerana disambut ditempat baru...
Tempat yang jauh dari kampung halaman...
Jauh dari mak, adik beradik, saudara - mara dan kawan-kawan...
Nasib baik zaman dah maju sekarang...
Boleh bersua muka walaupun tak dapat merasa bahang sentuhan mak tercinta...
Hanya skype dan whassup jadi peneman bertanya khabar mak dan yang lain-lainnya...
Tahun baru ni juga anakanda Airis dah mula bersekolah...
Sekejap je masa berlalu sekarang kan...ayat biasa orang guna..hehe
Diam tak diam tahun ni dah nak masuk 4 tahun usia anak dara mi tu...
Asalnya nak sekolah kan dia bila masuk umur 5 tahun tapi kesian pulak bila dia bosan duduk kat rumah je...
Asyik berzikir nak syolah nak syolah...nak kawan...
Kawan dengan adik pun bosan ye ayong...
So, kami suami isteri buat keputusan untuk hantar dia sekolah jugak la tahun ni...
Sekolah aliran Islam menjadi pilihan kami...
Supaya terpelihara makan minum dia...
Maklum la dekat sini bukan negara Islam...
Memang boleh bekalkan makanan tapi kalau kawan2 dari non-muslim bagi makanan yang tak halal tu yang merisaukan kami...
Macam sekolah Islam ni Alhamdulillah terjamin dari segi pemakanannya...
Sebab sekolah yang sediakan makanan dan pelajar2nya memang Islam...
Selain tu, sekolah ni juga ajar bacaan AL-Quran...
Sekolah ni juga diwajibkan ajar bahasa German...salah satu syarat kerajaan Austria katanya...
Tu la dulu Airis kecik2 suka sangat cakap german....sekali memang betul2 belajar bahasa German ha...
So dengan mami2 sekali la kena belajar kan...
Hari pertama dan kedua sekolah cikgu kata Airis buat hal sendiri...
Masih taknak bergaul dengan kawan-kawan...
Arahan cikgu pun dia taknak ikut...
Tapi Alhamdulillah hari ketiga dan hari ini, hari keempat sekolah dia dah mula pandai bergaul...
Dah mula main dengan kawan-kawan...
Dah ikut arahan cikgu...
Dah nak menjamah makanan yang sekolah sediakan...
Lega mami dan abah...
Cadangnya kalau Airis tak boleh bergaul kami akan berhentikan dia sekolah...
Alhamdulillah nampaknya semua berjalan lancar...
Bangun pagi2 pun bersemangat je nak pergi syolah...jumpa kawan...
Pagi2 pergi sekolah dengan abah naik tram...
Tengahari baru mami ambil naik kereta...
So sekarang ni rutin mami pukul 12.15 tengahari je dah terpacak dekat sekolah Airis...
Maklum la baru belajar memandu kat sini...
Kekok sikit sebab berbeza dari Malaysia sistem jalanrayanya...
Semua kiri...so macam sengal2 ubi jugak la bila drive kat sini...hehe
Nasib baik la sekolah dengan rumah dalam 15 minit je drive...
Lalulintas ke sekolah tu sibuk la jugak...cuak jugak la drive berdua je dengan si Kays kat belakang tu...
Insyallah lama2 biasa la nanti...alah bisa tegal biasa gitu kan...
Harapnya Airis dapat belajar sesuatu bila dah bersekolah ni...
Macam mana nak bergaul dengan kawan-kawan...
Macam mana nak belajar bahasa yang bukan bahasa ibunda sendiri...
Belajar keyakinan diri...balajar urus diri macam makan sendiri, ke toilet sendiri...
Kalau boleh membaca dan mengira tu sebagai bonus buat dia...
Sebab usia sekarang ni kami tak paksa dia untuk jadi pandai akademik semata2...
Dan pendidikan awal kat sini pun bukan fokus kepada akademik yang utamanya tapi lebih kepada pembentukan diri kanak-kanak kecil tu sendiri...
Memang sangat2 berbeza dari pendidikan di Malaysia...
Apa pun masih terlalu awal untuk lihat perkembangan Airis...
Semoga segalanya berjalan lancar dan baik-baik sahaja...
Insyallah.
1 ulasan:
Hi visiting here...
Catat Ulasan