Disebalik Kegembiraan Terselit Dugaan



Salam semua...
Bulan ni bulan yang penuh dugaan agaknya...
Dugaan datang sebagai peringatan dari yang Esa...
Mungkin kadang-kadang kita leka mengejar dunia...

29 November 2015...Fun Family Indoor Park Wien.
Sepatutnya hari untuk mengembirakan anak-anak...
Hari minggu...hari yang ditunggu selepas 5 hari hubby busy bekerja...
Tapi Alhamdulillah...
Niat nak gembirakan anak tu tercapai...
Cuma Allah duga sedikit dengan kehilangan...
Sebelum ni mi kehilangan lesen memandu...
Mungkin tertinggal di Malaysia...
Kali ni kehilangan kad pengenalan, mykids anak-anak dan pasport anak beranak pulak...

Mungkin dah tertulis yang kami akan kehilangannya pada tarikh tu...
Dah diletakkan tempat sepatutnya...yang berkunci...
Tapi dah nak menjadi rezeki si pencuri...
Report polis dan dibuat...
Kehilangan pasport dah dilapor ke kedutaan...
Masih berharap agar semua itu ditemukan kembali...

Ambillah segala yang berharga wahai pencuri...
hanya ic dan passport yang kami mahukan kembali..

Ya Allah
Engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada yang sesat
Dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya
Ya Allah, kembalikanlah kepadaku barang-barangku yang hilang
Kerana barang-barang itu adalah pemberian Mu kepada hamba Mu
Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani

( Doa Dipertemukan Barang Yang Hilang )

3 ulasan:

Chekgu Azrine berkata...

Amin...inshaAllah

faazawanz berkata...

semoga dipermudahkan segala urusan

PBSM SMKDWAR berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015