3 Tahun Mengidam Telur Ikan Mayong Dan D'Laila Suppower a.k.a Mee Udang Penyudahnya

Salam semua..
Hai mood menaip tu macam dah makin menghilang sejak 2 menjak ni...
Arini tetiba rasa nak menaip plak..

Cer baca tajuk..
Hamboi lama benor ngidamnya ye tak...
hehe...jangan keliru...
Ni bukan kes ngidam sebab preggy ke apa..
Ni kes ngidam bapa saudara mi..

Sejak dari mi preggykan Airis dulu memang mi ngidam telur ikan mayong ni..try la baca entry lepas
Mengidam Telur Ikan.....tapi entry ni masa preggykan Kays...
Alhamdulillah mi dapat makan masa kandungan 7 bulan masa Airis..masa Kays 6 bulan...
Itu pun jenuh mencari..
Last2 parent mi dapat kat kampung jugak...
mi ada up gambo kat fb...
Sudahnya bapak saudara mi plak yang teringin nk makan..
Dah lama tak makan kekdahnya...

D' Laila Suppower


Lepas 3 tahun...
Kebetulan member a.k.a Safura blogger pergi makan kat MMA Santai Corner Nilai..
Landmark dia betul-betul dekat bulatan nak ke Nilai 3 tu..

Kedainya kalau nak cari

Dan kat kedai D' Laila Suppower ni ada jual rupanya...
Belambak orang utahga kata...haha...
Leh request nak masak asam pedas ke..masak lemak cili padi ke..kari ke...
Macam ktrg aritu makan Masak Lemak Cili Padi..

Masak Lemak Cili Padi Telur Ikan Mayong


Benda2 rare ni memang susah nak jumpa kan..
So, Isnin lepas 4 Mei 2015 tertunai la sudah perihal mengidam pakcik mi tu..
Kemain banyak diambilnya..
Baru puas katanya...haha...

Nampak tu Pakcik mi dah tak sabo nak makan


Selain tu, ada jugak mee udang best...
Dah macam masterchef kata kawan-kawan mi susunan udangnya..
Banyak saiz yang korang leh pilih dengan harga yang berpatutan...
Mee ketam pun ada...Mee Kupang pun ada...Mee udang galah pun ada..

Mee Udang Saiz L


Menu terbaru yang mi tau  kat situ Bubur Nasi Berlauk...
Anak makcik mi yang nombor 2 tu siap leh makan 2 mangkuk lagi bubur tu..
Lupa plak nak snap gambo kan...huhu...

Mi suggest korang pergi la kalau nak rasa...
Insyallah semuanya sedap..banyak pilihan lauk yang boleh dipilih...
Nak lagi best supaya stok tak habis pergi awal masa kedai buka..
Macam mi masa mula-mula pergi malam..
2nd time bawak pakcik mi tu ktrg pergi jam 5.30 petang..
Kira dari Putrajaya ke Nilai dalam 30 minit je dah sampai..
So, pukul 6 dah terpacak kat kedai tu...heeee
Orang pun tak ramai lagi...
Senang memilih dan servis pun cepat..
Nak2 Kak Laila sendiri yang masak petang tu untuk ktrg..
Memang sedap la tauke yang sediakan...heee

Tapi mi rasa mesti ramai lagi yang belum pernah rasa telur ikan ni kan..
Biasa kita jumpa telur ikan yang panjang tu je kan kat pasar...
Sedap tau korang...rugi kalau tak cuba..
Benda rare gini bukan senang nak dapat..
So, kalau nak rasa sila lah terjah kedai akak ni...
Tengok si kecik ni pun teringin nak makan..
Tapi awak tu baru 7 bulan Kays...still no sugar and salt in ur food....ngeee
So jangan nak wat muka ye...heee




Ok la..tu je nak update...maceh sudi baca...
Assalamualaikum.

1 ulasan:

anez zamri berkata...

telur ikan mayonggggg..kau tunggu aku datang >____<

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015