Aku dan Hyperhidrosis

Salam 11 Muharram semua...
Macam laam je tak update blog kan...
Lama ke? haha...
Kengkonon nak update hari2...tapi harapan jela..
Bila mood malas menjelma....kelaut semuanya...ngeee


Arini mi nak cite pasal hyperhidrosis..
Korang tau ke apa tu?
Kalau yang menghidapnya confirm tau...
Mesti ramai yang jarang dengar kan...
Kalau korang nak tau mi salah seorang penghidapnya..


Hyperhidrosis ni adalah sejenis penyakit..
Ye penyakit..
Tapi bukan la penyakit kronik...
Hyperhidrosis bermaksud peluh berlebihan...
Berpeluh walaupun anda tak aktif..
Maksudnya bila ada duduk diam pun still peluh..
Tak perlu lari or gerak2...faham kan...
Tapi bukan satu badan berpeluh..
Tempat2 tertentu je...
Macam mi kena kat tapak tangan dan tapak kaki...
 Nak tau lebih lanjut korang leh tye MR Google...ngeee


Bahaya ke penyakit ni?
Bahaya kalau guna barang elektrik...boleh kena renjatan tau..
Yela tangan sentiasa basah gitu...
So, setiap kali guna barang elektrik kena la berhati-hati..


Mi kesan ada masalah ni ketika umur 12 tahun...
Memang rimas tangan n kaki sentiasa berpeluh tanpa kira masa..
Tak kira suasana or cuaca sejuk atau panas..
Peluh sokmo...
Kawan-kawan ramai panggil mi budak peluh..
Memang mi memberontak time tu...
Malu...
Tapi bila dah besar lama-lama mi dah leh terima hakikat tu...


Memang ada yang geli bila bersalaman dengan mi..
Sebab tangan mi peluh kan..
Kadang2 mi kecik hati jugak..
Tapi lama2 mi redha jela...nak wat camne dah Allah yang kurniakan..
Bukan mi pinta...
Sebab tu bila nak bersalaman mi akan lap dengan towel or tisu dulu...


Kalau mi pegang barang lagi senang peluh nak keluar...
Kadang2 sampai menitik2..
Tapak kaki pun gitu..
Sebab tu mi sentiasa berstokin...
Kalau tidak geli nak jalan..
Kasut pun mi kena pilih...
Kena beli yang permukaan kain..
Kalau jenis licin mi kena pakai stokin..


Kadang2 memang fed up sebab nak cari kasut memang susah..
Bila beli yang tapak jenis kain plak serap peluh..
Tapi masalah lain muncul..
Kaki akan berbau sebab serapan peluh pada kain tu..
So, memang kena sentiasa basuh kasut..
Sebab tu kasut mi tak tahan lama..


Rawatan penyakit ni memang terhad..
kalau jenis ubat sapu memang susah nak dapat kat Malaysia..
Biasanya di Malaysia doktor akan sugesstkan untuk lakukan pembedahan simpatektomi..
KLIK SINI kalau nak tau lebih lanjut...
 Kalau tak silap untuk buang sedikit sedikit kalenjar saraf di bawah ketiak..
yang mi tau IJN ada lakukan pembedahan ni..
Tapi disebabkan kosnya tinggi so mi pendamkan jela hasrat tu..
 Lagipun setakat ni memang takde rawatan yang benar-benar berkesan untuk hilangkan penyakit ni..
Dan mi masih boleh jalani kehidupan macam biasa..
Macam takde pape yang berlaku gitu...

Orang yang tak alami rasa benda ni kecik je kan..
Tapi bagi mi ni satu kurniaan Allah..
So, mi redha...
Dah lali dah dengan anggapan negatif orang..

Apa pun hidup kena diteruskan..
Mi tak boleh rendah diri dengan kelebihan mi ni..
Pada mereka-mereka yang geli tu sama la macam korang geli ciptaan Allah..
Sekarang mi dah tak kisah pandangan orang pada penyakit mi ni..
 Sebab mi yakin setiap yang berlaku tu ada hikmahnya...


Tapak Tangan Mi sentiasa begini

 


22 ulasan:

Julia Johari berkata...

Umi Qi pernah terbaca satu artikel mengenai penyakit peluh berlebihan dear....jgn rasa rendah diri ye....lg satu jgn dgr sgt negatif org lain.... Achiek Anis sama mcm kami semua, pelan2 ye cari solution...sbb mmg kalu nak buat pembedahan buang sikit saraf kelenjar peluh tuh menelan kos byk...pelan2 cr solution...mesti ada cara yer dear...Umi Qi bg semangat ye

Tanpa Nama berkata...

wa ada kawan yg penyakit sama dengan achiek anis. Small matter la yang. tu semua kan ketentuan Allah. tak perlu rasa rendah diri pun.. Bab renjatan electric tu mmg kena extra care, jangan sampai cuai tau :)

Unknown berkata...

thanks bebyk Umi Qi...ni syg goejs lebih ni...:)

Unknown berkata...

Thanks Wawa...Insyallah memang sentiasa berjaga2...thanks coz memahamimdaku...hugs la...:)

ilyamel berkata...

hi anis...oo thanks for sharing...ada kawan yang ada masalah ni jugak...memang sama, sentiasa berpeluh tapi kat tapak tangan n kaki je..

Unknown berkata...

hi IIya....welcome...:)...

anez zamri berkata...

baru tau nama penyakit ni..kawan dulu ade jer penyakit ni..tapi takde lah pulak kitorang geli ngn die..rileks je kawan/salam2..jangan rendah diri tau..semua manusia tak sempurna..semua ade kekurangan masing2..aku tetap kawan mu..muah..

Unknown berkata...

takpe la anis..takde pon yang sempurna kan..kita sama jer sumer..ada yang lebih ada yang kurang..be positif okey..

Unknown berkata...

amboi kiss lagi tu...hehe...btw thanks ye anez....:)

Unknown berkata...

Insyaallah...always be positif....thanks ya...:)

safurara berkata...

tangan mu mst lembut je kan.rara tau sbb ex BF rara dulu cm ni.mmg berpeluh sentiasa.tapi tangan lembut sgt.hehehe.xpelah mi.kurang yg tu.tapi lebih nya mst ada kat tempat lain kan =)

mrs kayrul berkata...

rileks la anis....jgn kecik hati ke apa..pedulikan jer pandangan org lain...kita ada 2 org kawan macam tue...ok jer kita kawan...anis untung dapat kelebihan macam tue...tak semua insan dunia nie terpilih untuk dapat macam anis dapat...takmo sedih2 tau

Unknown berkata...

aah...hubby anis pun kata gitu...tak yah guna losyen gitu...kih kih kih....btw...thanks rara...:)...

Unknown berkata...

baikkkkkk...thanks kayrul...:)

Baiduri berkata...

Dlu form 6 akak pon ade kwan yg ade pnyakit ni gaks...tp kita2 ok je, faham itu adealh pnyakit...yg ejek2 @ geli tu mknanye xfaham la....
Xpe anis, ujian kcik....jgn pedulik org kate ape ye, anis bukan susahkan diorg pon ngn pnyakit ni.....

Unknown berkata...

kan...xde rasa nyusahkan sesape pun...aah yang tak kena batang hidung sendiri memang takkan faham...thanks ye sis...:)

genuine1224 berkata...

kwn sy dlu ada penyakit ni. yg perempuan tu, nak mkn sambal pun xleh pakai tgn sebab nnt lama2 pedih. asyik berpeluh, pastu kulit tgn mcm nipis dah katanya.
now, husband pun ada gak penyakit ni, tapi tak teruk sgt. yg teruk kat kaki je, tgn tak berapa nak berpeluh sgt. tension la sbb kasut cepat bau busuk. hihi. xpe, bkn smua org ada mcm ni, xpayah pakai losyen nak lembutkan tapak tgn or kaki kan?

Unknown berkata...

smpi nipis? anis xdela smpi gitu..tu la bahagian masing2 kan...aah lembut je...tak yah losyen2....ngeeee

Unknown berkata...

Emmm...sya de msalh yg sma tp d bhgian kpala n muka...bila bersukan rmbut mmg mcm org bru lps mndi...muke lak penuh peluh...wktu nk bersalin baby pn nurse keje lapkn peluh kt muke...huhuhu...emm...mgkn kturunan coz msa kcik2 tgk arwah bapak buat keje muke arwah penuh peluh...skg ni ank(saya) n cucu lak mewarisi...xpelh nk buat cmne kn...bhgian saya...hihi

Unknown berkata...

Kos pembedahan di Iheal medical centre di mid valley KL..dalm rm 10500 menggunakan kan teknologi terkini iaitu teknik klip saraf pakai titanium plat dkt saraf..bukan secara kaedah memotong saraf yang lama..sememang nya tidak dpt direverse operation..keberkesanan adalah 98% di tangan dan 80% di tapak kaki..
Perlu diingatkan penyakit ini adalah saraf abnormal @ tidak normal ..selepas pembedahan peluh masih akan cuba keluar di mana mana bahagian tubuh yang lebih sensitif pada suhu seperti di bahagian kepala belakang badan dan pada permukaan yang kulit nipis ..
Peluh yang keluar adalah dianggap biasa memandangkan saraf Hanya dipotong atau dikepit saluran daripada penerimaan isyarat peluh..

Tidak banyak ubatan alternatif menjanjikan kesan 100% penyembuhan tetapi sekadar melambatkan dan merencatkan sahaja

Antara produk yang saya pernah guna ialah ..PERSPIREX rm 60
Ubat sapuan oral ..kandungan aluminium clhoride ..tidak berkesan

Rawatan akupuntur dan homeopati
Rm 40 sekali rawatan ..tidak berkesan ..

Rawatan perubatan elektronik Terengganu..menggunakan rawatan DNA seperti sampel rambut dan kuku pesakit untuk dibuat ubat .
Keberkesanan ..ambil masa 6bln untuk tengok kesan ..lagipun kos rawatan ubat sahaja rm50 sekali sebln.

Rawatan ALIRAN ELEKTRIK ATAU IONTHOPERASIS menggunkn MESIN hidrex GS -400 rm 2600 (termasuk duti import)saya ada beli 2 mesin ini satu digunakan untuk travel dan satu disimpan di rumah
kesan: bergantung pada individu ..dan tingkat serius penyakit..
Ada testimoni kekeringan seawal 3hari -3 minggu rawatan
Kesan: 70% hingga 80% kering..sekiranya menggabung kan makanan tambahan seperti vitamin b kompleks dan jus tomato masak ranum setiap hari..INSYALLAH

Rawatan herba iaitu SAGE
Boleh dirujuk pada internet ..Sage telah lama digunakan dalm rawatan HYPERHODROSIS. Di negara barat telah dipatenkan sebagai herba merawat HYPERHODROSIS
Di Malaysia,Sage kurang dikenali tetapi di boleh cuba ditanam di halaman rumah seperti yang dibuat saya sekarang ini..
Jika berminat mencuba boleh dapatkan dengan nazhan Kamal herba Sage yang kering untuk dibuat teh selaku pemilik HYPERHODROSIS centre di Indonesia
Just taip dalam Google sahaja ..


# Selamat beramal dan mencuba

Unknown berkata...

Sya ada mempunyai satu lebihan mesin GX- 400 second hands(condition very good)..harga rm 1500 include kurier deliver.sila hubungi
017-9388485 untuk maklumat lanjut.terima kasih

Unknown berkata...

MESIN HIDREX GS - 400#
TERAPI IONTHOPOROSIS
GOOD CONDITION
1 SET LENGKAP
HARGA RM 1500
TERMASUK KURIER
BERMINAT !! HARGA BLH RUNDING KAWTIM SAMPAI JADI BELI..

JIKA ANDA MERUPAKAN WARGA IPOH DAN AREA BERDEKATAN SEWAKTU DENGAN NYA BOLEHLAH
DATANG TNGOK DAN BELI TAKE AWAY.

BERMINAT!!!

HUBUNGI / WASAP :
017 - 9388485 (IZWAN)
UNTUK VIDEO DAN GAMBAR SERTA PENERANGAN RINGKAS ..

SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015