Airis Makan Sayur ke?


Salam 26 Zulhijjah semua...
Arini tetiba rasa nak wat entry pasal pemakanan anak plak..
 Sebab ada seorang kawan mi tanya Airis makan sayur ke?



Alhamdulillah Airis memang penggemar sayur...
Sebab masa mula-mula nak ajar dia makan dulu mi mulakan dengan sayur dan buah..
Mi buat puri carrot...
Bukan main suka dia makan...
Asyik nganga je nak lagi..nak lagi...




Video ni masa mi suapkan dia puri buah pear...
Ternganga macam anak burung je...comel je rasa...ngeee

Berdasarkan pengamatan mi tengok cara orang sekeliling bagi makan anak
dan info-info yang mi perolehi melalui internet, buku, klinik kesihatan,
risalah dan macam-macam lagi
Kalau kita nak anak gemar kan sesuatu kita kena mulakan dari kecil..
Seawal dia mengenal makanan tu sebaiknya diajar makanan yang berkhasiat...
Macam sayur dan buah-buahan...
 Dan yang paling penting  tiada perisa tambahan seperti garam dan gula..

Nanti tak sedap kalau takde perisa?
Oh tidak...
Buktinya Airis elok je makan walaupun takde rasa garam atau gula..
Sebab sayur dan buah-buahan tu dah ada rasa masin dan manis tersendiri...
Bayi tak perlukan perasa dalam makanan mereka..
Yang penting adalah khasiat...bukan rasa sedap..
Kalau awal-awal dah diajar makanan yang berperisa
 memang la budak tu dah taknak makanan yang tiada perisa kan...

Eleh...kita dulu-dulu elok je mak pak kita suap makanan ada garam semua..
Sihat je kita..
Yea..sebab masa tu mak pak kita takde info pasal pemakanan ni..
Kalau depa tau depa pun takmau suap eh...
tu dia keluaq sleng utara habaq hang
Tapi masa akan datang kita taktau..
Sebab sihat ke tak tu kuasa Allah kan..
Sekarang ni kita hanya berusaha..
Berusaha ke arah pemakan sihat...


Nape tak boleh ada perisa tambahan?
Sebabnya ginjal bayi masih belum bersedia untuk mencerna garam dan gula sekiranya diberi berlebihan..
Nak tau lebih lanjut pasal pengambilan garam dikalangan bayi Klik Sini..

Ok..berbalik kepada sayur tadi..
Nape pentingnya sayur ni?


Pertama, ia rendah lemak, kalori dan natrium serta tidak mengandungi kolesterol.
 Selain itu, sayur-sayuran juga mengandungi vitamin, mineral, serat, karoteinoid dan bahan bio-aktif (dipanggil sebagai bahan fitokimia).
 
Vitamin dan mineral dalam sayur-sayuran membantu dalam tumbesaran dan perkembangan, membina sistem imun yang sihat dan memelihara kesihatan secara keseluruhannya. Jika anak anda kekurangan vitamin dan mineral yang penting ini, dia mungkin lebih terdedah kepada pelbagai jangkitan dan penyakit.

Serat diet yang terdapat dalam sayur-sayuran membantu membina sistem penghadaman yang sihat dan mencegah sembelit di kalangan kanak-kanak. Karotenoid pula sebenarnya adalah sejenis bahan fitokimia yang boleh melindungi anak anda terhadap pelbagai penyakit kronik.

Cara terbaik untuk memastikan anak anda mendapat semua khasiat sayur-sayuran adalah            dengan memberikannya berbagai-bagai jenis sayur-sayuran.
 Jadi, pastikan makanan harian anak anda mengandungi 
pelbagai jenis kumpulan sayuran berikut:


- Sayuran berdaun hijau, misalnya bayam, sawi, kailan, kangkong.

- Sayuran berbatang, misalnya celeri.

- Sayuran jenis akar, misalnya lobak.

- Sayuran jenis buah, misalnya tomato, terung.

- Sayuran kekacang, misalnya kacang buncis, kacang panjang.

- Sayuran jenis bunga, misalnya kobis, kubis bunga, brokoli.
Sumber : NutriWeb


So, kalau anak korang tak suka makan sayur masih belum terlambat lagi..
Cuba pelbagaikan cara masakan sayuran tu..
Buatkan snek ke...atau finger food macam gambar bawah ni..

Sumber : google

Atau

Kisar halus masukkan dalam bubur ke..
Masuk dalam sup ke..
Masuk dalam begedil ke..
Buat air ke...ala..kisar pastu tapis...macam air carrot tu...
Sebab kadang-kadang anak-anak ni tak suka tekstur sayur tu..
Yang penting jangan putus asa...
Kalau cepat putus asa memang susah la nak didik anak makan sayur..

Yea...tak jadi kat Airis boleh la mi cakap kan..
Anak ko suka makan sayur boleh la cakap gitu..
Confirm ada yang akan kata gitu kensss.....

OK...jangan salah faham...
Suka tak suka tu sebenarnya atas usaha kita juga..
Kadang-kadang kita cepat putus asa sebab anak reject sayur..

Kadang-kadang dalam hati kita cakap " ah..penat2 aku masak tak nak makan plak budak ni"
Jangan macam tu...
Nakkan suatu kejayaan tu kena berusaha lebih sikit..
Dalam banyak-banyak sayur tu takkan takde satu pun yang anak kita suka kan..

Macam Airis, dia tak suka sayuran jenis kekacang...
Tiap kali mi masak kacang buncis untuk dia mesti dia reject..
So, alternatifnya mi tukar bagi carrot atau pak choy atau brokoli...
Tapi dalam masa yang sama usaha lagi bagi kacang buncis tu lain hari..
Sekarang dia makan jugak sikit-sikit..
Caranya mi rebus sekali dengan udang..
So, maybe dia rasa manis-manis udang tu dia jamah la jugak sikit..
Apa yang penting jangan mudah putus asa..
Mendidik anak biar la dari rebung..masih lembut..
Kalau dah jadi buluh...keras dah..susah nak bentuk...gitu...

  
Nasi Putih, Sayur Buncis & Carrot + Udang

Amboi tak sopan betul ko duduk dik...

10 ulasan:

Cik Puan Rara berkata...

princess pon suka.bg carrot mmg suka sgt.bg bayam pon dye suka.ehehhe

achiek anis berkata...

kan...maybe sebab carrot tu manis2 gitu...bayam plak sebab lembut n senang nak telan kot...heeee

Allene berkata...

anak lin plak suka mushroom... yang lain kurang.. sbb mak dia pun kurang gak.. huhuhu

achiek anis berkata...

xpe len...yang penting ada gak yang dia suka makan kan...:)

ctmah berkata...

alisha paling suka makan lobak!hehe

♥ ROS ♥ berkata...

buat takat ni sayur semua mkn..tp syarat semua cincang halus mulus..tp kasar mmg xmkn..hahhaah

achiek anis berkata...

boleh geng dengan airis...peminat tegar lobak...heeee

achiek anis berkata...

aah sis...yang penting drg mkn....kena tau tekstur yang anak suka...

lia berkata...

anak bujang tu... kecik-kecik elok makan sayur... bler da makan sendiri, tiba2 d buang nyer sayur huyaiiii

achiek anis berkata...

dah besar kot kak...dah pandai beza rasa....hehe...xpe2...jgn give up kak...usaha lagi sampai dia nak makan semula...wat bento ke...hehe

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015