Arini mi nak share menu solid food Airis yang baru.
Puding Oat Dengan Kurma + Pear
disebabkan Airis dah masuk usia 9 Bulan so mi decide nak perkenalkan sebiji telur untuk Airis.
Sebelum ni mi dah perkenalkan kuning telur utk Airis nak tengok samada ada alahan atau tak...
Alhamdulillah Airis xde alahan terhadap telur kuning...
So tercetus la idea nak wat puding oat ni...
nape pilih mi pilih oat?
ok meh nak share kebaikan oat utk badan manusia.
Oat ni adalah bijirin yang tahan lasak sebab walaupun tanah x subur atau cuaca x elok bijirin oat ni tetap tumbuh dengan jayanya. So kalau kita makan leh jadi tahan lasak macam oat gak...hehe...
gurau je..
Oat ni sebenarnya salah satu sumber protein yang kita leh dapat juga melalui ikan or ayam or daging..
Oat juga mengandungi mineral penting lain seperti mangan, selenium dan magnesium yang boleh meransang dalam penyerapan kalsium....
Baby kan perlukan banyak kalsium utk tumbesaran drg...
so mmg bgs la if kita jadikannya salah satu menu dalam makanan seharian drg kan..
Selain tu oat ni juga bagus utk jantung sebab ada fiber dan
merupakan salah satu agen mudah bagi sistem penghadaman...
beta glukan yang ada kat oat ni merupakan serat larut yang
membantu menyerap kolesterol daripada badan semasa penghadaman
Kandungan karbohidratnya digelar "Frukto-oligosakarida" mampu merangsang
pertumbuhan bakteria baik yang penting untuk merangsang kesihatan usus.
Kalau cam2 oat ni bagus jugak la sebagai ubat sembelit kan....hehe
Kalau kita yang dewasa ni pulak oat boleh bantu kita turunkan kadar kolestrol dalam darah jugak tau.
sumber : Oat
Ok...dah baca n faham kebaikan oat so meh kita try resepi oat plak...
Bahan- bahan :
Organic Rolled Oat (dikisar halus)
1 Biji Telur
1/2 cawan susu (susu ibu/fresh milk)
(mi guna susu ibu sebab Airis belum setahun n x sesuai nak minum fresh milk lagi)
Kurma (dicarik halus)
Pear (dipotong halus)
(guna buah-buahan manis yang lain pun boleh)
Cara-cara :
Pukul telur sehingga sebati...( betul ke istilah ni..ngeee)
Campukan semua bahan
Steam selama 15-20 minit
Hasilnya :
Puding Oat Kurma + Pear |
Ni la bekal breasfast Airis ke taska pagi ni....
Suspen gak ni nak tau samada Airis alergik ke x telur tu...
Balik keje kang baru leh tau ni....
fuh....harap2 Airis xde alahan pada telur.....
Selamat Mencuba
6 ulasan:
salam kenal dear :)
wahh sedapnye. mama zoora nak try la bg izz nnti.
salam perkenalan sis....hehe...sila2...cepat mudah sedap....
akk, akk pakai steamer ape? beli kt ne?
akak letak air dalam periuk biasa je...pas2 guna bekas lubang2 tu steam je cm biasa....xde beli steamer ke apa...hehe...jimat....
Macam-macam cara nak bagi nak makan kan Anis. Kakak dulu tak rajin macam ni. Anak kakak dulu suka carrot dan kentang aje - rebus lecek masuk terus kat bubur. Kalau buah epal yg dah betul masak dan pisang dia suka. Sekarang dah remaja dah...
salam perkenalan kak...yeke kak...best sebenarnya prepare food utk baby ni...Alhamdulillah setakat ni baby mkn je pe saya masakkan utk dia..xpe kak...dh remaja pun dia kan...yg penting anak sihat kak...ni pun bila dtg mood rajin...harap2 kerajinan ni berterusan la kak...hehe
Catat Ulasan