Assalamualaikum...kali ni Mi nak share pengalaman ktrg bercuti ke Berlin , Germany pulak...Perjalanan kami kalau ikutkan Pakcik GPS tu lebih kurang 7 jam kalau memandu...So, kami laki bini ni bajet ok la tak lama sangat...Sengaja kami gerak malam supaya anak-anak tidur...Kami bertolak dari Vienna lebih kurang jam 11.45 malam...Ikut laluan negara Chezch Republic...Malam tu hujan so Mi ingatkan hubby Drive slow2 sebab takut licin dan dah malam...Jalan pulak yang tak biasa dilalui so kena la behati-hati...Sampai je sempadan Hubby berhenti beli tol dulu di sempadan Austria - Chezch Republic...kalau ke German takde tol tapi sebab lalu negara lain ni dulu kena la singgah beli tiket tol ...Owh ya tol dekat Chezch ni takde pondok tol macam Malaysia...Hanya ada palang yang berkamera akan kesan kereta kita sama ada ada bayar tol atau tidak bila lalu di highway nanti..jangan tipu...kalau kena saman terus je surat saman sampai ofis hubby...canggih la jugak...dan yang pasti Tol sini takde la semahal Tol Malaysia...
Lepas selesai beli Tol kami teruskan perjalanan ke Berlin...lebih kurang 2 pagi camtu lepas je kawasan Prague, highway tutup korang nak tahu...sampai dekat sejam GPS ni duk tunjuk jalan yang tutup tu je...masuk hutan dan kampung mana tah...berpusing-pusing 2,3 kali tempat yang sama...hampir-hampir nak kena langgar dengan keretapi la ikut jalan kampung tu...Mi dah cuak dah...yela dah la gelap...tak nampak signange pape pulak....jalan pun sunyi...takde kenderaan...rupanya highway tengah buat baru dan ada lencongan yang kami terlepas sebab takde lampu tepi2 highway macam biasa kita nak masuk simpang dekat Malaysia nun...dah cakap kat Huuby dah sesat kami ni...last2 Mi bagi cadangan suruh hubby follow je mana2 kereta yang lalu...Alhamdulillah baru dapat jalan keluar...dengan waktu tu Kays dah ngamuk nak susu...memang stress dan cuak betul...Jumpa je RNR terus stop bagi Kays susu dan hubby rest sekejap...Lepas tu kami gerak dah singgah RNR lagi dalam pukul 5 pagi camtu sebab nak solat subuh...Kali ni Kays terjaga dn ngamuk2 taknak duduk carseat...lepas je menyusu menjerit2 dia taknak duduk carseat...sampai merah2 muka...ikutkan memamg Mi tak sampai hati...tapi sebab tak tahu rules kat negara orang ni macam mana kami biarkan je dia..dalam 10 minit jugak la baru dia terlelap semula...kami sampai di Berlin jam 7 pagi...9 jam baru sampai...kalau ikutkan tak sesat tu cepat sikit sampainya...pengalaman betul..terus serik takmo jalan jauh2 kalau drive selagi Kays masih menyusu ni...kesian dia...huhu...di Berlin kami tumpang menginap di rumah Rakan Sekerja Hubby...so jimat duit hotel kat situ...hihi..owh ya bawah ni patung Bear ok...bukan oink-oink tu...patung ni landmark Berlin sebab nama Berlin terhasil daripada "Bear"...Boleh jumpa patung bear ni merata-rata dekat Berlin...mcam-macam corak..yang ni depan Embassy Malaysia so ada corak bunga raya.
Muka sebam baru sampai...tak tido semalaman...lepas siap2 mandi kawan Hubby bawak ktrg untuk pergi sarapan...maklum la rumah orang bujang...Mi offer nak masak sebab semua kelengkapan ada tapi agaknya tengok muka Mi macam tu terus ajak sarapan kat luar je...Mi dah siap bawakkan Karipap frozen, Daging masak hitam, sambal totok dan instant bihun untuk travel ni...Yang bestnya Berlin ni banyak betul makanan Halal...ada satu kawasan tu memang semua kedai Halal...tapi jangan la cari kedai roti canai or nasi lemak pulak...ada kedai Turki jela kalau kat sini...
Lepas je sarapan , kami balik ke rumah kawan hubby dan tidur sekejap bagi hilang ngantuk...kebetulan pulak kawan hubby buat open house raya tengahari tu...sambil-sambil boleh bekenalan dengan rakan sekerja wisma yang lain...kira langkah kanan la kami ni...dapat menikmati juadah raya Laksa Johor dan kuih muih raya sambil beramah mesra...mana la tahu lepas ni kami bakal bekerjasama kalau dipostingkan tempat yang sama pulak nanti...
Lepas je selesai majlisopen house ni dalam pukul 2.30 petang camtu kami jalan-jalan sekitar kawasan yang berdekatan dengan kediaman kawan hubby tu...Mula kami ke Brandenburg Gate atau dikenali jugak sebagai Berlin Gate...ramai betul pelancong masa ni..ingtkan hari bekerja tak ramai...siap ada kumpula duk nyanyi dan ada pameran pasal pelarian dan isu2 prang jugak kat situ masa tu...
Lepas tu kami gerak ke Reichstag building, Bangunan Parlimen... Senibina bangunan ni dikatakan daripada Baroque Revival ataupun dikenali juga sebagai Postmodern Architeture...Dan pernah terbaka pada tahun 1933...Boleh masuk dalam bangunan ni untuk tengok senibina dalaman..tapi kami tak masuk sebab dah tutup waktu petang...waktu nak masuk dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari je...so bergambar dari luar jela...
Sempat pulak si kecik tu pergi ngorat awek nak belon....dari bangunan Parlimen ni kami kena tengah Bandar Berlin...kami ke kawasan Check Point Charlie...Tempat diantara Berlin Wall...Berlin Wall kan terdiri dari kawasan barat dan timur...so Charlie Point kira kawasan tengah2 la...Nampak simbol tentera US tu...kira drg la yang jaga dulu...nak bergambar dengan askar2 tu kena bayar tau...tu yang kami ambil jauh2 je...hihi...8 euro kalau tak silap...sayang wei...8 euro kalau duit Malaysia dah dekat RM35 tu...amek dari jauh sudah...haha...
Dekat kawasan ni juga ada tempat shopping...sempat la grab apron dan kereta mainan souvenir dari Berlin...owh ya hobi Mi sekarang kalau travel kumpul apron...hubby pulak kumpul piring hiasan tu...lepas dah puas jalan-jalan tengok souvenier kami ke taman permainan sementara nak tunggu kawan hubby balik kerja...dari Bandar ke rumah kawan hubby lebih kurang 20 minit camtu...kami pergi taman berdekatan rumah dia je...sempat tidur sekejap si kecik ni...
Malam tu kami dinner kat rumah je...sempat borak kejap then terus masuk tidur sebab memang dah takleh tahan ngantuk dan penat...so bersambung la nanti kisah seterusnya di hari kedua k...
eh2 jumpa en shuhada. kalau tak nak gi leh kirim ucapan pada dia "pesal tembam?"
BalasPadamHahaha..tembam la baru balik dari malaysia cuti sakan...
Padambestnya dpt berjalan ke negara lain pulak..timba pengalaman brharga tu sis..alhamdulillah
BalasPadamAlahmdulillah kak..smtra kat europe ni kita ambil
PadamPeluang kak..lps ni xtau dpt negara mana pulak
dapat tengok gambar2 mami pun bahagia rasa.. best kan tempat orang..
BalasPadamAlhamdulillah cikna..mana tau lepas ni rezeki cikna pulak...
PadamSetuju ngn ciknaa. Dpt tgk gmbr kwn2 jln oversea pun dh rs bahagia hehe
BalasPadam