Keindahan Gruuner See, Austria





Salam semua...sehari selepas birthday Mi pada 15 Mei aritu kami ke Gruuner See dengan keluarga Nani...Jarak perjalanan dari Vienna ke Styria ni lebih kurang 2 jam 15 minit kalau drive...setakat ni yang Mami tahu nak ke sini memang kena drive coz takde train or bus zang ke sana..Gruuner See ni sebenarnya tasek...Tasek berwarna hijau... Sekeliling tasek ni dipenuhi oleh hutan dan bukit yang dipanggil Hochschwab...Nama tasek ni dapat daripada Air tasek tu yang bewarna emerald green...memang cantik dan bersih kawasannya...kalau nak tahu Austria ni memang banyak kawasan-kawasan cantik cmni...




Kawasan tasek ni ada 2 bahagian...ni bahagian yang depan...tapi sebelum sampai tasek ni kena jalan kaki dalam 10 minit nak masuk dalam...kenderaan tak dibenarkan masuk sebab nak jaga ekosistem sini...ka dalam ni juga ada restoran tapi kami tak pergi pun sebab dah bawak bekal dan makan sebelum masuk ke kawasan ni...hujan sebenarnya masa kami sampai so kena bertapa dekat sejam jugak la dalam kereta...rezeki kami lepas ejam hujan berhenti..masa dah dekat pukul 5 petang..nasib baik la kawasan task ni tak besar mana...dalam setengah jam dah cover semua tempat...



Masa ni suhu bawah 10 darjah... Sebab tu kena pakai tebal cmni...si Kays ada hati pulak nak masuk dalam air tu...dia tak tahu mau beku kalau masuk dalam tu...hihi




Bahagian belakang tasek ni ada kerusi..kerusi ni akan hilang bila waktu summer sebab air tasek naik...maksudnya teggelam la kerusi batu ni...ramai penyelam suka datang ambil gambar sambil menyelam kat kerusi ni...masa ktrg datang masih spring so air masih cetek...so dapat la duduk lagi kat kerusi tu...tapi sejak tahun ni katanya dah tak boleh meyelam kat situ sebab dah merosakkan ekosistem tasek tu...





sebelum balik haruslah bergambar kenangan dengan keluarga Nani...our best travel buddies...


Ok dah habis cerita pasal Gruuner See...pencinta alam mesti suka datang tempat-tempat camni kan...sesejuk saujana mata memandang....Insyaallah jumpa lagi next entry ya...

1 ulasan:

ameris berkata...

tenang & cantiknya tempat tu..

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015