Assalamualaikum semua...
Sebenarnya ni cerita bulan dan tahun lepas...
Baru sekarang rasa nak update...
Trip bersama keluarga officemate en suami...
Ktrg pergi masa cuti Krismas aritu...
Jarak perjalanan dari Vienna ke Semmering ni lebih kurang sejam...
Dalam Austria jugak tempatnya...
Niatnya nak bawak budak2 ni main salji...
Sebab masa ni Vienna belum bersalji...
Simmering ni pun belum bersalji...
Tapi ada la drg sediakan salji buatan untuk org berski...
Itu yang nampak gambar sesetengah tempat je bersalji tu...
Salji buatan je sebenarnya...hehe
Kalau berjalan kat sini kena la bawak bekalan sendiri...
Maklum la taktahu tempat tu macam mana lagi...
Paling kuat pun selalunya ktrg dapat beli roti atau fries jela...
Yang lain kan non-halal...
Pagi tu Nani, wife Officemate hubby masakkan bihun goreng...
Mi plak bawak donut dan karipap...sebelum main kena isi perut dulu...
Cuaca sejuk ni memang cepat lapar...
Walaupun salji buatan tapi sejuknya memang kebas jari...
Sebab kawasan tanah tinggi...
Macam gaya jalan ke Cameroon Highland je rasanya...
Bengkang Bengkok...Pening la jugak kepala mi ni...
Ada 2 bahagian untuk main salji...
Satu di tanah rata dan satu lagi di bahagian gunung...
Yang baru nak kenal salji macam ktrg ni main di tanah rata jela...
Yang dah pro boleh la berski kat gunung tu...heee
Hubby tu risau takut anak tergelincir...
Tu yang dipegang je talinya...
Dah lama2 baru yakin nak biarkan anak main sendiri...
Mula2 memang anak-anak je main...
Lepas tu memang mak bapak pun join la...
Orang tak pernah jumpa salji la katakan...
Malu-malu mulanya...tapi lepas tu...layan....hehe
Siap boleh berlumba-lumba lagi lah ha...
Keluarga Nani dah setahun lebih kat Vienna...
So, ni kali kedua la drg merasa salji...
So dah tau la peralatan dan mainan apa yang best main masa salji ni...
Ktrg baru 1 st time so follow je dulu...
Boleh tahan kuat jugak ski slide ni...
Mampu la tahan beban mak dan anak...nasib baik la maknya ni kurang bebanan...haha
Si kecik Kays ni sempat la mengamuk dan tidur dulu seround...
Mengamuk sebab sejuk pun ye jugak...
Macam korang pegang ais batu tu rasanya...
Lepas dah letih main kat tanah rata tu ktrg naik ke kawasan pergunungan tu plak...
Naik dengan kereta kabel la...
Bukan mendaki...mau sejuk beku kalau suruh mami mendaki gunung tu...
Seronok si Airis naik Cable Car...
Nampak snow katanya...
Pemandangan dari Gunung Simmering Ski...
Sempat la lepak kat cafe yang ada kat situ untuk panaskan badan sambil minum Hot Chocolate...
Nak order chopsteak ke lamb chop ke tak halal...ngeee
Naik atas ni orang berski ktrg bergambar jela...
Ada juga terserempak dengan student Malaysia yang mungkin bercuti ke sini atau memang belajar kat sini...
Tak sangka pergi mana2 pun leh terjumpa orang Malaysia...ngeeee
Kalau nak tahu Semmering ni salah satu tempat pelancongan jugak di Austria ni...
Memang jadi tumpuan orang ramai bila musim salji untuk berski...
Kalau musim tak salji pun orang tetap datang sebab salji tiruan memang disediakan...
Ada yang berlatih ski,yoga dan macam-macam la... kalau nak tau korang search je Semmering.com...
Nanti keluar la macam2 aktiviti yang drg sediakan...
Hotel pun ada untuk menginap...
So, kalau orang tanya tempat2 menarik kat Austria ni memang Semmering termasuk dalam senarai...
Ok la sampai sini dulu...
Nanti mi update lagi percutian singkat ktrg ke, Salzburg, Austria ; Munich, Germany ; Hallstat perkampungan tercantik dunia dan Budapest, Hungary...
Bestnya tgk anak2 dpt main salji..
BalasPadamPengalaman yg menyeronokkan dan priceless sgt
Alhamdulillah kak..syukur peluang yang Allah beri...rezeki anak2
BalasPadamNanti i pegi sana..jgn lupa bawa jalan2 ya
BalasPadamMai jgn tak mai
PadamSalji tiruan pun janji salji...bestnya
BalasPadamTakpe dah rasa salji betulnya dh 😁
Padam