Beza Kehidupan di Vienna dan Malaysia






Salam semua...
Ikutkan semalam cukup la penghijrahan mi sekeluarga 2 bulan ke Vienna ni...
Baru 2 bulan tapi rasa macam 2 tahun dah...
Hujan emas di negeri orang tapi tetap lagi bagus hujan batu kat negeri sendiri...

Alhamdulillah dah 2 bulan ni mi sekeluarga dah boleh sesuaikan diri...
Dah tahu mana kedai nak beli bahan2 masakan, barang2 keperluan lain...
Cuma bahasa ajelah masih jadi halangan utama...
Tapi takpe android kan ada...kita guna je google translator...
Scan aje guna hp dah leh translate...

Cuma nak bercakap dengan orang2 kat sini tu yang susah sikit...
Macam ayam itik...sebab kebanyakannya tak fasih berbahasa inggeris...
Drg cakap german oi...jenuh mak jemah nak hafal...
Dah la mi pun tak fasih sangat englishnya...huhu

ok lah..berbalik kepada perbezaan antara Malaysia dengan Vienna;

1. Cuaca - tentulah berbeza kan...negara 4 musim dengan khatulistiwa...sekarang musim luruh...
sejuknya macam kat Genting Highland la lebih kurang...tapi sejuk lagi...Daun-daun pokok dah mula kuning...
Tak lama lagi luruh la tu...

2. Makanan - Nak cari yang halal tu Alhamdulillah senang jugak sebab ramai turkish Islam yang menjual kat sini...
Cuma nak ikan segar tu susah...ada la dekat mall tapi agak mahal dan jarang ada..sebabnya sini takde laut
so kebanyakan ikan frozen je yang banyak...yang diimport dari negara lain...Kalau makan kat luar kena la
cari restoran Turkish...Tapi kena pastikan ada sijil halal yang terpampang kat kedai drg la...sebab ada
yang tak halalnya...kalau nak makanan asian boleh beli kat Asian Shop so dapat la merasa makanan Malaysia

3. Kemudahan awam - kemudahan awam sini sangat fleksibel...setiap 5 minit sekali bas atau tramnya...atau U-bahn atau
S-bahn...Lebih kurang macam LRT dan komuter kat Malaysia...dan sangat mesra OKU dan stroller..
Tak macam Malaysia kan kalau bawak stroller kat sesetengah LRT memang susah sebab kena naik tangga
Kalau kat chi memang ada lift atau laluan utk stroller disediakan...tiketnya pulak euro 2.30 untuk
sejam...boleh guna untuk semua jenis kemudahan awam dengan satu tiket ni...

4. Kedai / Mall - Yang ni kalau siapa yang biasa travel ke Europe mesti dah tahu kan...kedai or mall kat sini kalau
hari isnin sampai jumaat buka dari jam 9 pagi sampai 9 malam...ada sesetengah sampai 7 malam je..
Kalau hari sabtu pulak buka dari pukul 9 pagi sampai 6 petang sahaja...Dan ahad semua kedai tutup
kecuali pam minyak...so mula2 sampai memang terkejut la sebab susah nak beli barang...harap hari
sabtu jela kalau nak shopping apa2...Ahad memang kena beristirehat ajelah dirumah...hehe...kalau
apa2 bahan nak masak habis ko tunggu jela hari isnin baru kedai buka....

5. Klinik - Klinik pun sama macam mall waktu operasinya...hospital tak sure sebab tak pernah berurusan lagi...
Klinik sini hanya untuk pemeriksaan sahaja...ubat kena pergi farmasi beli sendiri ye...bukan leh dapat
free macam kat Malaysia...so hargailah ubat2 free yang korang dapat sekarang tu ye...huhu

6. Sampah - Kalau kat Malaysia kita campak je semua benda dalam tong sampah kan..kat sini ko jangan cari pasal gitu..kena asingkan ikut jenis, macam sisa makanan, plastik, kaca, dan kotak...sebabnya masa mula-mula pindah
masuk rumah ktrg tak tahu kena asingkan...so main lambak je semua dalam kotak...sudahnya sampah ktrg yang
dah dekat seminggu tu tak diangkutnya pekerja-pekerja angkut sampah tu...siap panggil ktrg suh asingkan..
Sudahnya lepas 2 minggu baru drg amek sampah tu..padan muka ktrg kan duk bau sampah sampai 2 minggu..habis
tongnya dah penuh...hadap la ko...drg peduli apa...rules is the rules....huhu

7. Perkhidmatan - Org2 kat chi jenis servis ikut bidang drg je...kalau ko suruh lebih2 drg takkan buat...sebabkan
ko bayar dia atas servis yang ko minta je...contohnya aritu hp hubby habis kredit...kebetulan hubby
tengah beli hp baru, so minta la budak yang jual hp tu ajarkan cara nak masuk kredit...korang tahu
budak tu cakap 'oh tak boleh...sebab tu bukan kerja dia...kalau nak hubby kena pergi customer
service suruh drg ajarkan'...nampak tak ke efisien sangat keje drg tu kononnya...berkira sgt hoi...
Dan drg takkan buat kerja lebih masa...kul 6 dah terus stop dan balik rumah...no OT2...malam
adalah untuk bersama keluarga...wekeend pun drg tak kerja...wekeend also for family only...
Kalau kat Malaysia selagi tak siap kerja hadap la ko sampai pagi buat pun kan...pastu org minta
tolong apa2 ko buat je kan...xdela berkira...sini memang xdpt la...heeee

8. Kejiranan - Yang ni 1st time la mi tahu..itu pun baca sikit2 sejarah Vienna ni...katanya pukul 1-3 petang tak
boleh buat bising...waktu ni adalah waktu untuk berehat...patut sunyi je kawasan kejiranan mi ni...
Kalau malam lagi la tak bunyi apa...sunyi sepi...hubby pun cuak je bila lalu jalan kaki malam2 kat cni.

9. Jalanraya - Sistem jalanraya sini terbalik dari Malaysia la...kiri kanan tu...so confuse jugak mula2 sampai...
Nak tunggu tram tu belah mana pun boleh silap...sebab sini kan drivernya sebelah kiri... jalannya pun
kiri untuk laju, kanan untuk perlahan...jalanraya sini kena ikut speed yang dah ditetapkan...
Kalau speed 130 ko bawak lebih kena saman...ko bawak kurang dari tu pun kena saman...haha...kat sini
drg utamakan pejalan kaki dan pengayuh basikal...so hati2 la masa drive..kalau nampak org nak lintas
ko kena stop...beri laluan drg jalan dulu...kalau kat Malaysia ko yg jalan yang kena tunggu kereta
takde kan...kira macam fragile sangat pejalan kaki ni...macam budak sekolah kat Malaysia ibaratnya...
Kalau kat Malaysia kan kalau ko berlanggar dengan budak sekolah ko tetap salah macam mana pun kan..so
gitu lah lebih kurang pejalan kaki kat sini.

10. Laluan - kalau berjalan2 kat luar rumah atau mall korang kena lalu sebelah kanan...maksudnya berat ke kanan jalan tu..kalau tak nanti kena la tegur macam mi aritu..masa nak lintas jalan, ku lalu sebelah kiri, sekali
ada makcik ni bebel kat daku sebab ganggu laluan dia...haha..sabo jela..saya baru datang omma ( nenek)...
Jangan lah marah...heee...kalau kat Malaysia suka hati ko la nak lalu celah mana pun kan...heeee

ok la..sampai sini dulu la entry mi kali ni...
Bila2 lapang mi update lagi ye...
Terima kasih sudi singgah blog mi...
Rindu Malaysia sangat2 dah ni...baru 2 bulan...huhu

3.36 petang
Vienna













7 ulasan:

mrs kayrul berkata...

Bagus jugak cara diorg..family diutamakan...peraturan diorg walaupun nampak menyusahkan tapi secara x langsung mengajar kita utk disiplin....

Unknown berkata...

Sbb kita dh biasa cara negara kita, so bila kena duk negara org mmg susah la awalnya

mila berkata...

mcm best je kt ctu.hehehe...masing2 ikut peraturan

mila berkata...

mcm best je kt ctu.hehehe...masing2 ikut peraturan

ieza ashaari berkata...

Kjp je dah 2 bln. Pejam celik nnti ko nk blk msia dh. Best r gitu. Disiplin. Org msia ni disiplin dh ke laut.

Unknown berkata...

Kepimpinan melalui teladan kekdahnya kan

Unknown berkata...

Tu la wei...kejap je..tp ku rasa lama dah...haha

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015