Jalan-jalan Tengok Lebah Imkerei Matzinger di Klosterneuburg & Wasserkraftwerk Greifenstein




Assalamualaikum semua...arini nak share acara jalan-jalan luas pemandangan mi minggu lepas...Sabtu minggu lepas dah plan dengan Nani, salah seorang Malaysian yang tinggal kat sini jugak untuk p beli madu...Madu asli di Klosterneuberg...Tempat ni Kak Jah Malaysian yang dah hampir 20 tahun tinggal kat sini cadangkan...Dan Kak Jah ni memang kenal tuan rumah yang buat madu ni...tak jauh sangat dari rumah Mi...dalam 20 minit camtu je...


Nak kenalpasti rumah yang ada jual madu ni cari je simbol lebah ni...betul la tu rumah dia...Pakcik Jual madu ni memang ramah dan mesra alam...dia mula jual madu ni sejak tahun 1993...Selalu ada rombongan kanak-kanak sekolah datang lawat ladang lebah dia ni...dia buat sebelah rumah je...kalau nak tengok musim menuai madu kena tunggu Pemaisuri lebah ni bertelur dulu...masa ktrg datang ni lebah ni belum bertelur lagi...tengah istirehat...hihi...mungkin sekitar Jun macam tu katanya...kalau nak tau lebih lanjut leh tengok kat website dia. Imkerei Matzinger


ktrg tak berani pergi dekat...takut kena sengat...Pakcik tu xpela dah biasa kan...pakcik ni jual Madu Lebah yang dia bela ni, madu lebah dari hutan dan madu dari bunga...kalau yang dari hutan tu dia akan masuk hutan sekitar rumah dia dan pasangkan rumah lebah ni supaya lebah dapat bertelur dan mengeram kat dalam tu...nanti sampai masa dia akan kutip rumah-rumah kotak ni semula...


Lepas tu dia ajak masuk rumah dia...tengok tempat dia proses madu lebah tu...memang bersih tau..baru rasa yakin nak beli kan...dia buat seorang je...buat secara kecil-kecilan...tapi mesin dia kemain canggih la...masukkan je sarang lebah yang penuh madu tu dalam mesin, nanti mesin tu asingkan madu terus...senang keje Pakcik...hihi..kira sarang ni dia boleh guna lagi untuk proses mengeram madu lebah akan-akan datang...


Pakcik ni jual dalam 2 saiz...500 gram Euro 7 untuk yang Madu Bunga dan Euro 8 untuk Madu Lebah, kalau yang 250 gram tu pulak Madu Bunga Euro 3.50 dan Madu Lebah Euro 4.00...Ktrg beli satu madu lebah biasa satu madu lebah hutan...yang kecil tu madu bunga Pakcik tu bagi free je...siap bagi tester dulu madu2 tu sebelum beli...Madu yang Hutan warna gelap sikit dan madu biasa yang cerah tu..rasa memang berbeza..antara tiga-tiga tu Mi suka yang Hutan yang gelap sikit tu...sedap...




Khasiat madu ni memang banyak kan...dalam Islam pun cadangkan kita amalkan madu untuk setiap penyakit...macam Mi biasa bagi budak2 ni makan kalau batuk atau selesema...memang tak bagi ubat batuk...natural remedies adalah lebih baik...budak berdua kat rumah ni memang suka makan madu..Airis satu sudu, Kays setengah sudu sebab takut panas kan cirit pulak kalau tak jaga2 kan...kadang tu buat air lemon madu pun sedap...tak payah tambah gula...

Lepas tengok Madu Kak Jah bawak ktrg ke Empangan Wasserkraftwerk Greifenstein pulak...Tempat laluan kapal-kapal persiaran dari Eropah yang nak masuk Vienna...walaupun Austria ni takde laut tapi ada sungai atau terusan yang besar...memang banyak juga kapal-kapal persiaran ni kelaur masuk...


Tapi sebelum sampai Empangan tu kena jalan kaki sikit la dalam 2km camtu..boleh tahan mengah jugak la nak mendukung sikecik tu sebab tak bawak stroller...si kecik tupun takmo jalan...gilir-gilir la Mi dengan hubby dukungnya...sepanjang laluan tu ada tasik yang cantik dan dibuat macam air terjun...



Sempat aje posing kan...mula-mula sikecik tu seronok la jalan...tak sampai 1km mula la buat perangai...


Kat tengah-tengah perjalanan tu ada pulak rumah yang bela kambing ni kan...berhenti kejap bagi budak-budak ni bagi makan kambing...ktrg bagi je rumput2 yang ada tepi2 kandang tu...gemuk2 kambingnya...jangan sakit perut udah la yer cik kambing ktrg bagi rumput tu...si Airis berani bagi makan, si adik nampak je dan nak nangis...apa la adik ni...tak macho langsung...






Depan pada kandang kambing ni ada pemandangan yang cantik...ada la yang duduk lepak situ sambil menikmati udara sejuk...hihi


Dari arah yang berbeza


Dah sampai kat empangan tu ktrg tunggu jugak kalau ada kapal yang nak lalu...sebab air empangan tu dah dikurangkan untuk bagi laluan kepada kapal..maksudnya sebelah ada kapal tu air sungainya tinggi sikit berbanding sebelah empangan...so bila nak masuk laluan empangan kena sama level airnya...dalam 10 minit jugak ktrg tunggu tapi tak lalu-lalu kapalnya...haha...sabo jela...belah Airis tengok ni airnya rendah sikit dibandingkan dengan air dari sebelah belakang Airis...kapal ada belah belakang Airis la kiranya..tapi takleh nampa sebab dihalang oleh pagar Empangan...elok je ktrg patah balik nak ke kereta nampak kapal tu dah gerak...saje je kan...takde rezeki kami sebenarnya nak tengok...hihi



Sebelum sampai kereta tu singgah lagi kat kandang kambing tu bagi makan...saje nak bagi budak-budak seronok...ok la...ni je nak share arini...salam.



4 ulasan:

amal berkata...

bestnye! madu tu nampak sedap :)

Chekgu Azrine berkata...

cantik pemandangan...kat sana pun ada orang usahakan madu secara besaran jugak ye

Unknown berkata...

Aah sedap..lain sikit rasa dari msia..maybe iklim tak sama

Unknown berkata...

Ada kak..drg lagi suka natural product ni

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015